sempena
Hari Belia Sedunia Ke-25
“Guru yang Baik, apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal” (Mk 10:17)
Para Sahabat,
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 Hari Belia Sedunia, Terilham dari impian Paus Suci Yohanes Paulus II, yang mengimpikan perhimpunan berkala untuk para belia dari segenap pelusuk dunia. Ianya merupakan satu inisiatif kenabian yang telah banyak menghasilkan buah, yang membolehkan generasi baru Kristian untuk saling bertemu, mendengar sabda Tuhan, dan menemukan keindahan Gereja serta mengalami pengalaman iman yang lebih mendalam. Program ini telah membawa kembali ramai belia untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Kristus.
Hari Belia Sedunia Ke-25 kali ini merupakan satu lagi langkah menuju kepada perhimpunan Hari Belia Sedunia di peringkat global, yang dijadualkan pada Ogos 2011, di Madrid. Saya berharap ramai di antara anda dapat menyertai acara ini untuk sama-sama mengalami acara yang penuh dengan rahmat. Sebagai persediaan kita bagi perayaan tersebut, Saya ingin mengongsikan kepada anda semua, renungan akan tema pada tahun ini “Guru yang Baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal” (Mk 10:17). Yang diambil daripada petikan Injil ketika Yesus bertemu dengan seorang pemuda kaya. Tema ini juga merupakan tema indah yang telah diplih oleh Paus Suci Yohanes Paulus II, ketika menulis surat pastoral kepada para belia buat kali pertama.
1. Pertemuan Yesus dengan si anak muda
“Ketika [Yesus] dalam perjalanan” – Injil Santo Markus menceritakan kepada kita – “Seorang pemuda berlari, berlutut di hadapan Dia, dan bertanya ‘Guru yang Baik, apakah yang harus ku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal’ Yesus menjawab, ‘mengapa kamu memanggil Aku baik? Tidak ada seorang pun yang baik kecuali Allah. Engkau menegetahui segala perintah Allah: jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, jangan mengurangi hak orang lain, hormatilah ayah dan ibumu!” Lalu kata pemuda itu “Guru, semuanya itu telah ku turuti sejak masa muda ku.” Tetapi Yesus memandang dia dan menaruh kasih padanya, lalu berkata: “Hanya satu lagi kekuranganmu: pergilah, juallah apa yang kau miliki dan berikanlah kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di syurga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.” Mendengar perkataan itu dia menjadi kecewa, lalu pergi dengan sedih sebab banyak hartanya.
Petikan injil ini menunjukkan kepada kita betapa Yesus mengambil berat akan perihal orang muda, kepada anda semua, kepada harapan dan impian anda, dan menunjukkan betapa Dia ingin bertemu dan berdialog dengan anda secara peribadi. Yesus berhenti untuk mendengar dan menjawab pertanyaan si anak muda. Dia memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada anak muda ini, yang terdorong dengan semangat yang tulus untuk berbicara dengan “guru yang baik” dan untuk belajar daripada Dia bagaimana untuk menjalani kehidupan ini. Pendahulu saya menggalakan anda dengan menggunakan petikan injil ini untuk anda “ membangun dialog dengan Yesus – satu dialog yang sangat penting bagi orang muda” (Surat Kepada Kaum Muda, No.2)
2. Yesus memandang dia dan mengasihi dia
Menurut Santo Markus, melalui petikan injilnya dia menekankan bahawa “Yesus memandang dan mengasihi dia” (MK 10:21). Pertemuan yang istimewa ini dan pengalaman orang-orang Kristian, merupakan teras perhatian renungan Tuhan. Kristianiti, yang pasti, bukanlah semata-mata satu kod moral. Ianya merupakan pengalaman Yesus Kristus sendiri yang mencintai kita secara individu, yang muda dan tua, kaya dan miskin. Dia mencintai kita meskipun kita beralih arah daripada-Nya.
