hari itu dia terdengar ada seorang yang boleh menyembuhkannya...sudah lama dia menderita...dikeji dan disisihkan orang...dia tidak berani untuk masuk ke bandar...takut dipukul dan dihumban dengan batu...berlawan dengan keinginan untuk sembuh dan ketakutan..akhirnya dia memutuskan untuk masuk ke Kota...
ah itu dia..manusia yang dikatakan dapat menyembuhkan.. jika ia mahu...dia berjalan menuju manusia itu dan berlutut untuk memohon kesembuhan...orang ramai terkejut... ada yang siap sedia mahu menghalau orang itu..sama ada dengan kayu..batu ataupun kata-kata kesat...
dengan nada suara yang takut...lemah dan sayu..dia berkata "kalau Engkau mahu, Engkau dapat mentahirkan aku"...maka tergeraklah manusia itu dengan belas kasihan...dan dia menyembuhkan manusia lemah itu...
manusia itu berkata jangan beritahu kepada sesiapa..tetapi ikutlah apa yang diperintahkan Musa...namun kerana terlalu gembira dia pergi ke seluruh pelusuk kota dan pinggiran kota..menyampaikan kabar penyembuhan itu...dia kini menjadi agen penyampai berita gembira...
kita sebagai belia katolik..kristian...sudah pasti pernah mengalami kepenuhan dan kesembuhan dari Yesus...dalam kehidupan banyak perkara indah dan pedih yang terjadi..yang banyak mengajar kita... dan yang mengajarkan kita itu ialah YESUS..sama ada melalui orang lain atau melalui sesama ciptaan Allah.
Namun adakah kita seperti orang yang disembuhkan tadi...dia pergi ke serata tempat untuk memberitakan kabar gembira itu...ya.. tindakan itu memang menyukarkan Yesus untuk meneruskan misi-Nya kerana ramai yang datang mahukan kesembuhan..mahu melihat dia..mau dapatkan sesuatu dari Dia...tapi dari sudut positif bukankah itu baik...Dia sumber kekuatan dan kehidupan dapat dikenali ramai...dan ramai yang datang dan percaya kepada dia...meninggalkan cara hidup lama dan lahir semula sebagai manusia yang penuh cinta dan kedamaian...
kita semua tidak layak..tetapi kita telah ditebus dengan darahNya... kita telah selamat...yang perlu kita lakukan adalah berkerjasama dengan Tuhan untuk menikmati keselamatan itu...siapa tidak pernah berdosa?...tiada yang mustahil bagi Tuhan..sekotor manapun diri ini..kalau dia mahu dia akan memberi kita pakaian pesta dan bersama dia di perjamuan kahwin...
kita harus dan bertanggungjawab memberitakan nama Yesus..sama ada melalui kata-kata mahupun corak kehidupan..kita mahu semua orang tahu...baik yang sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin.. bahawa Tuhan telah datang dihati kita dan kita mahu mengongsikan kegembiraan itu...kita mau semua orang kenal DIA..Pohon Kehidupan dan CINTA yang tak terbatas...dan... DARI SETIAP PENJURU ORANG DATANG KEPADA-NYA...
Jom kita berdoa
Ya Tuhan, Bapa yang maha pengasih bantulah kami anak-anak Mu yang selalu lemah dan tidak berdaya agar kami mampu bertahan di dunia yang penuh dengan pancoraba ini. kuatkan lah kami dengan kuasa Roh Kudus Mu, agar kami berani menjadi saksi kehadiran Yesus di tengah-tengah kami, biar mereka disekililing kami melihat kehadiran MU dalam kami melalui perkataan dan perbuatan kami. Amen
Pembacaan hari ini (1 Sam 4:11/ Mrk 1:40-45)