GEREJA ROH KUDUS, SOOK – Kehadiran rombongan dari
Holy Family Parish, Singapore merupakan berkat bagi peserta Program Pertemuan
Belia 2 di Gereja Roh Kudus, Sook pada 23 Jun 2013. Rombongan yang diketuai
oleh Fr. Damian, Pembimbing Rohani Belia Holy Family Parish, Singapore
bersama-sama dengan Andrew Lin, Koordinator Belia, Aloysius, Pelayan Altar dan
Jennifer, Katekis telah mengadakan lawatan ke Keuskupan Keningau bermula 20
hingga 24 Jun 2013. Objektif mereka mengadakan lawatan ini adalah untuk;
1) mengalami sendiri kehidupan masyarakat Kristian di kawasan Kampung
2) melihat dan mengalami pelayanan belia di Keuskupan Keningau
Pada Program Pertemuan yang ke-2 ini, para peserta yang hadir iaitu seramai 12 orang berpeluang mendengar perkongsian iman daripada rombongan yang hadir. Fr Damian, selaku ketua rombongan menyatakan rasa syukurnya kerana berkesempatan walaupun satu jam bersama dengan para belia di Paroki Roh Kudus Sook. Koordinator Belia Holy Family Parish, Singapore Andrew Lin, mengongsikan pengalamannya sebagai belia yang bekerja sepenuh masa dengan gereja. Beliau menyatakan keinginannya untuk melayani adalah kerana kasihnya kepada Tuhan Yesus Kristus. Kehadiran
Pada Program Pertemuan yang ke-2 ini, para peserta yang hadir
iaitu seramai 12 orang berpeluang mendengar perkongsian iman daripada rombongan
yang hadir. Fr Damian, selaku ketua rombongan menyatakan rasa syukurnya kerana
berkesempatan walaupun satu jam bersama dengan para belia di Paroki Roh Kudus
Sook. Koordinator Belia Holy Family Parish, Singapore Andrew Lin, mengongsikan
pengalamannya sebagai belia yang bekerja sepenuh masa dengan gereja. Beliau
menyatakan keinginannya untuk melayani adalah kerana kasihnya kepada Tuhan
Yesus Kristus. Kehadiran Aloysius, Pelayan Altar, 20 tahun, membuka mata pemimpin belia di Paroki Sook menyedari bahawa usia yang muda tidak menghalang seseorang itu untuk melayani di ladang Tuhan.
Program Pertemuan Belia diteruskan dengan sesi perkongsian
daripada semua pemimpin belia Paroki Gereja Roh Kudus Sook. Soalan renungan
yang diberikan adalah “Secara peribadi, apakah yang menyentuh peribadi saya sepanjang
sesi perkongsian bersama dengan rombongan dari Singapore?. Secara
keseluruhannya, kesemua peserta berasa bersyukur dengan kehadiran rombongan
Singapore. Selepas perkongsian daripada kesemua peserta, sintesis singkat
diberikan oleh Roselinah Francis, disusuli dengan doa penutup.
Suara Hati Peserta Pertemuan Belia 2, Paroki Sook
"Saya sangat terharu dengan kehadiran rombongan Fr. Damian.
Mendengar perkongsian mereka tentang pelayanan, saya melihat diri saya sebagai
Pengerusi..apa yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya harus sampaikan kepada
para belia. Kadang-kala saya putus asa..dan saya perlukan bantuan"
- Jessica, Pengerusi Belia Paroki Roh Kudus Sook
"Mendengar pengalaman Aloysius tentang pekerjaan Roh Kudus
dalam hidupnya, saya mula merenungkan pengalaman saya sendiri. Adakah selama
ini saya menyedari pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan saya?"
- Bonnanna
“Mendengar Andrew
Lin mengongsikan pelayanannya; ‘melakukan semuanya kerana kasih’, dalam
pelayanan, saya perlu belajar mengetepikan kepentingan diri sendiri. Semuanya
untuk perkembangan iman para belia dan apa saja pengalaman yang saya alami
terutama hari ini, saya perlu kongsikan itu kepada orang lain.”
- Rozario
“Gereja memerlukan tenaga seperti kami untuk melayani.
Sekarang ini, saya melayani dalam IKK kerana saya melihat kekurangan pelayan
IKK di KUK kami. Kehadiran Fr. Damian dan rombongannya, memberi saya kekuatan
dan harapan baru bahawa apa yang saya lakukan sekarang ini tidak sia-sia.”