Ketika Paus Yohanes Paulus II membahaskan peristwa ini, dia menghala kepada anda dan berkata: “semoga kamu juga mengalami renungan sedemikian! Semoga kamu mengalami kebenaran yang Dia, Kristus, melihat anda dengan penuh kasih!” (Surat Kepada Kaum Muda, No.7). Ianya adalah Kasih, yang diperlihatkan secara nyata di atas salib, yang mendorong Santo Paulus untuk menulis dengan penuh keterujaan: “Dia mengasihi ku dan menyerahkan diri-Nya untuk ku” (Gal 2:20). Seperti Yang ditulis oleh Paus Yohanes Paulus II “kenyataan bahawa Allah Bapa sentiasa mengasihi kita terlihat melalui anak-Nya, yang mana Kristus sentiasa mengasihi kita, kini telah menjadi sokongan kukuh bagi kehidupan umat manusia: (ibid.) Ianya membolehkan kita untuk melawan semua pencubaan: Kesedaran kita akan dosa kita, penderitaan dan saat putus asa kita. Melalui kasih ini kita menemukan sumber kehidupan Kristian dan asas evanglisasi: jika kita benar-benar telah menemukan Yesus, dan kepada mereka yang belum mengalami renungan Yesus, kitalah menjadi saksi-saksi-Nya!
3. Merancang kehidupan
Jika kita memperhatikan orang muda di dalam petikan injil ini, kita dapat melihat dia juga sama seperti anda. Kamu juga kaya dengan bakat, tenaga, impian dan harapan. Ini merupakan kelimpahan sumber yang kamu miliki. Usia anda sendiri merupakan satu aset yang sangat berharga, bukan sahaja untuk diri anda tapi bagi masyarakat, Gereja dan dunia.
Pemuda kaya tersebut bertanyakan kepada Yesus: “Apakah yang perlu saya lakukan?” Perjalanan hidup anda merupakan satu penemuan: Penemuan akan karunia yang telah Allah berikan dan pertanggungjawabkan kepada anda. Ia juga merupakan detik penting bagi anda untuk memutuskan corak kehidupan anda. Oleh itu, ia adalah waktu untuk anda bertanyakan diri anda sendiri apakah erti kehidupan sebenar dan apakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda? Apakah yang tiada? Seperti pemuda tersebut, mungkin anda juga pernah mengalami keadaan yang tidak menentu, bimbang atau menderita, dan merindukan sesuatu lebih dari kehidupan yang menyedihkan. Ia membuatkan anda bertanya pada diri anda “Apakah yang membolehkan hidup ini berjaya? Apakah yang perlu saya lakukan? Seharusnya bagaimana saya merancang hidup ini? “Apakah yang perlu saya lakukan untuk menikmati hidup yang penuh bernilai dan bermakna?
Jangan takut bertanyakan pada diri anda soalan-soalan ini! Ianya tidak akan menyusahkan anda, tetapi menambahkan keyakinan terhadap inspirasi yang terletak di hati anda. Kerana itu anda harus mendengar suara hati anda. Jawapan anda pada persoalan-persoalan tersebut haruslah tidak bersifat menipu diri, tetapi benar-benar dapat memuaskan kerinduan akan hidup yang penuh kegembiraan. Kamu harus mendengar suara Tuhan, bagi menemukan kehidupan yang benar-benar dapat membuatkan kamu bahagia. Dia mempunyai rencana bagi setiap kamu. Bertanyalah dengan penuh keyakinan kepada Dia: “Tuhan apakah rencana-Mu, sebagai Pencipta dan Bapa, kehidupan ku ini? Apakah kehendak-Mu? Aku mau melakukannya. Anda seharusnya yakin Dia akan menjawab pertanyaan anda. Jangan takut akan jawapan yang akan diberikan! “Allah lebih besar daripada hati kita serta mengetahui segalanya” (1 Yoh 3:20).
