Wednesday, February 27, 2013

TERKINI


Shalom. Salam Prapaska!
Salam damai semua. Apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.
Sedar tidak sedar kita sudahpun masuk dalam minggu ke-2 masa prapaska. Masa berlalu begitu cepat. Bagaimana masa prapaska ini? Adakah anda semua sudah mempraktikkan doa, puasa dan amal? Semoga masa “Lent” ini anda akan lebih ceria ya!
Untuk pengetahuan kita bersama, terdapat dua perkara penting yang telah berlaku pada bulan ini. Pertama, mesyuarat Tim Komisi Belia Katolik yang pertama bagi sesi 2013 telah diadakan pada 20 feb yang lalu. Berikut adalah ahli-ahli Komisi bagi sesi 2013-2015. Rev. Fr. Ronnie Luni (Pembimbing Rohani), Roselinah Francis (Pengerusi), Rev. Roney Mailap, Sr. Julita Joseph, Christine Kinsik, Shane Alex Lumau, Roney Eming, Baxter Henry dan Amodd Deal Tingadon.
Kedua, Rekoleksi dan Mesyuarat TPBK telah diadakan di Gereja St. Peter Kuala Penyu pada 22-23 Feb. Terima kasih kepada semua pemimpin belia yang hadir. Komitmen anda amatlah kami hargai. Semoga kasih Tuhan yang tidak pernah putus akan terus memberi kita kekuatan dalam meneruskan Misi Yesus Kristus. Kita ucapkan terima kasih juga kepada para belia di St. Peter yang datang membantu. Tuhan memberkati anda!
Oklah..beberapa info aktiviti Komisi Belia bagi tahun ini…
1.     Retret Pelayan TPBK
Akan diadakan pada 8-10 Mac 2013 bertempat di RRKT. Retret ini dikhususkan kepada pengerusi belia disetiap paroki dan mission.

2.  Program Pertemuan Belia 1 dan 2.
Program ini adalah program yang berbentuk ‘club’yang mengandungi 4 elemen “Fun, Food, Input and Spiritual Time”. Pertemuan Belia akan diadakan secara berperingkat iaitu Pertemuan 1 dan Pertemuan 2 yang akan diadakan secara berasingan. Setiap pertemuan mempunyai tema yang berbeza. Aktiviti selama 4 jam ini dikhususkan kepada pemimpin belia disetiap paroki(Pengerusi dan Setiausaha setiap Zon). Program ini bertujuan memanggil, mempersatukan dan membentuk belia yang seimbang dalam pelayanan. Kemuncak kepada pertemuan ini adalah Kem Kepimpinan dimana pada Kem ini akan mempersatukan semua pelayan belia diseluruh keuskupan keningau. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Komisi Belia.

      3. Kem Kepimpinan Belia 1 dan 2
Kem ini menghimpunkan pelayan belia yang telah menyertai Program Pertemuan sebelumnya. Program yang berbentuk “Study Day” mempunyai 4 elemen penting iaitu “Spiritual, Human, Pastoral dan Direction”. Elemen ini dilihat mampu membantu dan membentuk para pemimpin belia menjadi pelayan yang lebih komited dan efektif dalam pelayanan. Tumpuan utama pada Kem ini adalah Perancangan Pastoral setiap paroki dimana mereka akan melihat, membentuk dan membincangkan semula perancangan pastoral mereka. 


      4. Belia Masuk Kampung Ke-9
BMK9 dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPTA/S diseluruh Keuskupan Keningau. Progam ini bertujuan membantu peserta agar lebih menghargai Iman Katolik, dapat melihat keperluan pemimpin awam Kristian dalam masyarakat dan menghidupi semangat berkomuniti. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kelak.
     
      5. Pesta Koir
Seperti yang telah diumumkan pada Pesta Koir tahun 2011, bertempat di Paroki St. Theresa Tambunan, Pesta Koir pada tahun ini akan diadakan di Paroki Sook pada 20-22 September 2013. Pemilihan lagu-lagu yang akan dipertandingkan adalah bertemakan “Iman” sesuai dengan Tahun Iman yang dirayakan pada tahun ini.

6. Rekoleksi Akhir Tahun 2013
Tarikh:  15-17 November 2013
Tempat: Paroki St. Valentine Beaufort
Sasaran: Pemimpin Belia Paroki Keuskupan Keningau.

Kepada semua, sama-samalah kita berdoa agar segala perancangan pada tahun 2013 akan berjalan dengan lancar menurut Kehendak Tuhan. Doakanlah kami selalu agar sentiasa menyedari pelayanan kami bukanlah menurut kekuatan kami sendiri tetapi kekuatan Tuhan.

Akhirnya, ambillah kesempatan rahmat Prapaska ini untuk terus mengenali Tuhan Yesus serta mengamalkan kasih kepada sesama. Dan semoga Bonda Maria menemani kita semua sepanjang masa Prapaska ini. Bonda Maria menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada kehendak Tuhan dengan kerendahan hati. Marilah masa prapaska ini, kitapun mau pasrahkan hidup kita kepada kehendak Tuhan. Tuhan Memberkati!

Yang Melayani,
Roselinah Francis,
Koordinator Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau.    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...