- Rozelya
“Saya sangat tersentuh dengan kata-kata Fr. Damian “Dalam
pelayanan, jangan lupa berdoa dan selalu baca Alkitab”. Ini mengingatkan saya
kembali kepada sikap saya sendiri. Saya percaya kehadiran saya hari ini adalah
panggilan Tuhan. Dan dengan kata-kata fr. Ini saya perlu berusaha berdoa dan
merenungkan firman Tuhan."
- Andrian
"Kehadiran rombongan dari Singapore, terutamanya
perkongsian Aloysius, saya bertanya kepada diri saya, ‘Kenapa dia, dalam usia
yang begitu muda sudah melakukan pelayanan di luar? Kenapa saya tidak boleh?’
Dalam pelayanan, saya seringkali menolak apabila dipanggil melayani. Hari ini,
Tuhan menegur saya agar selepas ini melayani dengan sepenuh hati saya."
- Edward
"Mendengar perkongsian daripada mereka, timbul perasaan
cemburu dihati saya. Pelayanan itu bukan senang. Ia memerlukan pengorbanan"
- George
"Sebagai pemimpin belia di tempat saya, saya sangat
berharap para belia dapat bersatu hati dalam pelayanan. Walaupun banyak cabaran
yang saya lalui, saya percaya kalau saya mohon pertolongan Tuhan Yesus, pasti
cabaran itu dapat saya hadapi dengan mudah."
- Erlinda
"Kehadiran mereka di sini menjadi cermin kepada diri saya
sendiri. Pengalaman yang telah mereka kongsikan memberi penghiburan kepada saya
dalam pelayanan. Semoga Tuhan memberkati mereka!"
- Anjella
"Saya bersyukur kerana saya dapat datang. Saya percaya
Yesuslah yang memanggil saya sehingga saya dapat bertemu dengan mereka. Saya
sangat kagum dengan semangat pelayanan mereka."
- Ivy Jun
"Untuk menjadi seorang ketua bukanlah senang. Setiap kita
berperanan memberi sokongan doa dan apa juga bentuk sokongan yang dapat kita
berikan."
- Annas
"Saya melihat kesungguhan mereka dalam pelayanan dan
menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka dengan
sungguh-sungguh. Kedatangan mereka mengingatkan saya kembali pelayanan saya
terutama selepas saya tidak menjawat apa-apa jawatan dalam belia."
- Donny Gagit
"Saya tersentuh dengan keperibadian dan sikap keterbukaan
mereka dalam pelayanan. Mereka berani mengambil keputusan untuk datang di
Keuskupan Keningau. Selain itu saya melihat mereka begitu berani mencuba
sesuatu yang baru. Semua ini menimbulkan persoalan dihati saya. Kenapa mereka
melakukan ini? Apa yang saya pelajari daripada mereka adalah, belajar untuk
melihat sesuatu diluar kebiasaan saya."
- Roney Alfred
"Saya begitu tersentuh dengan perkongsian daripada
Aloysius yang mengatakan “Kalau bukan kerana Andrew, saya tidak akan berada
disini”.. kata-kata ini mengiingatkan saya kepada seorang sahabat saya yang
tidak pernah putus asa membawa saya kembali kepada Tuhan Yesus. Hari ini saya
benar-benar berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya
sahabat yang tidak pernah putus asa. Tuhan bekerja dalam dia. Menyebarkan kasih
itu bukan mudah. Perlu banyak bersabar. Saya harap saya tidak mudah putus
asa..berusaha untuk berubah."
- Irene Carmen
"Melihat keputusan Bible Knowledge di sekolah, saya
benar-benar kecewa. Namun, pertemuan saya dengan Bapa Uskup memberi penghiburan
kepada saya agar tidak terlalu kecewa. Pada hari ini, kehadiran rombongan
Singapore mengingatkan saya betapa pentingnya orang lain dalam pelayanan."
- Shane Alex
"Kehadiran rombongan Singapore ke Paroki Sook merupakan satu hadiah kepada para belia disini. Persahabatan seperti ini mampu memberi kesaksian hidup kepada semua belia. Mendengar 'feedback' daripada peserta Pertemuan 2 selepas sesi perkongsian rombongan Singapore, saya percaya Tuhan telah menanamkan benih didalam hati mereka. "
- Roselinah Francis