BATAL!!!! ayia macam oh??? penat sudah siurang merancang, buat nie buat tu, kasi promosi lagi... kamiurang sudah start latihan koir sudah siap sedia dengan yell... kenapa tiba-tiba kasi batal???
Kesian si.. H1N1 dipersalahkan atas pembatalan ini.Paling teruk lagi ada juga yang mempersalahkan Tuhan kerana wujudnya H1N1. Paling UTAMA Tuhan harus tidak DIPERSALAHKAN dalam hal sebegini.
Bukan mahu menambahkan duka, tapi mari sama-sama berimaginasi,waktu pendaftaran yang sesak dengan 535 orang peserta dan ibupaba angkat yang menunggu anak-anak angkat, "Welcoming Night" yang wow!!!, Misa Pembukaan oleh Bapa Uskup, sesi-sei yang pastinya membuka minda, malam penghayatan, Adorasi, Pengakuan dan yeah..games dan Rhythm of Youth, lagu-lagu yang hebat dan persembahan peserta yang penuh bergaya aduh..pastinya meriah dan..bayangkanlah....mmm
Sebagai Koordinator Belia Keuskupan Keningau, saya adalah salah seorang antara mereka yang sodih dan kiciwa. saya mula bertanya mengapa dan mengapa? terbawa-bawa akan emosi dan perasaan. Tapi sikijap ja lah hehe...saya harus bersifat rasional dan terbuka... dan dalam membuat persiapan diri untuk ke Misa Kudus..pembacaan pertama hari ini (09/08/2009), yang menceritakan tentang Elia. Yang mengalami keputusasaan dan ingin mati. Kalau kita membaca kisah Elia seterusnya ia adalah pertemuan Elia dengan Tuhan di atas Gunung Sinai, Tuhan yang datang dalam suasana yang damai dan memberikan kekuatan.
Ketika dalam renungan banyak persoalan bermain di benak pemikiran, antaranya ialah "adakah saya melakukan semua tugas pelayanan itu bersandarkan kepada diri sendiri atau bersumberkan kekuatan Allah? "adakah saya melakukan semua ini kerana Yesus atau sekadar membuktikan kebolehan diri...? Adakah saya benar-benar membenarkan Allah bekerja dalam diri saya?
Saya sedari bahawa dalam kes pembatalan COY, Tuhan inginkan kesetiaan yang lebih lagi dari saya, lagi-lagi kesetiaan ketika dalam kekecewaan, takwa dan penuh berserah kepada kebijaksanaan Tuhan. Tuhan mengajarkan saya akan erti "Jalan DIA bukan bukanlah seperti perjalanan yang saya kehendaki" dalam usia semuda ini (promote dulu kejap..2 tahun lagi sa masuk 30 tahun dah hehe) untuk terus bertahan di dalam pelayanan ini, saya harus belajar untuk bersandar sepenuhnya kepada Allah, belajar untuk berserah sepenuhnya kepada dorongan Roh Kudus dan seperti Elia yang peka sehinggakan dapat mendengar dan memutuskan kehadiran Tuhan di antara angin ribut, gempa dan bunyi bisikan halus. saya harus belajar dari Nabi Elia untuk taat, percaya dan mempunyai hubungan yang erat dengan Tuhan dan berupaya mendengar bisikannya dan membezakan bisikan-bisikan yang hadir... dalam meneruskan perjalanan yang Tuhan telah sediakan bagi saya.
Diharapkan semua pihak juga dapat belajar sesuatu dari Nabi Elia, mungkinkah bisikan Tuhan kepada anda berbeza daripada bisikan yang Dia berikan kepada saya... kalau ada,,,kongsikanlah bisikan itu agar kita semua dapat saling bertumbuh dalam Kristus Yesus...
4 comments:
Butul tu ddean, most of the time, apa yang kita mau bukan apa yang yg terbaik untuk kitorang ba kan... bila umur makin tinggi ni, kita tau ba makna di sebalik apa saja kesodihan om kokosiwaan tu! Maybe u al have done so much in the last few months --- continuous & pact activities --- that God give u a good rest (like Elia - 40 days rest ohhhhh)-- just nice for our AYD preparation! GBU / Kiris
alalalala...kician...tapi mimang butul jga la bukan plastic...there's always something or someone behind every events...bergantung jga sma tu urang apa maw pikir...hahaha wlaupapun,Tuhan tatap ada...mimang ada tu rencana dia sna...kapada tu yg sakap 1st paragraph,jan kamu sedih bah,Tuhan maw kasi selamat kamurang & umat² dia ditym yg ada plague ni so that u can perform better without fear!!! SEMOGA TUHAN MEMBERKATI KAMU SUMA!!! AMEN
p/s: klaw suda 30 tu,jan kasi lambat maw jadi faado...nti kana reject...klaw xda maw kawin la...kah kah kah ^^
Sabar itu 1/2 dari Iman. Try tanya hospital klu buli dorg bagi free 'anti-viral' utk semua peserta. Sori ah bagi suggestion gila tapi mungkin buli pakai...yg simpati.
ya..sa hadir!!!heehe sa sbg wakil tuan ruma mo bg komen la juga hehe emm..hari ini 24hb spatutnya sdg coy la ni skrg..haha tketawa sa skjap bila ada kawan2 yg sms sa smlm kunun2 sibuk2 la dgan acara welcoming nite..(actually tuan ruma yg handle ni acara)hehe..walaubagaimanapun jalanNya bukanlah jalan kita..so,kita berserah saja la kan..walaupun kadang2 ada rasa kekecewaan tp dsebalik soma tu pasti ada berkat yg lebih besar buat kita semua..kalau renung2 balik kan apa yg terjadi ni sgt seronok pula sbb ada usaha bah..wlupun xtcapai hajat tp masih ada buah2 kebaikan yg kita dapat kan.. :8)
Post a Comment