Monday, July 18, 2011

Apa Kata Mereka: BMK7

BMK ke 7



Program Belia Masuk Kampung kali Ke-7 (BMK7) anjuran Tim Pelayan pelajar IPT Keuskupan Keningau telah diadakan pada 04-17 July 2011 yang lepas. Sebagai keuskupan yang mengutamakan Penyembahan Tuhan, Pembentukan Iman dan Tanggungjawab sosial, program BMK7 kali ini bukan sahaja telah memuatkan input-input rohani tetapi juga memuatkan cabaran-cabaran isu semasa dari segi politik, sosial dan ekonomi negara kita Malaysia dan kesan-kesan dasar dan projek-projek ke atas penduduk kampung yang tidak mempunyai akses kepada maklumat semasa.Berikut adalah sedikit perkongsian daripada para peserta dan juga team penganjur. 










Para peserta mendapat pengalaman yang sangat berharga yang hadir melalui sesi-sesi yang diberikan dan juga pengalaman mereka memasuki kampung. Ternyata bagi para peserta terdapat perbezaan di antara kampung mereka dengan  kehidupan di kampung yang dilawati. Bersama dengan para penduduk, para peserta BMK7 dapat mengongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka. Manakala masayarakat kampung juga meminta agar program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi bagi membantu masyarakat kampung untuk mengetahui isu-isu semasa.

Tuesday, July 5, 2011

BMK-7

Waktu pagi yang penuh semangat...

Seawal jam 7.30 kami menyambut kedatangan peserta pertama BMK-7. Wow ini pasti sesuatu yang menyakinkan pihak penganjur bahawa pasti ramai peserta yang akan menyertai BMK-7 kali ini. Maka kami pun dengan bersungguh-sungguh mempersiapkan segala yang diperlukan untuk menyambut kedatangan para peserta yang lain. 

Kami tidak ramai...

Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, didapati pihak penganjur sedang bersantai, bermain sahiba dan ada yang masih menyelesaikan kerja-kerja yang harus disiapkan. Suasana waktu itu amat lah santai dan lengang, mungkinkah para peserta lain sedang berehat. Hanya seorang peserta di kalangan pihak penganjur dan dia kelihatan gembira duduk bersama mereka dan dapat menyesuaikan diri dengan mereka pada waktu yang agak singkat. 

Jam menunjukkan tepat jam 8.30 petang... lima orang sahaja! Oh apakah yang telah terjadi? Manakah belia IPT yang lain. Pelbagai perasaan menyelubungi pihak penganjur dan jua para peserta yang lain, rasa sedih kecewa dan banyak rasa-rasa lain datang mengunjungi. 

Ini aku, utuslah aku (Yes 6:8)

...tema BMK kali ini berbunyi ini aku, utuslah aku, yang dipetik daripada Yesaya 6:8. Memang kita rasa terkilan dengan penyertaan yang sedikit, tetapi it is okay. Ini kerana tidak semua orang yang terpanggil mampu mengatakan ini aku, utuslah aku. Jika Tuhan memanggil, namun tidak ada respon daripada diri seseorang, maka tidak akan ada mereka yang akan di utus. Jadi kamu para peserta yang menghadiri BMK kali ini, terima kasih atas respon yang kamu berikan, dan kepada tim pelaksana jangan merasa down, begitu juga kepada peserta jangan sedih tetapi tetap lah berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan apa yang harus kamu lakukan dalam hidup kamu... Demikianlah pesanan Rev. Fr Ronnie  Luni ketika mengupacarakan Misa Pembukaan BMK-7. 

Doakan kami 

Kepada semua belia, doakan kami agar sepanjang program ini berjalan para peserta yang hadir benar-benar dapat mempersiapkan mereka untuk menjadi utusan-utsan ke kampung-kampung terpilih. Dan jungan juga lupa kepada tim pelaksana dan juga para penceramah agar dapat mempersiapkan diri, dan menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan dikuasai terus oleh Roh Kudus.

Friday, June 24, 2011

.....word of the day....

Pope Benedict said to young people in Loreto: "It is true that finite things can give glimmers of joy, but only the Infinite can fill the heart".

Tuesday, June 21, 2011

BMK7

JOM SERTAI KAMI DI BMK KE-7

ANDA TIDAK RUGI KALAU TIDAK MENYERTAINYA





TETAPI..

DENGAN MENYERTAINYA ANDA MENEMUKAN BERKAT AND RAHMAT

JADI APA LAGI... ...JOM SERTAI KAMI DI BMK7

Monday, June 20, 2011

Apa? Masuk KaMPuNg!!!

Apa? Masuk kampung!!!

Lawak lah ko ini, kita kan memang orang kampung buat apa mau masuk kampung, memang tinggal di kampung pun, bukan ada beza dengan kampung orang...

Belia Ipt Masuk Kampung...

