Friday, June 7, 2013

REKOLEKSI STAF-STAF KEUSKUPAN KENINGAU - RRKK PURUN

PURUN - Pada 22 - 24 Mei 2013, Staf-staf di seluruh keuskupan Keningau telah berkampung di Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun untuk tujuan Rekoleksi Tahunan. Rekoleksi ini telah dihadiri oleh para staf dari setiap paroki yang terdiri daripada kerani gereja, urusetia MPP, pelayan sepenuh masa di kawasan gereja dan turut disertai oleh mereka yang melayani di pejabat-pejabat komisi seperti Komisi Belia, Komsos, Komisi Katekatikal dan Pusat pastoral keuskupan. Rekoleksi sepanjang 3 hari ini di bawah bimbingan Fr. Francis Dakun selaku Penasihat Rohani komiti staf di Keuskupan Keningau.
Ketibaan para staf disambut dengan senyuman oleh Komiti RRKK Purun pada 22 Mei 2013. Setelah berehat seketika, para staf meluangkan masa bersiar2 di Pantai Purun dan menikmati suasana 'sunset' di pantai. Sesi pendaftaran di kendalikan oleh sdri. Boniah. Kemudian, para staf berkumpul di chapel untuk doa rosari dan doa petang. Setelah itu, para staf sama-sama menikmati makan malam sebelum berehat di bilik masing-masing.
Baru sampai di RRKK Purun
Mereka bersiar-siar di tepi Pantai
Bersiar-siar di tepi pantai...


                                                                                           Hari kedua dimulakan dengan doa pagi seawal jam 6.30 pagi. Ramai yang tidak dapat tidur malam sebab panas dorang bilang. Apa bulih buat la, sudah namanya di siring laut :). Tapi itu tidak menghalang para staf untuk sama-sama merayakan Misa Kudus pembukaan yang dipimpin oleh Yg. Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong di Chapel RRKK Purun. Malah para staf lebih bersemangat untuk berbicara dengan Yesus dalam sesi Adorasi yang dipimpin oleh Fr. Francis selepas sarapan pagi. Dalam sesi ini, Fr. Francis telah memberi renungan mendalam tentang tugas/kerja sebagai pelayan Tuhan di gereja. Selepas itu, para staf beralih ke dewan terbuka untuk mendengar ceramah bertajuk 'Tonggak 12' iaitu 12 etika yang sepatutnya diamalkan dalam pekerjaan setiap hari yang disampaikan oleh Pn. Sabina Andrew, seorang penjawat awam di sebuah hospital. 
Misa Pembukaan
Adorasi dan Renungan
Mendengar ceramah...

Kushyuk mendengar ceramah
Penceramah jemputan Pn. Sabina









Sebelah petang diisi dengan sesi pengakuan dan kaunseling oleh Fr. Francis. Semua staf mengambil peluang ini untuk membuat pengakuan dosa. Hujan lebat, petir dan kilat yang sabung-menyabung tidak mematahkan semangat para staf untuk sama-sama bergembira dalam sesi sukaneka yang dimulakan dengan tarian JAMILAH. Dalam sukaneka, beberapa permainan disediakan seperti Isi air dalam botol guna tangan, Boling kelapa,  Selipar Terbang, dan 'Unduk Ngadau' telah membuatkan para peserta tak kering gusi apabila melihat rakan-rakan mereka beraksi untuk memenangi setiap permainan.
Tarian Jamilah...
Para 'Unduk Ngadau'

Semua org bergambar bersama selepas sukaneka
Sebelah malam, para staf sekali lagi berkumpul dan ber'fellowship' di mana set karaoke disediakan dan setiap staf mempersembahkan suara dan menonjolkan bakat mereka dengan lagu pilihan masing-masing. Malam fellowship ini menyaksikan para staf bertukar-tukar hadiah yang mana nama telah dicabut lebih awal iaitu pada mesyuarat pertama sebelumnya. sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi sukaneka juga diadakan iaitu hadiah berupa hamper makanan ringan yang di sponsor oleh ahli-ahli Hospis KSFX dan staf2 mission KSFX. Pemotongan kek untuk Sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan mei juga diadakan serentak dengan upacara sambutan pesta kaamatan staf pada malam tersebut. Fellowship ini secara tidak langsung telah mengeratkan lagi silaturrahim di antara staf.
Sambutan harijadi & kaamatan
Menari-nari








                                

Hari terakhir di mulakan dengan doa pagi di chapel dan seterusnya sarapan pagi dan Mesyuarat Staf keuskupan. Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara dibincangkan dan diputuskan bersama. Setelah makan tengahari, para staf bersurai pulang ke tempat masing-masing dengan hati yang gembira. Jumpa lagi di Rekoleksi staf pada tahun hadapan. * TQ kepada Sdra. Fabian Michael untuk gambar2 yang berkualiti.
Misa Penutup
Para staf menyanyi...




