Monday, March 2, 2015

Iklan Taklimat Kerjaya


Terbuka bagi para belia perempuan lepasan SPM, STPM atau yang sedang mencari pekerjaan. Datanglah beramai-ramai :)

PELANCARAN SYD-4 DI TOBOH, TAMBUNAN

Perwakilan yang hadir bergambar bersama para Uskup dan Paderi

TAMBUNAN – Pada 13-15 Februari 2015, seramai lebih kurang 150 orang belia di seluruh Sabah yang mewakili paroki masing-masing di Keuskupan Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu telah berkumpul di gereja Holy Cross, Toboh, Tambunan untuk menghadiri program FASA 1 dan pelancaran SYD4-Tawau.

            Hari pertama dimulakan dengan Misa Pembukaan yang dipimpin oleh Fr. Ronnie Luni. Dalam homili, beliau menghuraikan maksud tema SYD4 iaitu “Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan”(Mat.5:7). Sebelah malam pula diadakan Flash Back SYD-3 yang dikendalikan oleh sdri. Roselinah Francis di mana para perwakilan menonton video sepanjang SYD3 di Toboh pada tahun 2012. Setelah itu diadakan sharing berkumpulan di mana mereka mengongsikan apa perasaan apabila menonton video tersebut.

            Hari kedua dimulakan dengan Doa pagi yang bertemakan ‘Kasih’ sempena Hari Valentine. Setelah itu, diadakan sesi 1 bertajuk ‘Mengenal diri’ (bahagian 1) yang disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh. Dalam sesi ini, para perwakilan diajak untuk menyedari bahawa ‘I am the beloved of God’. Para peserta juga menjalani aktiviti ‘Kawanku Cermin’ dimana secara berpasangan meneliti ciri-ciri wajah rakan dihadapan selepas itu dalam kumpulan, mereka akan mengongsikan perasaan meneliti wajah kawan, apa penemuan baru terhadap wajah sendiri, adakah saya boleh menerima diri sendiri dan adakah saya mengakui saya adalah anak Tuhan. Seterusnya ‘Mengenal Diri’ (bahagian 2) pula disampaikan oleh Fr. Roney Mailap yang menekankan tentang menerima diri sendiri dan bagaimana Allah mencipta manusia menurut gambar dan rupa-Nya.

Logo SYD-4
Pada sebelah petang, sesi kedua diteruskan bertajuk ‘Keluarga’ yang disampaikan oleh sdra. Dominic Lim. Ianya dimulai dengan tayangan video tentang perkembangan janin di dalam rahim ibu hingga dilahirkan dan kupasan berkenaan tumbesaran manusia yang berkaitan dengan keluarga. Sesi ketiga menyusul yang bertajuk ‘Sejarah Penyelamatan’ disampaikan oleh Fr. Jeffry Gumu yang menceritakan dan menerangkan tentang sejarah penyelamatan Allah sejak dari manusia pertama kepada nabi-nabi di perjanjian lama sehinggalah zaman Yesus yang dilahirkan dan disalibkan yang dipanggil untuk menyelamatkan manusia. Beliau juga mengongsikan kisah panggilan beliau menjadi paderi yang mengharungi kegembiraan dan cabaran yang amat menyentuh hati para peserta.

Dalam misa sunset yang dipimpin oleh Fr. Jeffry Gumu, diadakan penyambutan salib belia di mana belia Holy Cross Toboh menyerahkan Salib Belia kepada pihak penganjur @ MOT SYD-4 sebagai tanda bermulanya perjalanan salib SYD4 dan memberi persepsi kepada peserta bahawa salib yang diterima adalah salib kemenangan dan bukan salib kesengsaraan. Sebelah malam pula, diadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin gereja iaitu Bishop Julius Gitom, Fr. Jeffry Gumu dan Fr. Sunny Chung. Tiga belia dari setiap keuskupan mengongsikan isu / kesukaran yang dihadapi berdasarkan konteks keuskupan masing-masing dimana Keuskupan Sandakan mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang migran, Keuskupan Kota Kinabalu mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang pekerja dan Keuskupan Keningau mengongsikan isu tidak peduli dan penghijrahan domestic di kalangan belia. Para pemimpin gereja seterusnya memberi respon terhadap isu-isu ini yang amat menarik dan menyentuh hati. Setelah itu, diadakan upacara penghormatan salib dan sedikit input berkenaan Theology of the Cross yang disampaikan oleh Fr. Sunny Chung.

Hari terakhir dimulakan dengan doa pagi yang dikendalikan oleh Tim MOT Liturgy dan taklimat SYD4. Setelah itu diadakan Misa Kudus hari minggu bersama umat yang dimulakan dengan perarakan salib belia dan ritual oleh para MOT dan Sub-MOT SYD4. Misa kudus ini dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong, bersama Uskup Agung John Wong, Uskup Julius Gitom dan beberapa paderi serta Dikon Abel. Dalam homili, prelatus itu  menyatakan bahawa kita harus sentiasa ingat akan relasi kita dengan peribadi Yesus kerana iman Kristian bukan hanya bila kita dibaptis kerana ia bukan jaminan bahawa kita benar-benar pengikut Yesus kerana Yesus berkata, “sesiapa yang mahu mengikut Aku, harus memikul salibKu”. Beliau juga menekankan aspek disiplin dan semangat berkomuniti sebagai umat beriman serta menggunakan kemudahan teknologi dan media social untuk membantu dan berkongsi perkongsian iman antara satu lain. 

Sejurus selesai misa kudus, diadakan pelancaran SYD4 yang dimulakan dengan perkongsian daripada peserta FASA 1 iaitu Sdra. Nelson Francis dari Holy Cross Toboh dan Sdri. Dynna Leong dari St. Joseph, Papar yang mengongsikan pengalaman menyertai persiapan SYD4 fasa 1 di Toboh. Setelah itu, Uskup Julius Gitom mengetuai uskup dan paderi lain memalu gong sebanyak 4 kali sebagai tanda rasminya pelancaran SYD4. Seterusnya disampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan mencipta lagu tema SYD4 iaitu sdra. Roland Hendry dari Holy Trinity, Tawau dan pemenang pertandingan mencipta Logo SYD4 iaitu sdri. Nancy Pain dari St. Dominic, Lahad Datu.  ~ Eron

Para peserta berdoa di hadapan Salib Belia
Salib di arak masuk



            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...