aduh..penat oh banyak kerja mau dibuat...berapa ramai lagi ini... aduh ramai betul....antara keluhan yang didengarinya ...dia melihat ke luar dan mendapati masih ramai yang mau minta dirawat dan disembuhkan...dia melihat murid-muridnya..juga penat..lahir rasa simpati kepada kedua-dua pihak yang dilayani dan melayani...namun dia tetap bersabar dan melayani dengan penuh cinta dan kasih... akhirnya secara perlahan-lahan kerana waktu yang semakin jauh malam..dia memutuskan untuk berehat....terlihat senyum kelegaan di muka para muridnya...ah akhirnya dapat juga kita berehat kan...jom kita rehat...seperti pada kebiasaan dalam satu komuniti..kedengaran pelbagai cerita kesembuhan yang menakjubkan dari para murid...semua gembira dalam kepenatan kerana ramai yang sakit disembuhkan....
pada pagi-pagi benar..melihat murid-muridnya dan orang lain masih nenyak tidur...dia secara perlahan-lahan menyisihkan diri ke tempat yang sunyi...dia mahu memohon kekuatan dan berbicara kepada Bapa..dia mahu berdoa...dia mau terus memperkukuhkan ikatan antara dia dan Bapa agar tetap satu dalam misi penyelamatan ini...dia berdoa...
para murid terkejut..melihat dia tiada...ah..salah seorang murid berkata mungkin kah dia pergi ke tempat biasa...kelegaan jelas terpancar dimuka para murid setelah melihat dia..dan dia membawa mereka ke tempat yang lain untuk meneruskan misi yang diberikan..
pada hari ini...sebaik saja kita bangun pagi adakah kita berdoa???
atau kita terus fikirkan tentang kerja yang harus diselesaikan...anak-anak yang perlu disiapkan..makan minum..dan hal-hal yang perlu dilakukan sepanjang hari... terlupa pula kita..Dia..sumber kekuatan kita.
petikan injil hari ini sangat jelas pada kita "SEBELUM APA-APA BERDOALAH DULU"
sama seperti Yesus yang memulakan dan mengakhirkan hari-hari nya dengan doa..kita juga perlu berbuat sedemikian..bukan memberi masa tetapi mengambil masa untuk berdoa...kerana dengan doa sahaja kita dapat melihat pekerjaan seharian kita sebagai sebuah pelayanan...tidak kira apa bentuk pekerjaan..kita dapat bekerja dengan hati yang mahu melayani...dan bukan semata-mata untuk mendapatkan wang dan hidup yang kaya-raya...
jom kita berdoa...
Allah Bapa yang maha pengasih kami bersyukur kepada Mu atas rahmat yang Engkau berikan kepada kami hari ini. Bantulah kami, agar dapat menjalankan tugas-tugas kami pada hari ini dengan hati yang mahu melayani..Bantu kami dengan Kuasa Roh Kudus Mu menjalani kehidupan di dunia ini berteraskan kasih dan kehendak Mu. Amen