Thursday, August 27, 2009

Agama Rasmi....

Jude question: erm sy da mo tnya..napa agama Islam jadi agama rasmi, bukannya Kristian. sebab Kristian wujud dulu dr Islam..bleh jawabka??heheh

Thanks Jude for the question…

My answer: Sdra Jude. Penetapan agama rasmi sesebuah negara sama ada Kristian lebih dulu wujud daripada agama-agama yang lain ianya bergantung kepada faktor demografi yang mengambil kira populasi sesebuah Negara.

Contohnya Bagi Negara kita Malaysia, majoriti penduduknya adalah bergama Islam kira-kira 60.4% (kiraan tahun 2000). Dan sememangnya dari awal pembentukan tanah Malaya, agama Islam merupakan agama majoriti penduduk Tanah Melayu. Dibawah Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab menggubal Perlembangan Persekutuan 1957, hasil daripada dialog dan persefahaman (Kontrak Sosial) di antara tiga kaum utama ketika itu, Melayu, Cina dan India, Agama Islam telah dijadikan agam rasmi persekutuan Tanah Melayu di bawah Perkara 3 (1), perlembagaan persekutuan.

Untuk pengetahuan Sdra. Jude, agama Rasmi bagi Negara Philippine dan Timor Leste ialah agama Kristian, ini kerana majority penduduknya Beragama Kristian. Dalam menentukan agama rasmi sesebuah negara, faktor demografi atau jumlah penganut agama sesebuah Negara juga di ambil kira. Namun demikian ianya juga mengambil kira keadaan politik dan sosio-budaya sesebuah Negara.

Bagi kita di Malaysia jangan lah risau kerana, di bawah Akta perlembagaan persekutuan 1957, Perkara 3 (1), Perkara 11 (1),(2),(3, 3a,3b), secara terang membenarkan kebebasan beragama, membenarkan setiap agama untuk mengurus dan mentadbir agama masing-masing. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia harus peka akan hak kita sebagai warganegara Malaysia. Dan kita wajib mempertahankan Hak kita yang telah termaktub di bawah Akta Perlembagaan ini, bagi menjamin kebebasan bergama dan mengamalkan ajaran agama masing-masing terus terpelihara.

Diharapakan penerangan yang ringkas ini dapat menjawab pertanyaan atau kekeliruan Sdra. Jude.

Sunday, August 9, 2009

COY "perjalanan yang berbeza"

BATAL!!!! ayia macam oh??? penat sudah siurang merancang, buat nie buat tu, kasi promosi lagi... kamiurang sudah start latihan koir sudah siap sedia dengan yell... kenapa tiba-tiba kasi batal???

Kesian si.. H1N1 dipersalahkan atas pembatalan ini.Paling teruk lagi ada juga yang mempersalahkan Tuhan kerana wujudnya H1N1. Paling UTAMA Tuhan harus tidak DIPERSALAHKAN dalam hal sebegini.

Bukan mahu menambahkan duka, tapi mari sama-sama berimaginasi,waktu pendaftaran yang sesak dengan 535 orang peserta dan ibupaba angkat yang menunggu anak-anak angkat, "Welcoming Night" yang wow!!!, Misa Pembukaan oleh Bapa Uskup, sesi-sei yang pastinya membuka minda, malam penghayatan, Adorasi, Pengakuan dan yeah..games dan Rhythm of Youth, lagu-lagu yang hebat dan persembahan peserta yang penuh bergaya aduh..pastinya meriah dan..bayangkanlah....mmm

Sebagai Koordinator Belia Keuskupan Keningau, saya adalah salah seorang antara mereka yang sodih dan kiciwa. saya mula bertanya mengapa dan mengapa? terbawa-bawa akan emosi dan perasaan. Tapi sikijap ja lah hehe...saya harus bersifat rasional dan terbuka... dan dalam membuat persiapan diri untuk ke Misa Kudus..pembacaan pertama hari ini (09/08/2009), yang menceritakan tentang Elia. Yang mengalami keputusasaan dan ingin mati. Kalau kita membaca kisah Elia seterusnya ia adalah pertemuan Elia dengan Tuhan di atas Gunung Sinai, Tuhan yang datang dalam suasana yang damai dan memberikan kekuatan.

Ketika dalam renungan banyak persoalan bermain di benak pemikiran, antaranya ialah "adakah saya melakukan semua tugas pelayanan itu bersandarkan kepada diri sendiri atau bersumberkan kekuatan Allah? "adakah saya melakukan semua ini kerana Yesus atau sekadar membuktikan kebolehan diri...? Adakah saya benar-benar membenarkan Allah bekerja dalam diri saya?

Saya sedari bahawa dalam kes pembatalan COY, Tuhan inginkan kesetiaan yang lebih lagi dari saya, lagi-lagi kesetiaan ketika dalam kekecewaan, takwa dan penuh berserah kepada kebijaksanaan Tuhan. Tuhan mengajarkan saya akan erti "Jalan DIA bukan bukanlah seperti perjalanan yang saya kehendaki" dalam usia semuda ini (promote dulu kejap..2 tahun lagi sa masuk 30 tahun dah hehe) untuk terus bertahan di dalam pelayanan ini, saya harus belajar untuk bersandar sepenuhnya kepada Allah, belajar untuk berserah sepenuhnya kepada dorongan Roh Kudus dan seperti Elia yang peka sehinggakan dapat mendengar dan memutuskan kehadiran Tuhan di antara angin ribut, gempa dan bunyi bisikan halus. saya harus belajar dari Nabi Elia untuk taat, percaya dan mempunyai hubungan yang erat dengan Tuhan dan berupaya mendengar bisikannya dan membezakan bisikan-bisikan yang hadir... dalam meneruskan perjalanan yang Tuhan telah sediakan bagi saya.

Diharapkan semua pihak juga dapat belajar sesuatu dari Nabi Elia, mungkinkah bisikan Tuhan kepada anda berbeza daripada bisikan yang Dia berikan kepada saya... kalau ada,,,kongsikanlah bisikan itu agar kita semua dapat saling bertumbuh dalam Kristus Yesus...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...