Thursday, July 15, 2010

Renungan Hari Ini

Marilah kepadaKu, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu. Pikulah kuk yang Ku pasang dan belajarlah daripada Ku. Kerana Aku lemah lembut dan murah hati dan jiwa mu akan mendapat ketenangan. Sebab kuk yang ku pasang itu enak dan beban-bebanKu ringan. (Mat 12:1-8)

Bagaimanakah mungkin kuk itu enak dan beban itu ringan? 

Sudah lama aku mengikutiMu, berharap pada Mu namun selama itu juga aku selalu merasa terbeban, terlalu banyak kekecewaan yang ku alami, semakin banyak perkara yang tidak ku fahami, bagaimankah mungkin ringan Beban mu Tuhan. Sukar untuk ku mengerti...

Kuk Ku enak, beban-beban ku ringan, sememangnya Ku katakan itu. 

Ketika Ku menjelma menjadi manusia Aku juga mempunyai fikiran seperti mu, mempunyai pilihan dalam hidup dan banyak persoalan, pertama sekali ketika berusia 12 tahun aku harus memilih untuk tinggal di Bait Allah atau tinggal bersama ibubapaku...kerana tinggal di Bait Allah adalah kerinduan Ku. Tetapi kerana mahu memberikan contoh kepada anak-anak, semasa hidup di dunia ku punya tanggungjawab untuk setia, hormat dan membantu kedua orang tuaku dan itu juga merupakan satu tanggungjawab yang  diberikan BapaKu kepda Aku...

Atas sebab yang tertentu, aku hanya dapat memulakan karya pelayanan pada usia Ku 30 tahun, dan di awal karya itu aku harus memilih untuk merendah diri atau meninggikan diri, untuk utamakan Firman atau Roti, kekayaan duniawi atau kekayaan surgawi, Melayani atau dilayani. Manakala di akhir hidup Ku, Aku harus memilih diri sendiri atau umat manusia.

Aku juga berperang dengan emosi dan kehendak manusiawi. Namun aku tetap berjalan teguh kerana aku percaya, jika semua keninginan dan tekanan emosi itu kita dapat perhalusi ianya akan memberikan kita kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
 
Itulah sebabnya Aku meminta kamu datang kepada ku, menyerahkan segala kekuhatiran, permasalahan dan pergelutan dan belajar daripada Ku. Kerana jika kamu mahu aku menunjukkan jalan, Aku tidak pernah gagal menunjukkan jalan. Persoalannya adakah kamu mahu menerima bantuan Aku atau tidak. Mahukah kamu percaya pada-Ku, Aku manusia yang memilih penderitaan untuk menyelamatkan kamu....mahu kah kamu mempercayakan segalnya kepada Ku....

 Jawapan itu ada pada Kamu... Aku selalu menunggu di luar pintu hati mu...menunggu untuk dirimu menjemput Aku untuk masuk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...