Tuesday, March 8, 2011

Tinggal Kenangan

TINGGAL KENANGAN
(kalau sudi baca lah)
Lagu ini pernah menjadi hit di Malaysia suatu ketika dulu dan masih lagi bermain di corong-corong radio.
Sebagai mukahdimah bulan puasa ini...saya ingin kongsikan renungan saya ini...
...mmm..agak panjang juga lah...nyway thanks kamu baca...
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Ingin kucoba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Saya fikirkan tidak ada peribadi yang tidak mencintai dan cuba untuk mencintai Yesus sebaik sahaja seseorang itu sedar secara rohani atau mental, bahawa dia adalah milik Tuhan Yesus. Semua kita yang mengaku Dia adalah Tuhan, sememangnya telah mencintai Yesus. Malah yang telah meninggalkan dia, di suatu masa dan saat pernah mencintai dan mengagungkan Yesus.

Ramai yang pernah jatuh dan cuba bangkit kembali, namun agak menyedihkan ramai pula yang terus meninggalkan Yesus. Menjadikan lagu Tinggal Kenangan sebagai renungan saya, saya mendapati kasih Yesus sangat ajaib, tidak pernah berubah dan tidak pernah berhenti merindui kita...malah setiap saat kenangan terindah bersama kita lah menjadi kenangannya. Mungkinkah dia akan mengenal kita pabila kita bertemu kembali dengan dia.

Bagi Yesus, di luar sana banyak pengganti kita, namun satu perkara yangYesus sendiri akui, KITA adalah ciptaan Bapa yang sangat unik dan tidak ada duanya di dalam dunia ini. Dia tidak dapat melupakan kita, sejauh mana pun kita membuang dia, dia tidak akan dan dapat melupakan kita, kerana cinta dia terhadap kita sangat mendalam.

Walaupun kita pergi jauh ke dasar bumi, sungguh-sungguh meninggalkan Dia, Dia akan tetap merindui kita, dan cintanya itu tidak berkesudahan. Pada fikiran saya, apabila dia di tinggalkan, sudah pasti dia akan mencari pengganti. Dia pasti menemukan pengganti, tetapi yang pasti tempat kita sentiasa dikosongkan agar bila kita kembali masih ada ruangan untuk kita. Kerana dia setia..
Kawan-kawan kasih setia Yesus tak berubah... ianya sungguh penuh dengan belas kasih dan ajaib buat selama-lamanya. Di saat kita menjalani ibadah puasa kita, mari lah kita sekali lagi meningati akan saat kita memandang dia dengan penuh kasih dan pengharapan. Kita perbaiki hubungan suram dengan Yesus menjadi sesuatu yang indah dan hidup.

Jangan takut untuk kembali kepada Dia, kerana Yesus sangat penyabar dan penuh kasih setia... dia merindukan anda... datanglah kepadaNya...kerana pada Yesus, hanya kenangan terindah yang melekat pada nya. Kerana segala kejajalan dan kesalahan kita telah di hapuskan... pada masa-masa ini...dengarkanlah dia menyanyikan lagu ini...

Renungan..

Adakah suatu saat nanti pabila bertemu dengan kita, di saat kita memanggil-manggil dia Tuhan Tuhan...dia akan katakan oh kamu...tapi antara kita....semua itu sudah Tinggal Kenangan? Kalau benar tinggal kenangan, MENGAPA? Setahu saya Yesus tidak pernah akan mengatakan TINGGAL KENANGAN... kecuali kerana tindakan kita.... kerana tindakan kita semuanya menjadi TINGGAL KENANGAN...fikir-fikirkan lah..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

Thursday, March 3, 2011

You need help?

email: yourasking@gmail.com

Many of us are shame to seek out for help,  thus we the Youth Commission, have taken another step to give you space for us to throw out questions, concerns and anything...may it hearts, tears, issues...anything...
No worry your personal will be kept secret... you may use another name..or nick name...
Ramai yang terkurung dalam diri sendiri...apatah lagi jika apa yang dialami itu adalah sesuatu yang dianggap sulit, membawa malu dan pelbagai fikiran negatif.

Sebagai memenuhi permintaan ramai, komisi belia telah menyediakan satu email baru yang mana anda boleh saja bertanyakan apa sahaja, sama ada melibatkan emosi, pergolakan hati, pertanyaan agama, ajaran dan apa jua...

Yang pasti nama dan personaliti anda akan dirahsiakan...

email: yourasking@gmail.com

Wednesday, March 2, 2011

We Had Left Everything Behind....and Follow YOU

1st March 2011 (Mark 10:28-31)

Today's Gospel is a confirmation and affirmation  of God's Divine Providence and protection to those following Him.

However, he told us clearly that,the reason of following him must be Him and the Gospel, not of personal glorification or gratification.

Why? By seeking personal glorification and gratification, we will be blinded by our dissatisfaction of not enjoying by what we are seeking for. Thus we will not be able to experience God's divine providence and protection, .

Jesus at the same time did not promise of smooth sailing for those who following him. In that journey we may face persecutions; it may come from or within ourselves, others, environment; may it be social, economical or political sphere. The sea may be rough and hard for us to sail smoothly.

Thus before embarking or continue to the deep, once again Jesus invites us to ponder upon ourselves it is because of Him or simply our personal goal?

Thursday, February 10, 2011

Membawa orang lain kepada Yesus

Ruj: (Markus 7:31-37)

Injil hari ini memberitahu betapa saya banyak kali amat mementingkan diri dalam kehidupan doa saya. Dalam doa seharian, saya terlalu mengutamakan diri sendiri tanpa mendoakan orang-orang di sekililing saya. Hanya mereka yang memohon bantuan doa sahaja yang selalu saya sebut-sebut dalam doa saya.