4. Mari dan ikutlah Aku!
Yesus mempelawa pemuda tersebut untuk melakukan lebih daripada apa yang hanya dapat memenuhi keinginan dan rencana peribadinya. Dia berkata kepadanya: Mari dan ikutlah Aku! Panggilan Kristian didasari oleh ajakan penuh cintakasih oleh Tuhan, dan hanya dapat dihidupi dengan balasan yang dipenuhi oleh kasih: Yesus mempelawa pengikut-pengikutnya untuk memberikan hidup mereka secara penuh, dengan penuh kepercayaan pada Tuhan dan tanpa niat tersendiri. Para Orang Kudus, menerima ajakan ini dengan penuh rendah hati dan kesatuan pada Yesus yang telah disalibkan dan kini bangkit. Mereka menjadi sempurna, kerana mereka tidak lagi menjadikan diri mereka sebagai fokus utama, tetapi memilih Injil sebagai kehidupan dan bertindak melawan arus tuntutan dunia, dan banyak kali tindakan mereka sukar difahami oleh akal budi manusia. (Paus Benedik XVI, Homili Pengangkatan, Oct 11, 2009)
Mencontohi kehidupan para pengikut Yesus, semoga kamu, sahabat yang dikasihi, dengan gembira menerima ajakan untuk mengikuti Dia, dan seterusnya hidup dengan penuh tenaga dan menikmati hasilnya di dunia ini. Melalui pembaptisan, Dia sebenarnya memanggil setiap kita untuk mengikuti Nya dengan teguh, mengasihi Dia lebih dari segalanya, dan melayani Dia yang hadir melalui saudara-saudari kita. Malangnya , pemuda kaya tadi tidak menerima ajakan Yesus dan pergi dengan hati yang sedih. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkan kekayaannya bagi menemukan kebahagiaan yang diberikan oleh Yesus. Pengalaman sedih pemuda kaya di dalam injil ini merupakan kesedihan mereka yang tidak mempunyai keberanian untuk mengikuti Kristus dan membuat pilihan yang betul. Namun tidak pernah terlambat untuk membalas ajakan Dia.
Yesus tidak pernah penat melihat kita dengan kasih dan terus memanggil kita untuk menjadi pengikut-Nya; kepada segelintir, Dia memberikan pilihan yang lebih radikal. Pada tahun para Paderi ini, kepada kaum muda lelaki, jika Tuhan memanggil antara kamu untuk menjadi paderi, Saya mohon untuk kamu mempertimbangkan jemputan tersebut dan dengan semangat membara dan penuh kemurahan menerima dengan rela sebagai tanda kasih istimewa, dengan mengambil langkah yang sewajarnya dalam membuat keputusan melalui bantuan paderi atau pembimbing rohani. Pemuda-pemudi yang dikasihi, jangan Takut! Jika Tuhan memanggil kamu ke hidup religus, membiara dan hidup missionary atau paderi: Dia tahu bagaimana untuk menganugerahkan kebahagiaan yang sejati kepada mereka yang menerima ajakan-Nya dengan penuh keberanian. Saya juga mengajak mereka yang dipinggil untuk menyahut panggilan berkahwin, untuk menerima panggilan ini dengan penuh keimanan dan teguhkanlah institusi perkahwinan dengan penuh cintakasih, penuh kesetiaan dan terbuka menerima anugerah yang memberi hidup . Panggilan ini merupakan rahmat harta yang tidak ternilai bagi masyarakat dan Gereja.
5. Terarah kepada Kehidupan Kekal
“Apakah yang harus ku perbuat untuk memperoleh kehidupan kekal?”. Mungkin Kamu muda masa kini tidak lagi peduli persoalan ini. Seperti yang diamati oleh Pendahulu saya, “ Bukankah kita generasi, yang mana kepada sesama dipenuhi dengan tuntutan dunia dan pembangunan sementara? (Surat kepada Kaum Muda, No.5). Namun, persoalan “kehidupan kekal” kembali kepada kita, contohnya, ketika kehilangan mereka yang kita kasihi, atau ketika mengalami kegagalan. Tetapi “kehidupan kekal” apakah yang dimaksudkan oleh pemuda kaya tersebut? Menurut Yesus, “kehidupan kekal” seperti yang ditegaskan-Nya kepada para rasul: “Aku akan berjumpa lagi dengan kamu. Hati kamu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun” (Yoh 16:22). Ini adalah sabda Yesus yang menunjukkan kegembiraan abadi dengan hidup yang dilimpahi dengan kasih Ilahi selama-lamanya.
