Tuesday, September 1, 2009

jalan peristiwa sama...konsep berbeza..mmm...

Salam 1 Malaysia

Jude,

Perbezaan dalam konsep dan pemahaman di antara Kristian dan Islam tidak dapat di nafikan... dan di elakkan... namun kita sebagai seorang yang beriman harus saling menghormati ajaran agama masing-masing. Perbezaan yang ada harus TIDAK di jadikan alasan untuk merendah-rendahkan ajaran agama yang lain... "If you trust Your God, have faith in Him and believe in Him and above all is to LOVE Him"

Jika kita meneliti secara terperinci banyak juga peristiwa-peristiwa yang berbeza diantara Kristian dan Islam. Perbezaan peristiwa dan konsep ini adalah kerana pemahaman akan Tuhan atau dalam bahasa agama di kenali dengan "Theology" sesuatu ajaran itu amat berbeza.

Sebagai seorang Kristian kita diajarkan oleh Yesus untuk mengasihi Tuhan Allah dengan segenap hati, segenap akal dan dengan segenap jiwa kita dan kita juga mencintai antara satu dengan yang lain sebagaimana Yesus telah mengasihi kita"

Maka jangan disebabkan perbezaan ini kita menjadi asing antara satu dengan lain. Sesuatu yang amat digalakkan bagi semua penganut agama Kristian adalah untuk mendalami pengetahuan iman dan agama, ajaran gereja dan memahami konsep-konsep atau dalam gereja di kenali sebagai Dogma dan Doktrin Gereja. Memahami ajaran agama lain adalah sesuatu yang baik, namun demikian kita dinasihatkan untuk mendalami ajaran agama kita sendiri terlebih dahulu agar kita akan lebih dapat memahami dan mencintai agama kita dan semakin diteguhkan, tanpa asas pengetahuan agama sendiri untuk memahami agama lain, kadang-kadang ianya akan menyebabkan kekeliruan.

Diharapakan sedikit penjelasan ini dapat membantu sdra, jude dalam pembangunan seharian. Senyum selalu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...