Wednesday, May 29, 2013

KEMABONG PEMBUKA TIRAI PERTEMUAN BELIA 2

KEMABONG - Pada 19 Mei 2013, Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong menjadi tirai pembuka bagi program Pertemuan Belia untuk pusingan ke-2. Para belia di Mission ini digabungkan bersama dengan para belia dari Paroki St. Anthony, Tenom. Pertemuan Belia kali kedua ini adalah kesinambungan bagi pertemuan 1.
Sebilangan belia yang hadir. Yang lain sudah pulang...
Sama seperti pertemuan sebelum ini di mana program dimulakan dengan sesi puji-pujian dan doa pembukaan. Seterusnya aktiviti Games yang dilakukan di kawasan halaman gereja yang bertujuan untuk merapatkan lagi tali persahabatan di antara para belia di kedua-dua gereja ini. Setelah berpenat lelah berlari ke sana ke sini di bawah terik mentari, para belia berehat sambil menikmati kitchai ping (gulk!) yang disediakan oleh belia kemabong (Trima kasih).

Antara games yang mencuit hati...
Inilah Gereja di Kemabong...
Selepas berehat 20 minit, para belia berkumpul kembali di dalam gereja bagi mendengar sesi 'Talks' yang disampaikan oleh sdri. Roselinah Francis. Dalam talks ini, para belia diminta mengimbau dan merenung apakah realiti belia di tempat mereka masing-masing kemudian para belia dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan realiti hidup atau situasi belia masa kini. Setiap kumpulan juga diminta untuk melakonkan babak-babak realiti  belia masa kini di tempat mereka di hadapan semua yang hadir. Ternyata belia-belia di sini kreatif dan berbakat sebagai pelakon tempatan. Kesimpulan dan penggulungan untuk semua sesi disampaikan oleh sdri. Roselinah yang disusuli dengan doa penutup.

Perbincangan kumpulan...
kumpulan berbincang...
Peace...

Lakonan..
Mereka berlakon realiti belia...




















Sebelum bersurai, para belia dijamu dengan mee goreng kicap pekat manis dan Kopi hitam pekat manis juga yang sangat menyelerakan di petang hari. 


KSFX PENUTUP TIRAI PERTEMUAN BELIA 1

BINGKOR - Seramai 37 orang belia dari seluruh paroki KSFX yang mewakili pusat / zon / kuk masing-masing berkumpul di Dewan Gereja St. Mary, Bingkor seawal jam 8.30 pagi bagi mengahdiri Program Pertemuan Belia 1 bagi paroki KSFX pada 18 Mei 2013 yang lalu. Ini merupakan pertemuan terakhir bagi pusingan pertama program ini di Keuskupan Keningau.

Pertemuan dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.30am hingga 9am. Setelah itu, para belia diajak untuk memuji Tuhan dengan lagu-lagu pujian dan seterusnya Opening Prayer dan sesi taklimat ringkas. Selepas itu, para belia bergembira dengan aktiviti 'Indoor Games' yang bertujuan memupuk kerjasama dan kreativiti di kalangan ahli kumpulan.

Aktiviti seterusnya selepas berehat dan minum pagi adalah sesi ceramah bertajuk DREAMS yang disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis iaitu koordinator Komisi Belia. para belia merenung beberapa persoalan seperti apakah impian anda? apakah impian saya kepada para belia di tempat saya?. Kesemua soalan renungan ini dibincang dalam kumpulan mengikut zon masing-masing dan dibentangkan sebelum acara doa penutup dan doa penyerahan.

Akhir sekali, sebelum bersurai, para belia yang hadir menjamu selera.