Dengan kehidupan yang menanti kita kelak, ianya memberikan erti penuh kepada kewujudan kita. Ianya menghalakan rencana hidup kita ke arah yang lebih luas, yang memberikan kita motivasi untuk mengasihi dunia ini, dunia yang amat dicintai oleh Tuhan, untuk lebih komited membangunnya dengan didorong oleh semangat kebebasan dan kegembiraan yang di dasari oleh iman dan harapan. Melalui prespekftif ini, kita tidak lagi melihat peristiwa di dunia ini sebagai sesuatu yang pasti, tetapi kita mendapati bahawa Tuhan mepersiapkan kita bagi masa depan kelak. Bersama dengan St. Agustine kita dapat beribicara “ sentiasalah kita rindu akan tanah air kita yang sebenar iaitu syurga dan kita sedari kita hanyalah penziarah di dunia ini.” (Penjelasan Injil Yohanes, Hoimili 35.9). Fokusnya kepada kehidupan kekal, Blessed Pior Giorgio Frassati, yang telah meninggal dunia pada 1925 ketika berusia 24 tahun, ada berkata “Aku ingin hidup dan bukan wujud semata-mata!”. Di sekeping foto yang diambil semasa mendaki gunung, dia menulis kepada kawannya: “kepada yang tertinggi”, tidak merujuk kepada kesempuranaan Kristian sahaja, tetapi juga kehidupan kekal.
Sahabat muda yang dikasihi, Saya mendorong anda untuk menghidupi prespektif ini di dalam membangun rencana kehidupan anda: kita di panggil ke arah hidup kekal. Tuhan mencipta kita untuk bersama dengan Dia, selamanya. Ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang penuh bermakna dan memiliki hidup yang indah.
6. Perintah Allah, Arah kepada Kasih yang tulus.
Yesus memperingatkan kepada pemuda kaya itu, akan pentingnya 10 Perintah Allah bagi memperoleh kehidupan kekal. Perintah tersebut adalah penting jika kita ingin hidup dengan dikuasai oleh kasih, untuk membezakan yang baik dan tidak baik, dan membangun rencana kehidupan yang teguh dan stabil. Kepada kamu juga Yesus bertanyakan, adakah kamu mengetahui Perintah itu, adakah kamu melatih suara hati kamu berteraskan perintah Allah, dan menghidupi perintah tersebut. Namun begitu, persoalan ini jelas sekali bertentangan dengan arus dunia masa kini, yang mempromosikan kebebasan yang sepenuhnya, terpisah dari norma dan nilai kehidupan, yang mana menggalakkan umat manusia memenuhi keinginan mereka tanpa memperdulikan had yang ada. Namun ianya bukanlah erti kebebasan sebenar. Ianya menjadikan manusia hamba kepada diri mereka sendiri, kepada keinginan mereka, kuasa, wang, keseronokan dunawi. Yang akhirnya memusnahakan panggilan untuk mengasihi.
Tuhan memberikan kita perintah, kerana dia ingin mengajarkan kita akan erti kebebasan yang sebenar. Dia mahu membina kerajaan yang memperjuangkan cintakasih, keadilan dan kedamaian bersama dengan kita semua. Dengan mendengar dan mempraktikkan perintah tersebut ianya tidak bermaksud kita menjadi orang lain, tetapi kini kita menemukan arah yang memimpin kita ke kebebasan dan kasih yang sejati. Perintah tersebut tidak meletakkan had pada kebahagiaan, tetapi mengajarkan kita bagaimana untuk mencarinya. Di awal perbualan Yesus dengan pemuda tersebut Dia memperingatkan pemuda tersebut bahawa perintah yang diberikan Tuhan adalah baik, kerana “Tuhan ada baik”.
