Belia Masuk Kampung 8
Program Belia Masuk Kampung ke-8 anjuran Keuskupan Keningau yang telah diadakan pada 05-19 Februari 2012 yang lalu, membekalkan banyak pengalaman dan pengetahuan bagi para belia yang melibatkan diri dengan program ini.
Para belia sebelum dihantar ke kampung-kampung terpilih, terlebih dahulu diperkasakan dengan beberapa input seperti Sejarah Penyelamatan, Sejarah Gereja Katolik, Sejarah penubuhan Keuskupan Keningau. Isu-isu semasa seperti Sabah: Politik, Sosial dan Ekonomi, Pengislaman, Belia: Realiti hidup dan Iman, Belia dan Media Massa. Input diberikan selain bertujuan bagi pemantapan iman para belia ianya juga agar para belia mempunyai output yang mencukupi untuk dikongsikan dengan masyarakat kampung.
Tidak sahaja dengan input-input, para belia juga diberikan banyak peluang untuk membuat renungan sama ada secara peribadi atau berkelompok. Para peserta di bawa untuk belajar berdiam dalam kebisingan, agar ianya dapat dipraktikan di mana sahaja belia ini akan berada kelak. Tidak cukup dengan itu, sebelum para belia balik ke rumah masing-masing, mereka juga di bawa ke satu praktik rohani yang cukup mencabar bagi ramai peserta itu retret berdiam yang dipimpin oleh Dikon Roney Mailap yang bakal ditahbiskan menjadi Paderi pada 28 April 2012 di St. Anthony Tenom, Sabah.
Bagi membantu para belia untuk mengenal pasti kehadiran Tuhan di setiap detik dan perkara dalam kehidupan mereka, para peserta sejak dari awal mula BMK8 telah diminta untuk menulis jurnal kehidupan. dan di akhir hari BMK8, mereka telah bersedia dengan pengalaman iman mereka. berikut adalah petikan-petikan yang diambil hasil dari perkongsian pengalaman Iman mereka.
Rev. Ronnie Luni
Pembimbing Rohani Komisi Belia Keuskupan Keningau
Singkatan nama ‘Belia Masuk Kampung’ (BMK) mengingatkan saya akan maksud lain BMK iaitu “Bersama Melayani Kristus”. Apabila para belia masuk kampung, mereka menyatakan, “Inilah aku, utuslah aku”, maka mereka datang diutus untuk melayani bersama Kristus! Apabila Tuhan mengutus kita, Dia juga menyertai kita. Tiada yang terbaik, hanya bila Dia ada bersama!