Tuesday, May 21, 2013

5 TEMPAT 1 MATLAMAT ~ ROADSHOW S.I.T.A

Mungkin ramai antara kita yang tertanya2, apa bha SITA ini? S.I.T.A adalah akronim bagi Stay In Touch Always di mana ia adalah satu program yang membantu para belia untuk belajar berhubung dengan gereja dan campus ministry setempat di seluruh Malaysia. Pendek kata ia adalah program persiapan belia ke institut pengajian Tinggi.
     Pada tahun lalu (2012), kita digemparkan dengan berita pengislaman pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Susulan itu, pihak gereja telah mengambil usaha membuat kajian dan survey di kalangan pelajar KML berhubung isu ini dan ternyata ianya sesuatu yg amat membimbangkan. Seterusnya laporan kemudian dibentangkan kepada Uskup2 dan Uskup2 mengambil tindakan untuk menghantar surat kepada pengurusan di KML. 
      Namun sebenarnya, isu-isu ini sudah lama dihadapi oleh belia2 kita yang melanjutkan pengajian di Universiti atau kolej sama ada di Sabah atau Luar Sabah. Oleh itu, pihak Youth-PREP Centre (YPC) Alamesra di bawah naungan Pusat Kebajikan Good Shepherd telah mengambil langkah untuk memberi pendedahan kepada para belia yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT dengan mengadakan Roadshow SITA di setiap Keuskupan di Sabah. Bagi Keuskupan Keningau, YPC bekerjasama dengan Campus Ministry Keuskupan Keningau untuk memberi pendedahan awal kepada para belia di Keuskupan Keningau.
     Destinasi pertama bagi Program Roadshow SITA ialah di Gereja Roh Kudus, Sook pada 07 Mei 2013 dengan kehadiran peserta seramai 12 orang. Seterusnya destinasi kedua bertempat di Katedral St. Francis Xavier, Keningau pada 09 Mei 2013 dengan seramai 27 orang peserta. Destinasi ketiga adalah paroki Holy Cross Toboh, Tambunan dengan kehadiran peserta seramai 11 orang diikuti destinasi keempat di Paroki St. Anthony, Tenom dengan jumlah peserta seramai 11 orang. Destinasi terakhir adalah di Paroki St. Valentine, Beaufort dengan jumlah peserta terkecil iaitu 4 orang.

St. Valentine, Beaufort
Gereja Roh Kudus, Sook
Paroki St. Anthony, Tenom
Paroki Holy Cross, Toboh Tambunan
KSFX, Keningau

     



















      Setiap pertemuan dibahagikan kepada 3 sesi di mana Sesi 1 iaitu pengenalan SITA disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis. Sesi kedua yang bertajuk Kehidupan sebagai penuntut Universiti atau kolej disampaikan oleh Sdra. Roney Alfred Eming yang memberi pendedahan kepada para peserta akan reality dan isu-isu social yang seringkali dihadapi pelajar IPT selain membantu para peserta mengenalpasti system sokongan melalui orang terdekat atau komuniti gereja berhampiran yang boleh membantu mereka apabila berhadapan dengan krisis/kesulitan. Seterusnya sesi ke-3 disampaikan oleh Sdra. Dius Tunjan daripada Pusat Youth PREP yang bertajuk Hak dan Tanggungjawab yang mana sesi ini memberi kesedaran kepada para belia katolik akan hak-hak dan tanggungjawab mereka agar mereka diperkasa untuk mempraktikkan hak mereka apabila berhadapan penindasan atau masalah terutama dari segi kerohanian. 
     Berdasarkan maklum balas daripada para peserta, rata-rata peserta rasa bersyukur kerana setiap sesi yang disampaikan telah membuka mata dan menyedarkan mereka untuk mempersiapkan diri apabila melanjutkan pelajaran kelak dan iman katolik mereka lebih diteguhkan melalui input-input tentang kehidupan di IPT, hak & tanggungjawab serta perkongsian daripada para senior dan berharap agar program ini diteruskan setiap tahun.