7. Kami memerlukan kamu
Menjadi belia masa kini, bererti terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah ekoran dari kekuarangan pekerjaan dan juga kerana tidak mempunyai idea masa depan yang jelas dan kemungkinan yang pasti. Banyak masa, anda merasa tidak berdaya dalam berhadapan dengan krisis masa kini dan kesan daripadanya. Berhadapan dengan masalah ini, jangan biarkan diri anda tidak bermotivasi, jangan putus asa dalam memperjuangkan cita-cita anda! Sebaliknya usahakanlah semangat persekutuan, keadilan dan keamanan di dalam hati anda. Masa depan yang cerah adalah milik mereka yang tahu bagaimana mencari erti kehidupan dan impian yang munasabah. Jika anda mahu, sudah pasti masa depan itu terletak di tangan anda , kerana bakat dan anugerah yang telah diberikan Tuhan di dalam hati anda, dibentuk oleh pertemuan dengan Kristus, dapat mewujudkan harapan sebenar pada dunia ini! Keyakinan kepada cintaksih-Nya lah yang menjadikan anda lebih tabah dan bersemangat, yang akhirnya memberikan anda kekuatan, dan ketenangan menjalani kehidupan di dunia ini, dan akhirnya menjalankan tanggunjawab di dalam keluarga dan bidang professional. Bekerjalah dengan gigih, untuk membina masa depan anda, dan dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, supaya anda dapat melayani dengan penuh berkeyakinan dan penuh kemurahan.
Dalam surat Ensliklikal saya yang menumpukan kepada pembangunan umat manusia “Caritas in veritae”, saya ada memuatkan beberapa cabaran-cabaran dunia masa kini; penggunaan sumber bahan mentah dan penjagaan alam sekitar, kawalan kewangan dan pembahagian sumber yang adil, kesatuan dengan negara-negara miskin, mengatasi masalah kelaparan, pengangkatan martabat buruh kasar ke tahap yang lebih tinggi, penghormatan kepada budaya hidup, menggalakan keamanan sejagat, dialog antara agama dan penggunaan media sosial dengan betul. Kamu dipanggil untuk berhadapan dengan semua cabaran tersebut di dalam membina dunia yang adil dan penuh kasih persaudaraan. Cabaran ini menunjukkan akan panggilan perlunya kehidupan yang benar-benar terancang dan komited, yang mana anda menggunakan semua bakat menurut rencana Allah yang ada pada setiap anda. Bukanlah untuk melakukan sesuatu yang bersifat pejuang sejati atau luarbiasa. Ianya bermaksud untuk membenarkan bakat dan kebolehan anda berkembang, dan terus berusaha untuk bertumbuh dalam iman dan kasih.
Sempena tahun para paderi ini, saya menggalakkan anda semua untuk belajar dari hidup para orang kudus, terutamanya para kudus yang hidup sebagai seorang paderi. Anda akan dapat melihat bagaimana Tuhan menjadi pembimbing mereka, dan bagaimana mereka menjalani kehidupan ini di dalam iman, harapan dan cintakasih. Kristus memanggil setiap anda untuk bekerja dengan Dia dan mengambil sikap bertanggungjawab dalam membina masyarakat kasih. Jika anda menuruti firman-Nya. Ianya akan menerangi jalan anda dan membimbing anda ke impian teringgi yang akan memberikan kebahagiaan dan erti sebenar pada hidup anda.
Semoga Perawan Maria yang Terberkati, Ibu Gereja, memperhatikan dan melindungi anda. Dengan doa dan kasih persaudaran saya memberkati anda semua.
Dari Kota Vatikan, 22 February 2010
BENEDICTUS PP. XVI