Sedikit...KBK3...
June 2010 menyaksikan kegembiraan di wajah ramai belia, kerana KBK-3 telah Berjaya dianjurkan dengan 905 peserta mendaftar dan 1000 orang termasuk para sukarelawan yang membantu.
ewah...dengan bersungguh-sungguh mereka mendengar |
Kepada semua pihak yang banyak membantu kami, terutamanya dari segi sokongan doa, material dan kewangan terima kasih yang tidak terhingga buat semua. Hanya berkat terindah dari Tuhan yang mampu membalas kemurahan hati saudara-saudari semua. God Bless all of you!
Kerana derma mu..dapatlah kami menikmati makan agape |
“Perjalanan KBK-3, merupakan satu pengalaman yang indah dan mendewasakan kerana, melaluinya saya mengenali diri ini dan juga tujuan hidup ini”... “saya menemui jawapan akan panggilan hidup ini”...”kini saya lebih menghargai iman saya, dan saya berjanji untuk teruskan pelayanan ini”... ianya sesuatu yang memenatkan kerana banyak perkara berlaku, namun pada masayang sama ‘more blessing i received from God’..dan ku mahu cinta Yesus untuk selamanya”.. ini lah antara beberapa luahan yang dikongsikan oleh para peserta.
seperti mereka..ramai belia juga merasakan pengalaman Tuhan yang INDAH!!! |
Seketika...mereka meninggalkan
Atas rahmat cintakasih Allah, dua orang team Komisi kini sedang melanjutkan pelajaran di Philippines mereka adalah Rev. Fr. Rudolf Joannes, yang mengambil Bidang Pengajian Canon Law dan juga Roselinah Francis dalam bidang Pastoral Theology...seketika mereka meniggalkan, dan akan kembali dengan banyak pengalaman baru untuk dikongsikan bagi pembangunan iman dan hidup kekristianan para belia dan masyarakat kristian am-nya.
Sekarang ...APA?
Selepas KBK 3 ramai yang tertanya-tanya... apakah yang akan dilakukan selepas ini. Kini mengikut Kalendar komisi Belia Keningau, Kalendar belia memasuki kuarter ke-3 tahun 2010, yang mana sepanjang bulan Ogos hingga Oktober, siri pembentukan belia yang diadakan secara study days akan di jalankan di setiap paroki. Dan setiap paroki memilih modul-modul pembentukan berdasarkan keperluan di paroki masing-masing.
Oleh itu jumpa di sana k...
No comments:
Post a Comment