Aktiviti Hak & Tanggungjawab
Perbincangan dalam kumpulan
Sesi Ceramah @ perkongsian
Gereja...
Soal Jawab

Thursday, May 2, 2013

SEMANGAT SOLIDARITI BELIA DI ST. THERESA & HOLY CROSS, TAMBUNAN

TAMBUNAN - Destinasi ke-5 program Pertemuan Belia kini tiba di Paroki St. Theresa yang bergabung dengan Paroki Holy Cross Toboh, Tambunan. Seramai lebih kurang 35 orang pemimpin belia hadir dalam program ini yang diadakan pada 27 April 2013 bertempat di dewan gereja St. Theresa. Apa yang menarik di sini, kita dapat melihat pelbagai tingkat umur dari yang remaja, bujang-bujangan, dewasa, bapa, mami semuanya bersatu dalam program ini. Terasa macam program keluarga pun ada, best kan! (Tepuk tangan utk semua!!!)  
Belia St. Theresa & Holy Cross Tambunan yang amat sporting dan ceria...

    OK lah, pendaftaran dimulakan pada jam 2pm hingga 2.30pm yang menyaksikan berduyun2 belia dari sekitar STT & HCT datang mendaftarkan diri. Di kalangan peserta ini, ada yang dtg dari jauh antaranya dari kampung yang limpas kaingaran (lupa sdh nama kg) tapi berdasarkan cerita, jalan pigi sana amat mencabar tapi drg boleh sampai juga utk hadir ke program ini, TAHNIAH (tapuk tangan!) dan ada juga yg dari kg. Tudan (under Tuaran district but drg always kena lawat oleh paderi dari Toboh so drg decide join under Toboh Parish sebab lebi dekat.) Kg. Tudan ni terletak di area Gunung Emas.. jauh juga tu tapi drg dtg juga (tapuk lagi tangan!)
Tukang daftar : Ireneus & Celeste
Pemain muzik yg awesome : Ben
    Then after pendaftaran, dimulakan sesi Doa pembukaan dan Action Song yang berjaya memeriahkan keadaan sebab sebelum tu masing2 macam malu2 lagi. Maklumlah, mungkin faktor jarang berjumpa kan jadi masih belum kanal2 lagi.. Then after that, diadakan pula sesi Permainan @ games. Antaranya games bina menara guna kerusi dan Games Umban botol guna selipar. Pelbagai aksi lucu dan mendebarkan telah berlaku di tempat kejadian ditambah lagi dengan lawak dari Fr. Roney Mailap yang hampir membuatkan mulut para belia kita krem (kamu bulih kasi bayang sdh kan). Selepas itu, Rehat sambil makan mee dan minum kupi.

    Program seterusnya ialah TALK'S daripada cik Roselinah Francis dengan tajuk 'DREAMS'. Seterusnya para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon / kuk / paroki dan membincangkan apa harapan/ impian mereka terhadap para belia di tempat mereka. Setiap kumpulan diminta untuk menggambarkan impian mereka dan melukisnya pada sehelai kertas manilakad. Setelah itu, beberapa kumpulan dipilih untuk membentangkan gambaran impian mereka dan ternyata semuanya berbakat dalam bidang lukisan. 

Pembentangan dari Zon/KUK Kaingaran
Pembentangan dari KUK Tombotuon..
    Sebagai simbolik acara penutupan, Doa penyerahan dilakukan di hadapan salib Taize dengan setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengucapkan doa penyerahan impian dan meletakkan lukisan mereka di hadapan salib Taize. Usai semuanya, acara perpisahan dilakukan dengan lagu dan action 'berpisah' (yang pernah join saja yang tau ni) dan sesi bergambar dan makan tengahari bersama berlaukkan ikan goreng, sayur dan lada yang amat pedas (sampai ada yg terbatuk2).. Jumpa lagi di lain masa :)

(p/s: sturktur bahasa yg digunakan adalah sabahan style dan rojak2, bukan utk komersial. Amaran keras: jangan tiru untuk jawab peperiksaan SPM / STPM) 