10 tahun yang lalu kumpulan pertama seramai 24 orang telah menyertai BMK yang pertama di Keuskupan Keningau. Pengalaman kami belia IPT yang sememangnya sangat berharga kerana ianya bukan secara secara peribadi menyebabkan kami lebih menghargai hidup dan peluang yang Tuhan berikan kepada kami, tetapi ia juga menjadikan kami manusia yang lebih bertanggung jawab dalam kehidupan ini.

BMK mempunyai aktiviti dan program yang simple dan ringkas, namun demikian ianya di iringi dengan makna yang penuh mendalam dan memerlukan pemerhatian khusus agar para belia terlibat mampu menghidupi nilai-nilai yang ditemui di dalam BMK ini.

Pada hari ini, salah satu perkara yang meyakinkan saya bahawa jalan kehidupan yang saya pilih ini adalah yang terbaik buat saya adalah atas pengalaman saya melalui BMK, yang mana pengalaman bersama masyarakat kampung yang jauh di pedalaman yang jarang-jarang sekali dapat menerima Tubuh dan Darah Kristus, sebenarnya telah membawa saya untuk memilih jalan sebagai pelayan sepenuh masa di keuskupan Keningau.

Oleh itu saya amat yakin BMK akan dapat membantu para belia untuk mengenali keperluan gereja tempatan dan keunikan yang wujud disetiap tempat yang di lawati. so kawan-kawan belia ipt yang sedang belajar mahupun telah tamat pengajian, sama ada diperingkat sijil ataupun PHD anda adalah dijemput. Yang lain-lain bah promosikanlah program ini...

Jumpa anda semua di BMK Ke-7 di St. Patrick Membakut pada 04 Julai 2011 ini. Peace!

Wednesday, May 25, 2011

When you Believe

Check this out... you tell me..
Being a believers is really a cool thing. Because, when we are at our most down we find strength in God.
Believe or not, it is true. For someone are not believers, who has no one to cling in this world they will only find strength and hope within themselves and most of the time they really hit the rock bottom. Most of them become so indifference towards others and life.
But for us who believe that there is God and He is with us, whenever we think we had no one in this world to hear us, to cherish us, to soothe us, the moment we paused and give in to GOD, we now find solace and grace. We are now able again to smile despite our hardships, we are now able to love our enemies, forgive o ourselves and others.
God gives us hope and life... isn't He? Can't you feel the power He gave you, cant' you feel the life and strength he gave you? If today you can feel Him in you, feel His presence within you and your surroundings, Go and SHARE that love and life. Give smile to the depress, hope to the hopeless be there for your family and  most important..say GOD I THANK YOU FOR YOUR LOVE AND GRACES UPON ME!

Menjadi beriman adalah sesuatu yang 'Cool'. Kerana ketika tidak bermaya di dalam Tuhan kita temukan kekuatan
Percaya atau tidak, ianya adalah kebenaran. Bagi sesorang yang tidak beriman, dan tidak mempunyai sesiapa untuk berharap di dunia ini, mereka hanya mendapatkan kekuatan dari kepercayaan pada diri sendiri. Ramai antara mereka menjadi lebih mementingkan diri.
Namun demikian, bagi kita yang percaya akan Tuhan dan kebersamaan Nya pada kita, di kala kita tidak mempunyai sesiapa untuk mendengarkan kita, menggembirakan kita  dan ketika kita berhenti sejenak dan beserah kepada Tuhan, di kala itu lah kita menemukan kekuatan. Dan kini di sebalik kepayahan dan perjuangan, kita menemukan kekuatan untuk kekal tersenyum, mencintai musuh-musuh kita dan paling penting untuk memaafkan diri kita dan orang lain.
Allah memberikan kita harapan dan hidup... tidak kah kau merasakan kuasa, hidup dan kekuatan yang dia berikan? Jika hari ini kamu merasakan kehadiran Dia dalam kamu dan di sekililing kamu, Pergi dan KONGSIKAN kasih dan hidup, kepada mereka yang memerlukan, dan lebih utama kata TUHAN SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA MU ATAS KASIH DAN RAHMAT MU ATAS SAYA!

Monday, May 16, 2011

My Psalm

I wrote this song two years ago.

And actually it's just an early prototype... would like to thank Wenceslaus Fred for the melody and arrangement.

It is in Bahasa Malaysia... The meaning of this song (summary)... as person on the moving... loneliness is an unavoidable experience and there are different levels or kind of loneliness. For us Christian, we are very lucky, that even though there is no one beside us in time of sorrow, sadness, hopeless and loneliness Jesus Christ is always there, to comfort us, to listen to us and to show us the way. 



Dia_Sahabat_Ku.wmv Watch on Posterous 
 
And in the ministry, i too sometimes feel alone, though my friends are all out there. Perhaps that what they say, we belong to nobody, but God. And in that particular moment, Jesus is my only hope and friend. He is indeed truly with me. I am really thankful to God that he always help me in the ways that i cannot imagine. 

And i am really sorry for the poor quality and certain mistakes. As i said it is not finalized yet. Pray for me one day i'll be able to produce a mini album...wow what a dream..but singer will be others hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...