Injil hari ini, menceritakan orang lain membawa seorang yang tuli dan gagap kepada Yesus dan mendapat kesembuhan. Orang itu mendapat kesembuhan.

Percaya atau tidak, iman kita pasti dapat menyembuhkan dan menyelamatkan orang lain. Kerana Yesus sentiasa memberikan yang terbaik buat semua manusia. Ahli keluarga, kawan-kawan mahupun musuh kita pasti dapat disembuhkan oleh Tuhan.

Soalan Renungan diri;

1. Adakah saya selalu dan sedia untuk mendoakan orang lain kepada Yesus, atau saya lebih suka berdoa untuk diri sendiri sahaja?

Percaya...

Bacaan Injil (Mk 7:24-30)

Pada kebanyakan masa dan ketika, saya juga mendapati diri ini sukar untuk percaya, percaya bahawa Yesus akan memberikan yang terbaik buat saya, saya juga mempunyai sifat teragak-agak... rupanya saya tidak terkecuali dari mereka yang kurang percaya...

Pembacaan hari ini...sangat indah kerana Yesus sekali lagi secara simboliknya menyatakan bahawa diri Nya adalah Tuhan kepada segala bangsa dan semua ciptaan. Di mata Dia tidak ada perbezaan...baik anda seorang kaum Dusun mahupun seorang Murut, seorang Timorese atau Filipin... Kasih Nya menaungi semua orang...

Pada hari ini kita di ajak untuk memeriksa diri kita seadanya;

1. Adakah saya mengaku Yesus Kristus adalah Tuhan yang memberikan yang terbaik bagi saya?

2. Bagaimanakah sikap doa saya? Adakah meminta-minta? Hanya mengeluh sahaja? Mengarah Yesus? atau penuh dengan hati yang mahu menyembah, bersyukur dan penuh penyerahan dan pengharapan pada Yesus..

Opsss...satu perkara yang pasti....ramai orang mengatakan Tuhan tidak pernah memberi jawapan atau memakbulkan permintaan saya.... Tidak memberikan jawapan dan tidak memakbulkan juga merupakan satu jawapan...dan ini hanya dapat difahami dengan mata rohani yang di kayakan dengan hubungan peribadi yang erat dengan Yesus...fikir-fikirkanlah...

Tuesday, February 8, 2011

Ku dengarkan...

....apa yang keluar dari seseorang itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam hati orang, timbul segala fikiran jahat...(Mk 7:14-23)

Petikan Injil hari kelmarin menceritakan betapa ahli-ahli Farisi dan Taurat mementingkan hukum... segala sesuatu berkisar pada hukum...makanya kesalehan / alimnya sesorang itu diukur pada sejauhmana seseorang itu hidup menurut hukum.

Adakah Katolik tidak mementingkan hukum? Katolik juga mempunyai set hukum dan nilai nya yang tersendiri. Malah kita adalah dituntut untuk mentaati ajaran / hukum / nilai pegangan Katolik.

Adalah sangat indah ajakan Yesus pada hari ini, dan ianya sangatlah bersesuaian dengan ajaran Katolik itu sendiri, iaitu dalam perihal melatih peribadi / naluri kita untuk menolak bibit-bibit pemikiran yang tidak teratur, agar kita sentiasa hidup dalam kekudusan.

Hari ini, kita di ajak untuk sentiasa memperhatikan apa sahaja yang bermain di benak pemikiran / hati kita. Mahu memperhalusi agar tidak timbul fikiran-fikiran yang jahat dan boleh membinasakan kita. Dan bagi para belia ini merupakan satu latihan rohani yang sangat sukar.

Hanya dengan membangun relasi yang erat dengan Tuhan Yesus, kita dalam kehidupan seharian akan dapat belajar untuk mengenepikan bibit-bibit pemikiran yang tidak teratur. Mungkin kah hari ini kita di ajak untuk meneliti diri kita sendiri iaitu;

1. Sejauhmanakah saya membenarkan diri saya untuk dipimpin oleh Roh Allah?
2. Ketika saya di datangi dengan buah fikiran yang tidak teratur, adakah saya berusaha untuk menolak pemikiran itu dengan meminta bantuan Tuhan atau saya terus melayan buah fikiran tersebut kerana ianya memberikan kepuasan kepada saya?

** buah fikiran yang tidak teratur ---cth. memaki hamun orang lain dalam hati, keinginan untuk memfitnah, menyumpah orang lain, dsbg...---

Doa singkat

Ya Tuhan, di kala saya di datangi dengan buah fikiran yang tidak teratur, bantu, kuatkan dan bebaskanlah saya daripada buah-buah fikiran tersebut. Amen

Renungan hari ini

Today's Short Reflection
(Mark/Markus 7:1-13)

Pada hari ini, berdasarkan bacaan harian kita dijemput untuk merenungi beberapa perkara berikut;
Today's Gospel invites us to ponder on these few questions for reflectios;

1. Apakah sikap saya sebagai seorang pelayan Gereja?
  - What is my attitude as pastoral worker?

2. Dalam pelayanan ini siapakah yang saya tonjolkan di hadapan umat Allah, Yesus atau diri sendiri?
  - Am i presenting Christ Jesus or my self in my daily mission/service before God's people?

3. Dalam mewartakan Injil adakah saya menghidupinya, atau hanya bercakap tentangnya?
  - In proclaiming the Gospel, do i live it myself or simply saying it out loud?

Doa Singkat / Short Prayer
- Tuhan berikanlah saya kekuatan untuk melakukan kehendak Mu, bantulah saya selalu dengan kuasa Roh Kudus Mu. Amen

- God help me and send your Holy Spirit to strengthen me, that i will be able to live as your will. Amen 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...