Saudara
saudari dalam Yesus Kristus yang bangkit.
Dalam
suasana Paska kita bersyukur dan bersaksi bahawa "memang benar Tuhan sudah
bangkit" (Luk 24:34). Dia bangkit ertinya hidup, menyertai dan mendampingi
kita sepanjang perjalanan hidup kita (Mat 28:20). Kebangkitan Kristus bagi kita
yang percaya kepadaNya juga akan menyedarkan kita bahawa hidup ini sentiasa
bermakna walau apapun cabaran dan keadaan yang kita hadapi. Oleh itu marilah
kita sentiasa mahu memilih menyatukan diri kita denganNya (Yoh 15:4-5; Kol
2:6-7).
Tahun
Iman yang sedang kita sambut adalah satu kesempatan rahmat dalam memantapkan
iman Kristiani kita. Tidak cukup dengan hanya menerima Sakramen Pembaptisan.
Kita perlu membaharui dan menetapkan janji-jani Baptis kita setiap hari. Dari
Sakramen Pembaptisan kita perlu terus "berakar umbi dalam Dia dan dibangun
diatas Dia" (Kol 2:7). Bagaimana seseorang itu dapat berakar umbi dalam
Kristus dan dibangun diatas Dia? Seseorang itu perlu taat menyatukan diri
dengan peribadi Yesus melalui doa, FirmanNya, Ekaristi, Sakramen-Sakramen,
hidup berkomuniti serta mahu dikuasai Roh Kudus (Yoh 14:26; 2 Tim 1:6-7). Gaya
hidup yang mengutamakan kesatuan dengan
peribadi Yesus akan menjamin identiti dan integriti hidup Kristiani kita
sentiasa bersaksi bagi Dia.
Marilah
kita umatNya (Paderi, Religius dan Awam) taat mendengar suaraNya agar kita
sentiasa dapat mengenal kehadiran dan kehendakNya serta taat mengikutNya (Yoh
10:27).
Selaku
pengikut-pengikut Yesus dan anggota-anggoata GerejaNya, marilah kita ambil
peduli dengan perkara-perkara berikut:
1. Perayaan Ulang Tahun ke 20
Keuskupan Keningau
Marilah kita datang bersama
merayakan Hari Kesyukuran kita ini. Melalui Perayaan Ekaristi dan Fellowship
kita mengungkapkan syukur kita kepada Tuhan atas bimbingan dan perlindunganNya
dalam perjalanan Iman dan perjalanan hidup kita selama ini. Melalui perayaan
UTK ke-20 ini kita juga yakin bahawa Tuhan menyertai dan mendampingi kita ke
arah pemantapan iman supaya komited bersaksi bagi Kerajaan Allah. Kita doakan
bersama agar perlindungan Tuhan menguasai segala usaha yang dijalankan sebelum,
semasa dan sesudah perayaan.
Tarikh
Perayaan UTK ke-20 : 4hb Mei, 2013
Tempat:
Paroki Sto. Yohanes Pembaptis Sipitang
Masa:
Jam 10.00 pagi (Misa Kudus)
2. Pilihan Raya Umum ke-13
Tarikh membuang undi jatuh pada Hari
Minggu, 5hb Mei 2013. Jangan kita lupa bahawa Hari Minggu adalah Hari Suci bagi
kita Umat Kristian. Kita wajib datang menguduskan Hari Tuhan sebelum membuang
undi. Di setiap Paroki dan Mission akan diadakan Misa Sunset atau Misa Petang
Hari Sabtu untuk Liturgi Hari Minggu. Oleh itu ambillah masa untuk datang
menguduskan Hari Tuhan dengan menghadiri Misa Sunset, lebih-lebih bagi mereka
yang harus bertugas pada hari tersebut atau mengundi di kampong atau daerah
masing-masing. Namun pada hari Minggu tersebut 5hb Mei, Misa Kudus dan Ibadat
sabda dijalankan seperti biasa di setiap Paroki/Mission, Zon dan KUK.
Mengapa
kita mengundi? Mengundi adalah hak kewarganegaraan kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan
mengundi kita ambil peduli dan ambil peranan menentukan agar kepentingan
bersama kita rakyat Negara ini dapat dilindungi.
Undi kita
berpandu kepada apa? Undi kita perlu berpandu kepada semangat
kebenaran, keadilan, solidarity dan kebebasan, ingatlah supaya undi kita
berpandu kepada:
v Nilai-nilai
yang berasas kepada Kitab Suci dan Ajaran Gereja
v Etika hormat
kepada martabat manusia, hormat kepada hak-hak asasi manusia dan perlindungan
terhadap Alam Ciptaan Tuhan
v Calon-calon
yang memperjuangkan kesejahateraan umum bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira keturunan, anutan agama, jantina dan latar belakang ekonomi seseorang
atau komuniti itu.
Sama-samalah
kita berdoa agar proses Pilihan Raya ke-13 berjalan dengan adil dan dalam
perlindungan Tuhan. Selaku Umat Kristian undi kita bukan hanya sulit tetapi
perlu suci. Kita perlu berdoa sebelum membuang undi supaya undi kita dapat kita
laksanakan menurut suara hati yang dibimbing oleh Roh Kudus.
"Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi
Bagi Kerajaan Allah"
RT.REV BISHOP DATUK CORNELIUS PIONG
BISHOP OF KENINGAU DIOCESE
SABAH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment