Saturday, June 8, 2013

PROGRAM PEMBENTUKAN IMAN DAN KEPIMPINAN BELIA

by: Felsie Filex

Para peserta bersama dengan Fr.BonifaceKimsin dan Fr. Roney Mailap
TAMBUNAN - Tim Kerasulan Belia Katolik Holy Cross Toboh telah menganjurkan Program Pembentukan dan Kepimpinan Belia pada 2 hingga 5 JUN 2013 bertempat di Holy Cross Toboh, Tambunan. Program ini telah disertai lebih 70 orang belia daripada KUK di bawah paroki Holy Cross Toboh. Program ini diadakan khas bagi semua ahli jawatankuasa tertinggi  belia setiap KUK di bawah paroki Holy Cross Toboh.


     Program ini bertujuan, memupuk model kepimpinan kristian dalam kalangan AJKT KBK Paroki HCT. Melalui program ini juga, para pemimpin belia diperkenalkan kepada cara kepimpinan Kristian disamping menerapkan semangat “TIM” dalam AJKT KBK.

Pada hari pertama, program ini bermula dengan pendaftaran peserta seterusnya puji-pujian, ice breaking dan taklimat ringkas yang diberikan oleh FR. Roney Mailap selaku koordinator program Pembentukan Iman dan kepimpinan Belia ini.

Setiap pagi, Program pembentukan Iman dan Kepimpinan Belia ini dimulakan dengan doa pagi (doa rosari) di hadapan grotto. Pada hari kedua dan ketiga, pelbagai input yang membentuk iman dan kepimpinan belia telah  diberikan kepada para peserta. Input-input dalam program ini telah diberikan oleh FR. Roney Mailap sendiri dan juga saudari Roselinah Francis selaku Koordinator Belia Keuskupan Keningau. Melalui program ini juga, para peserta dapat mendengar perkongsian tetang perjalanan kehidupan anak-anak Tuhan dalam pelayanan mereka. Perkongsian ini telah diberikan oleh saudari Roselinah Francis dan saudara Roney Alfred daripada Tim komisi Belia Keuskupan Keningau. Selain itu, Renungan Peribadi dan Misa Kudus diadakan pada sebelah tengah hari manakala Group dynamic diadakan pada sebelah petang.


Pada malam 3 Jun 2013 (hari kedua) pula, adorasi dijalankan di Chapel gereja Holy Cross Toboh. Adorasi ini dipimpin oleh Fr. Roney Mailap. Seterusnya, pada malam 4 Jun 2013 Upacara Cahaya dan Malam Persahabatan telah diadakan bagi mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan pemimpin belia paroki Holy Cross Toboh. 

Dalam upacara cahaya, sesi pembasuhan kaki dan perdamaian di antara ahli KBK di setiap KUK diadakan. Selesai sahaja upacara cahaya, acara dilanjutkan dengan malam persahabatan yang dimulakan dengan pujian, penayangan video singkat dan seterusnya persembahan daripada KBK setiap KUK. 

Pada hari terakhir program ini, para belia telah melakukan penetapan perancangan dan komitmen konkrit dalam pelayanan. Hal ini bertujuan, agar selepas program ini, para pemimpin belia terus membimbing belia di KUK masing-masing untuk terus berjalan bersama Kristus, melalui pelayanan-pelayanan yang mereka lakukan disamping memberi harapan kepada belia yang kehilangan harapan.

Program Pembentukan Iman dan Kepimpinan Belia ini diakhiri dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh paderi paroki Holy Cross Toboh, FR. Boniface Kimsin. Dalam misa penutup program ini, para peserta telah melafazkan komitmen sebagai pemimpin belia di KUK masing-masing. Selesai sahaja misa Kudus, peserta mengambil bahagian pula dalam acara bergambar bersama paderi disusuli dengan makan tengah hari dan gotong-royong. 
Sebagai seorang pemimpin kristian, pelayanan yang berteraskan Kristus sangat penting kerana Yesus sendiri telah menjadi contoh pemimpin yang terbaik.  Jika seseorang ingin menjadi yang terdahulu, hendaklah ia menjadi yang terakhir dari semuanya dan pelayan dari semuanya.” (MRK 9:35).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...