Monday, March 2, 2015

Iklan Taklimat Kerjaya


Terbuka bagi para belia perempuan lepasan SPM, STPM atau yang sedang mencari pekerjaan. Datanglah beramai-ramai :)

PELANCARAN SYD-4 DI TOBOH, TAMBUNAN

Perwakilan yang hadir bergambar bersama para Uskup dan Paderi

TAMBUNAN – Pada 13-15 Februari 2015, seramai lebih kurang 150 orang belia di seluruh Sabah yang mewakili paroki masing-masing di Keuskupan Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu telah berkumpul di gereja Holy Cross, Toboh, Tambunan untuk menghadiri program FASA 1 dan pelancaran SYD4-Tawau.

            Hari pertama dimulakan dengan Misa Pembukaan yang dipimpin oleh Fr. Ronnie Luni. Dalam homili, beliau menghuraikan maksud tema SYD4 iaitu “Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan”(Mat.5:7). Sebelah malam pula diadakan Flash Back SYD-3 yang dikendalikan oleh sdri. Roselinah Francis di mana para perwakilan menonton video sepanjang SYD3 di Toboh pada tahun 2012. Setelah itu diadakan sharing berkumpulan di mana mereka mengongsikan apa perasaan apabila menonton video tersebut.

            Hari kedua dimulakan dengan Doa pagi yang bertemakan ‘Kasih’ sempena Hari Valentine. Setelah itu, diadakan sesi 1 bertajuk ‘Mengenal diri’ (bahagian 1) yang disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh. Dalam sesi ini, para perwakilan diajak untuk menyedari bahawa ‘I am the beloved of God’. Para peserta juga menjalani aktiviti ‘Kawanku Cermin’ dimana secara berpasangan meneliti ciri-ciri wajah rakan dihadapan selepas itu dalam kumpulan, mereka akan mengongsikan perasaan meneliti wajah kawan, apa penemuan baru terhadap wajah sendiri, adakah saya boleh menerima diri sendiri dan adakah saya mengakui saya adalah anak Tuhan. Seterusnya ‘Mengenal Diri’ (bahagian 2) pula disampaikan oleh Fr. Roney Mailap yang menekankan tentang menerima diri sendiri dan bagaimana Allah mencipta manusia menurut gambar dan rupa-Nya.

Logo SYD-4
Pada sebelah petang, sesi kedua diteruskan bertajuk ‘Keluarga’ yang disampaikan oleh sdra. Dominic Lim. Ianya dimulai dengan tayangan video tentang perkembangan janin di dalam rahim ibu hingga dilahirkan dan kupasan berkenaan tumbesaran manusia yang berkaitan dengan keluarga. Sesi ketiga menyusul yang bertajuk ‘Sejarah Penyelamatan’ disampaikan oleh Fr. Jeffry Gumu yang menceritakan dan menerangkan tentang sejarah penyelamatan Allah sejak dari manusia pertama kepada nabi-nabi di perjanjian lama sehinggalah zaman Yesus yang dilahirkan dan disalibkan yang dipanggil untuk menyelamatkan manusia. Beliau juga mengongsikan kisah panggilan beliau menjadi paderi yang mengharungi kegembiraan dan cabaran yang amat menyentuh hati para peserta.

Dalam misa sunset yang dipimpin oleh Fr. Jeffry Gumu, diadakan penyambutan salib belia di mana belia Holy Cross Toboh menyerahkan Salib Belia kepada pihak penganjur @ MOT SYD-4 sebagai tanda bermulanya perjalanan salib SYD4 dan memberi persepsi kepada peserta bahawa salib yang diterima adalah salib kemenangan dan bukan salib kesengsaraan. Sebelah malam pula, diadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin gereja iaitu Bishop Julius Gitom, Fr. Jeffry Gumu dan Fr. Sunny Chung. Tiga belia dari setiap keuskupan mengongsikan isu / kesukaran yang dihadapi berdasarkan konteks keuskupan masing-masing dimana Keuskupan Sandakan mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang migran, Keuskupan Kota Kinabalu mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang pekerja dan Keuskupan Keningau mengongsikan isu tidak peduli dan penghijrahan domestic di kalangan belia. Para pemimpin gereja seterusnya memberi respon terhadap isu-isu ini yang amat menarik dan menyentuh hati. Setelah itu, diadakan upacara penghormatan salib dan sedikit input berkenaan Theology of the Cross yang disampaikan oleh Fr. Sunny Chung.