Friday, April 26, 2013

Surat Pastoral


Saudara saudari dalam Yesus Kristus yang bangkit.
Dalam suasana Paska kita bersyukur dan bersaksi bahawa "memang benar Tuhan sudah bangkit" (Luk 24:34). Dia bangkit ertinya hidup, menyertai dan mendampingi kita sepanjang perjalanan hidup kita (Mat 28:20). Kebangkitan Kristus bagi kita yang percaya kepadaNya juga akan menyedarkan kita bahawa hidup ini sentiasa bermakna walau apapun cabaran dan keadaan yang kita hadapi. Oleh itu marilah kita sentiasa mahu memilih menyatukan diri kita denganNya (Yoh 15:4-5; Kol 2:6-7).
Tahun Iman yang sedang kita sambut adalah satu kesempatan rahmat dalam memantapkan iman Kristiani kita. Tidak cukup dengan hanya menerima Sakramen Pembaptisan. Kita perlu membaharui dan menetapkan janji-jani Baptis kita setiap hari. Dari Sakramen Pembaptisan kita perlu terus "berakar umbi dalam Dia dan dibangun diatas Dia" (Kol 2:7). Bagaimana seseorang itu dapat berakar umbi dalam Kristus dan dibangun diatas Dia? Seseorang itu perlu taat menyatukan diri dengan peribadi Yesus melalui doa, FirmanNya, Ekaristi, Sakramen-Sakramen, hidup berkomuniti serta mahu dikuasai Roh Kudus (Yoh 14:26; 2 Tim 1:6-7). Gaya hidup yang mengutamakan kesatuan dengan peribadi Yesus akan menjamin identiti dan integriti hidup Kristiani kita sentiasa bersaksi bagi Dia.
Marilah kita umatNya (Paderi, Religius dan Awam) taat mendengar suaraNya agar kita sentiasa dapat mengenal kehadiran dan kehendakNya serta taat mengikutNya (Yoh 10:27).
Selaku pengikut-pengikut Yesus dan anggota-anggoata GerejaNya, marilah kita ambil peduli dengan perkara-perkara berikut:
1. Perayaan Ulang Tahun ke 20 Keuskupan Keningau
Marilah kita datang bersama merayakan Hari Kesyukuran kita ini. Melalui Perayaan Ekaristi dan Fellowship kita mengungkapkan syukur kita kepada Tuhan atas bimbingan dan perlindunganNya dalam perjalanan Iman dan perjalanan hidup kita selama ini. Melalui perayaan UTK ke-20 ini kita juga yakin bahawa Tuhan menyertai dan mendampingi kita ke arah pemantapan iman supaya komited bersaksi bagi Kerajaan Allah. Kita doakan bersama agar perlindungan Tuhan menguasai segala usaha yang dijalankan sebelum, semasa dan sesudah perayaan.
Tarikh Perayaan UTK ke-20 : 4hb Mei, 2013
Tempat: Paroki Sto. Yohanes Pembaptis Sipitang
Masa: Jam 10.00 pagi (Misa Kudus)

2. Pilihan Raya Umum ke-13
     Tarikh membuang undi jatuh pada Hari Minggu, 5hb Mei 2013. Jangan kita lupa bahawa Hari Minggu adalah Hari Suci bagi kita Umat Kristian. Kita wajib datang menguduskan Hari Tuhan sebelum membuang undi. Di setiap Paroki dan Mission akan diadakan Misa Sunset atau Misa Petang Hari Sabtu untuk Liturgi Hari Minggu. Oleh itu ambillah masa untuk datang menguduskan Hari Tuhan dengan menghadiri Misa Sunset, lebih-lebih bagi mereka yang harus bertugas pada hari tersebut atau mengundi di kampong atau daerah masing-masing. Namun pada hari Minggu tersebut 5hb Mei, Misa Kudus dan Ibadat sabda dijalankan seperti biasa di setiap Paroki/Mission, Zon dan KUK.
Mengapa kita mengundi? Mengundi adalah hak kewarganegaraan kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan mengundi kita ambil peduli dan ambil peranan menentukan agar kepentingan bersama kita rakyat Negara ini dapat dilindungi.
Undi kita berpandu kepada apa? Undi kita perlu berpandu kepada semangat kebenaran, keadilan, solidarity dan kebebasan, ingatlah supaya undi kita berpandu kepada:
v  Nilai-nilai yang berasas kepada Kitab Suci dan Ajaran Gereja
v  Etika hormat kepada martabat manusia, hormat kepada hak-hak asasi manusia dan perlindungan terhadap Alam Ciptaan Tuhan
v  Calon-calon yang memperjuangkan kesejahateraan umum bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, anutan agama, jantina dan latar belakang ekonomi seseorang atau komuniti itu.
Sama-samalah kita berdoa agar proses Pilihan Raya ke-13 berjalan dengan adil dan dalam perlindungan Tuhan. Selaku Umat Kristian undi kita bukan hanya sulit tetapi perlu suci. Kita perlu berdoa sebelum membuang undi supaya undi kita dapat kita laksanakan menurut suara hati yang dibimbing oleh Roh Kudus.
 "Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi Bagi Kerajaan Allah"


