Thursday, February 10, 2011

Membawa orang lain kepada Yesus

Ruj: (Markus 7:31-37)

Injil hari ini memberitahu betapa saya banyak kali amat mementingkan diri dalam kehidupan doa saya. Dalam doa seharian, saya terlalu mengutamakan diri sendiri tanpa mendoakan orang-orang di sekililing saya. Hanya mereka yang memohon bantuan doa sahaja yang selalu saya sebut-sebut dalam doa saya.

Injil hari ini, menceritakan orang lain membawa seorang yang tuli dan gagap kepada Yesus dan mendapat kesembuhan. Orang itu mendapat kesembuhan.

Percaya atau tidak, iman kita pasti dapat menyembuhkan dan menyelamatkan orang lain. Kerana Yesus sentiasa memberikan yang terbaik buat semua manusia. Ahli keluarga, kawan-kawan mahupun musuh kita pasti dapat disembuhkan oleh Tuhan.

Soalan Renungan diri;

1. Adakah saya selalu dan sedia untuk mendoakan orang lain kepada Yesus, atau saya lebih suka berdoa untuk diri sendiri sahaja?

Percaya...

Bacaan Injil (Mk 7:24-30)

Pada kebanyakan masa dan ketika, saya juga mendapati diri ini sukar untuk percaya, percaya bahawa Yesus akan memberikan yang terbaik buat saya, saya juga mempunyai sifat teragak-agak... rupanya saya tidak terkecuali dari mereka yang kurang percaya...

Pembacaan hari ini...sangat indah kerana Yesus sekali lagi secara simboliknya menyatakan bahawa diri Nya adalah Tuhan kepada segala bangsa dan semua ciptaan. Di mata Dia tidak ada perbezaan...baik anda seorang kaum Dusun mahupun seorang Murut, seorang Timorese atau Filipin... Kasih Nya menaungi semua orang...

Pada hari ini kita di ajak untuk memeriksa diri kita seadanya;

1. Adakah saya mengaku Yesus Kristus adalah Tuhan yang memberikan yang terbaik bagi saya?

2. Bagaimanakah sikap doa saya? Adakah meminta-minta? Hanya mengeluh sahaja? Mengarah Yesus? atau penuh dengan hati yang mahu menyembah, bersyukur dan penuh penyerahan dan pengharapan pada Yesus..

Opsss...satu perkara yang pasti....ramai orang mengatakan Tuhan tidak pernah memberi jawapan atau memakbulkan permintaan saya.... Tidak memberikan jawapan dan tidak memakbulkan juga merupakan satu jawapan...dan ini hanya dapat difahami dengan mata rohani yang di kayakan dengan hubungan peribadi yang erat dengan Yesus...fikir-fikirkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...