Hari terakhir dimulakan dengan doa pagi yang dikendalikan oleh Tim MOT Liturgy dan taklimat SYD4. Setelah itu diadakan Misa Kudus hari minggu bersama umat yang dimulakan dengan perarakan salib belia dan ritual oleh para MOT dan Sub-MOT SYD4. Misa kudus ini dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong, bersama Uskup Agung John Wong, Uskup Julius Gitom dan beberapa paderi serta Dikon Abel. Dalam homili, prelatus itu  menyatakan bahawa kita harus sentiasa ingat akan relasi kita dengan peribadi Yesus kerana iman Kristian bukan hanya bila kita dibaptis kerana ia bukan jaminan bahawa kita benar-benar pengikut Yesus kerana Yesus berkata, “sesiapa yang mahu mengikut Aku, harus memikul salibKu”. Beliau juga menekankan aspek disiplin dan semangat berkomuniti sebagai umat beriman serta menggunakan kemudahan teknologi dan media social untuk membantu dan berkongsi perkongsian iman antara satu lain. 

Sejurus selesai misa kudus, diadakan pelancaran SYD4 yang dimulakan dengan perkongsian daripada peserta FASA 1 iaitu Sdra. Nelson Francis dari Holy Cross Toboh dan Sdri. Dynna Leong dari St. Joseph, Papar yang mengongsikan pengalaman menyertai persiapan SYD4 fasa 1 di Toboh. Setelah itu, Uskup Julius Gitom mengetuai uskup dan paderi lain memalu gong sebanyak 4 kali sebagai tanda rasminya pelancaran SYD4. Seterusnya disampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan mencipta lagu tema SYD4 iaitu sdra. Roland Hendry dari Holy Trinity, Tawau dan pemenang pertandingan mencipta Logo SYD4 iaitu sdri. Nancy Pain dari St. Dominic, Lahad Datu.  ~ Eron

Para peserta berdoa di hadapan Salib Belia
Salib di arak masuk



            

Friday, February 13, 2015

25 BELIA TERIMA SUKACITA DALAM RICH-2


Para peserta RICH bersama Fr. Bede, Seminarian Louis & Komisi Belia
TAMBUNAN - Pada 04 hingga 24 Januari 2015 yang lalu, program RICH kali ke-2 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Gereja St. Anthony, Patau. Seramai 25 orang belia yang datang dari sekitar Kg. Patau dan beberapa paroki di Keuskupan Keningau telah menyertai program yang diadakan selama 3 minggu ini. Objektif bagi program RICH (Rooted In Christ) ialah membentuk para belia secara ‘(W)holistic’, membantu para belia untuk melihat perkembangan serta nilai diri dan iman masing-masing dan juga menerapkan budaya membangun iman di dalam peribadi belia itu sendiri.

    Program ini dibahagikan kepada 2 fasa di mana fasa pertama Pembentukan Dasar Peribadi manakala fasa kedua ialah Pastoral dan Theological. Fasa pertama lebih berfokuskan mencari identity diri sendiri dan mengenalpasti bakat-bakat yang tersimpan di dalam diri mereka. Sesi “I am special” yang dikendalikan oleh Sdri. Anna Theresa dari Keuskupan Sandakan dan Sdri. Cecilia Ong dari Sibu, Sarawak membantu para peserta melihat dan ‘mengali’ keistimewaan dalam diri mereka.

    Dalam fasa kedua pula, para peserta didedahkan dengan pelayanan pastoral yang mencakupi pengetahuan tentang Misi & Gereja serta perancangan pastoral yang dikendalikan oleh Fr. Ronnie Luni, Fr. Roney Mailap dan Sdri. Roselinah Francis. Para peserta juga berpeluang mempraktikkan apa yang telah mereka terima dalam kedua-dua fasa melalui aktiviti ‘Exposure’ di mana mereka di hantar ke beberapa buah KKD di sekitar Paroki Holy Cross, Toboh dan tinggal bersama keluarga angkat selama 4 hari serta melaksanakan aktiviti yang telah mereka rancang untuk umat di KKD tersebut.

    Sepanjang program RICH, para peserta tinggal bersama sebagai satu komuniti dan diberikan tanggungjawab dalam tugasan-tugasan harian seperti memasak, menjaga kebersihan, memimpin doa-doa dan puji-pujian, mengendalikan persiapan misa kudus dan sebagainya. Hidup berkomuniti membantu para peserta untuk menghidupi Yesus dalam pelayanan, saling bekerjasama, saling mengambil berat di antara satu sama lain dan melakukan tugasan dengan kerendahan hati. Dalam proses pembentukan ini, para peserta dibantu oleh Fr. Roney Mailap selaku Koordinator program RICH, Sdri. Roselinah Francis selaku Pengerusi Komisi Belia dan Sdra. Roney Eming dari pejabat Komisi Belia Keuskupan Keningau. 


     Program RICH ke-2 menutup tirainya dengan setiap peserta membacakan komitmen pelayanan mereka di hadapan paderi dan para umat dalam Misa Penutupan RICH 2 dan diraikan dalam fellowship selepas itu. Persahabatan yang terjalin selama 3 minggu membuatkan para peserta berat hati meninggalkan program ini sehinggakan ungkapan “saya tidak mahu pulang”, “masa berlalu dengan cepat” atau “saya belum puas lagi dalam ini program” sering diungkapkan. Program RICH ini juga turut memberi kesan kepada umat-umat di KUK St. Anthony Patau yang tidak pernah ketinggalan menghadiri misa harian bersama peserta RICH setiap pagi atau petang dan bermurah hati menderma wang ringgit dan  bahan makanan seperti beras dan sayur-sayuran. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam pelaksanaan program RICH 2. 

Tuhan memberkati kita semua. Amen.

Upacara pemotongan Kek diketuai oleh Fr. Roney Mailap sebagai ungkapan syukur kejayaan RICH 2

Wednesday, May 21, 2014

KEEP IN TOUCH ALWAYS (K.I.T.A)


Paroki KSFX Keningau: Usaha Gereja dalam membantu dan membentuk para belia secara teratur bermula sejak tahun 1974 oleh Suruhanjaya Belia PAX semasa hanya satu diosis saja di Sabah. Apabila sudah terdapat 3 diosis di Sabah, maka usaha itu dikendalikan oleh Komisi Belia dan Pejabat Pelayanan Kampus masing-masing. Banyak program dan aktiviti pastoral telah dijalankan kerana Gereja mengambil berat terhadap perjalanan hidup belia. Usaha-usaha itu bertambah apabila cabaran dan kekeliruan yang mengancam mereka semakin bertambah. Antara usaha yang utama adalah agar belia mengenal dan mengimani Tuhan Yesus Kristus dan seterusnya menjadi murid-muridNya yang setia. Apabila peluang melanjutkan pelajaran di tahap IPTA/IPTS mula meningkat, ramai belia Katolik juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan peluang itu sama ada di dalam atau di luar negeri. Didapati pada masa inilah ada di antara mereka terpesong bukan saja dari segi hidup sosial mereka tetapi terutama sekali dalam hidup iman sehingga ada yang menukar agama.

Sesi Bergambar bersama Peserta Program KITA, Para Penceramah, CSG dan Komisi Belia Keuskupan Keningau
Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau telah mengadakan program KITA ini pada 17 Mei 2014 bertempat di dewan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) Keningau, Sabah. Seramai 20 orang belia telah mengikuti program tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dikalangan para pelajar tentang kehidupan dikampus serta bagaimana menghadapi cabaran-cabaran yang ada, menyediakan forum untuk mendalami iman Katolik, dan mengongsikan kemahiran dan pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab mereka.


Antara sesi-sesi yang telah disampaikan adalah;
1. Pengenalan – oleh Amodd Deal Tingadon
2. Kehidupan di Universiti – oleh Elfred
3. Hak dan Tanggungjawab – oleh Sem. Harry Dorisoh
4.  Mendalami iman Katolik – oleh Sem. Wilfred James

Melalui sesi-sesi yang telah disampaikan sepanjang program KITA, para peserta didedahkan tentang pentingnya kesedaran iman serta serta ajaran agama Kristian Katolik. Selain itu pengetahuan dan pemahaman tentang hak asasi manusia terutamanya dalam undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan beragama di Malaysia juga didedahkan kepada para peserta. 
Oleh: Amodd Deal Tingadon