RT.REV BISHOP DATUK CORNELIUS PIONG
BISHOP OF KENINGAU DIOCESE
SABAH MALAYSIA

Wednesday, April 24, 2013

University & College Catholic Student Roadshow

Shalom semua rakan belia! Apa kabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu. Bagi kami di komisi belia semuanya dalam keadaan yang sihat seperti biasa :)

Beberapa perkara yang kami dipihak komisi ingin kongsikan kepada para belia...seperti yang kita lihat berita dalam blog, program pertemuan 1 yang dijalankan disemua paroki berjalan dengan lancar. Kami amat gembira dan bersyukur atas kehadiran rakan-rakan belia dalam menyertai program ini. Semangat dan sokongan yang diberikan memberikan sukacita yang saya percaya bukan sahaja dipihak kami tetapi juga para belia lain yang berkesempatan membaca blog komisi. Mungkin ramai lagi rakan2 kita yang belum mengetahui blog ini..so..sama-samalah kita kongsikan kepada mereka pula...
Selepas pertemuan 1 yang akan kami jalankan di St. Theresa pada 27hb, Pertemuan 2 akan menyusul. Kepada para belia yang tidak berkesempatan menyertai Pertemuan 1, silalah datang ke Pertemuan 2 ini. Kehadiran anda kami nantikan!

Oklah...news yang sangat penting! :) ...khusus kepada para belia yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti/kolej...ya! anda yang lepasan STPM & STPM....ada berita menarik!...Pusat Kebajikan Good Shepherd (Youth-Prep Centre) akan menganjurkan Program Sehari Bersama Lepasan Pelajar di Keuskupan Keningau. Objektif program ini;
      1. Memberikan informasi dan rujukan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran diperingkat  universiti dan kolej.
     2. Menyediakan platform/ruang dimana pelajar lepasan universiti/kolej mengongsikan pengalaman mereka  berada di universiti/kolej dan membantu pelajar yang baru ini dilengkapi dengan maklumat penting tentang kehidupan universiti/kolej.
     3. Membangun rangkaian sokongan bagi pelajar Universiti dan kolej. 

Beberapa paroki dipilih untuk mengadakan progam sehari ini. Jadual program adalah seperti berikut:

Pusat Progam dijalankan (Tempat)
Tarikh
Paroki Terlibat
Gereja Roh Kudus, Sook
7 Mei 2013 (Selasa)
Gereja Roh Kudus, Sook

Katedral St. Francis Xavier
9 Mei 2013 (Khamis)
Katedral St. Francis Xavier

Holy Cross, Toboh
13 Mei 2013 (Isnin)
Holy Cross, Toboh
St. Theresa, Tambunan
St. Anthony Tenom
14 Mei 2013 (Selasa)
St. Anthony, Tenom
Mission Kemabong
St. Valentine Beaufort
16 Mei 2013 (Khamis)
St. Valentine Beaufort
St. Patrick Membakut
St. Yohanes Sipitang
St. Peter, Kuala Penyu

Oleh kerana itu...kepada lepasan SPM dan STPM, janganlah lepaskan peluang untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini. Silalah berhubung dengan pengerusi belia di paroki anda masing-masing...pendaftaran bermula pada jam 8 pagi...yuran penyertaan hanya RM5 seorang...JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! 

Akhir sekali, seperti yang kita sedia maklum, PRU13 akan diadakan tidak lama lagi..kepada para belia yang  para belia yang layak mengundi, kita mempunyai tanggungjawab bagi mewujudkan kesejahteraan bersama demi seluruh masyarakat Malaysia, khususnya melalui amalan menunaikan pembuangan undi (Uskup Agung Kuala Lumpur, Herald April 14). Sama-samalah kita berdoa untuk pilihanraya yang selamat, bebas, adil dan bersih. 

"Pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu" 

Tuhan memberkati!

Roselinah Francis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...