CSG GATHERING 2014

Sesi bergambar para rakan CSG Keningau dengan Kategis Donald
Oleh: Amodd Deal Tingadon

KENINGAU, 15 Mei 2014: Kumpulan pelajar Katolik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (CSG IPG Kampus Keningau) telah mengadakan gathering yang pertama bagi semester pertama tahun 2014. Program ini telah diadakan di gereja St Mary Bingkor pada 15 Mei 2014 sempena menyambut perayaan Paska dan persiapan menduduki peperiksaan akhir semester satu. Program ini telah disertai oleh rakan CSG Keningau yang terdiri daripada guru-guru pelatih Katolik PPISMP semester satu hingga PISMP semester tujuh. Program ini diadakan bagi pengisian iman para guru pelatih Katolik. Antara program yang dijalankan adalah pujian dan penyembahan, Bible Sharing, Sesi Pengisian daripada Kategis Donald, Sesi Doa bagi menduduki peperiksaan akhir semester dan akhir sekali adalah jamuan (Fellowship) sempena menyambut perayaan Paska.
            Tema pada program tersebut adalah Perintah mengasihi yang diambil daripada pembacaan Injil Yohanes 15:9-17 iaitu bacaan harian pada hari tersebut. Semasa sesi Bible Sharing kami telah menjawab soalan renungan iaitu 1) siapakah sahabat kamu? Pernahkah anda mendoakan bagi mereka yang bukan sahabat kamu? 2) Adakah anda telah mengongsikan kasih Yesus dengan sesame supaya mereka juga mengenal Yesus? 3) Sejak dibaptis, apakah “buah” yang telah anda hasilkan?
            Sambutan program ini sangat mengalakkan kerana ramai ahli yang mempunyai kerinduan akan Yesus Kristus untuk memuji dan memuliakan-Nya dalam pujian dan program-program seperti ini. Para rakan CSG berharap agar program-program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membentuk peribadi bukan sahaja sebagai bakal guru bahkan sebagai seorang guru yang mempunyai iman seperti Yesus Kristus.

            Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak gereja St Mary Bingkor kerana telah membenarkan kami menggunakan tempat, peralatan muzik dan LCD. Tidak lupa juga kepada pihak Kerasulan Wanita Katolik(KWK) yang sudi memberikan bantuan menyediakan jamuan fellowship tersebut. Jasa dan sokongan daripada semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung sangat kami hargai, semoga Tuhan Yesus Kristus terus memberkati kita semua.

Tuesday, April 15, 2014

Perkongsian Peserta Kem Kepimpinan 2014



Apakah pengalaman anda sepanjang program ini?





Kem Kepimpinan "I AM YOUR'S"

Kem Kepimpinan Belia Keuskupan Keningau, Gereja Bonda Maria, Kemabong
27-30 MAC 2014
“I am Yours”

Oleh: Felsie Filex & Roselinah Francis


Kemabong : Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong menjadi pusat pertemuan bagi pemimpin belia dari semua Paroki di Keuskupan Keningau berkumpul bersama dalam Kem Kepimpinan Belia yang bertemakan “I Am Your’s”. Inti utama tema ini adalah “Berbahagialah orang yang miskin dihadapan Allah, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Allah” Mat 5:3. Program anjuran Komisi Belia Keuskupan Keningau ini bermatlamat untuk “Melahirkan pemimpin belia yang mempunyai kepimpinan yang bersifat hamba yang sentiasa komited dan efektif dalam pelayanan Kerajaan Allah”. Seramai 90 orang peserta telah menghadiri program ini.
 Antara objektif Kem Kepimpinan Belia 2014 adalah seperti:
1.    Mengenal potensi diri secara peribadi yang boleh diaplikasikan dalam pelayanan.
2.   Mengumpul dan mengukuhkan persahabatan dalam kalangan pemimpin belia Paroki, mewujudkan perkongsian dan pembelajaran bersama.
3.    Memupuk semangat kepimpinan yang bersifat hamba dalam pelayanan

Berikut merupakan gambar-gambar bagi sesi dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Kem Kepimpinan ini berlangsung.

Talks
 
Hidup Doa

Aktiviti: "Running Men & Women"



Group Sharing

Refleksi 

"Fellowship"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...