Thursday, July 2, 2009

Kembali Kepada Asas

Belia-IPT Masuk Kampung

“Kembali Kepada Asas”

“Belia –IPT Masuk Kampung, lawaklah ini program, bukankah mereka juga urang kampung”. Merupakan antara komen yang diberikan oleh sesetengah masyarakat. Pada 16 -26 Jun 2009 yang lalu Program Belia-IPT Masuk Kampung telah diadakan di KSFX, ramai umat yang tidak memahami mengapa “orang kampung” dihantar masuk ke kampung. Menurut lapan orang peserta BMK tahun ini, yang terdiri daripada 3 peserta perempuan dan 5 lelaki. Program kali ini benar-benar menyedarkan mereka akan “diri mereka sebagai orang kampung”.


Keadaan setiap kampung adalah berbeza dari segi sosio-budaya, politik, ekonomi dan demografik. Perbezaan ini lah yang menjadikan pengalaman setiap peserta ini sangat berharga, bukan sahaja mendapat keluarga angkat namun mengenali dan memahami erti kehidupan seterusnya bersyukur akan keberadaan diri sendiri.


Kenyataan hidup para graduan pada masa kini banyak telah berubah, terdapat segelintir atau pun ramai yang telah mula melupakan asal-usul sendiri, malahan ada yang tidak sanggup untuk pulang ke kampung asal kerana keadaan yang di anggap tidak sesuai dengan status mereka kini. Tambah menyedihkan ramai yang telah melupakan nilai ”hidup dalam kesederhanaan” ramai graduan telah mula terikat dengan kebangaan hidup materialistik. Melalui program BMK, para peserta bukan sahaja diberikan tugas untuk dilaksanakan di kampung dilawati tetapi belajar untuk lebih mencintai diri, asal-usul dan keindahan hidup dalam kesederhanaan. ”Cara hidup yang sederhana ini, mengingatkan saya agar saya tetap menerima perjalanan hidup saya dan melaluinya dengan penuh rasa syukur” demikianlah perkongsian Sdra. Roney Eming, yang merupakan salah seorang peserta BMK kali ini.


Program BMK yang dimulakan kembali di Diosis Keningau ini sememangnya merupakan stau program yang dinanti-nantikan oleh masyarakat jauh di kawasan pedalaman. Ini kerana mereka melihat program ini mampu menyuntik semangat rohani dan perjuangan kepada para masyarakat, terutama nya para belia dan kanak-kanak dalam memperolehi kejayaan. Bagi masyarakat yang dilawati, ianya merupakan satu rahmat cinta kasih Tuhan kepada mereka. Dengan perkongisan pengetahuan samaada rohani, akademik atau sukan rekreasi ianya telah memperlihatkan mereka bahawa Gereja juga prihatin dan mengutamakan pembangunan secara penuh di tempat mereka. ”Semoga tahun hadapan lebih ramai belia IPT yang mahu mengikuti program ini” merupakan sebahagian harapan penduduk kampung di Kg. Pemuntarian dan Kg Lanas yang telah dilawati selama 4 hari. Terima kasih kepada lapan orang belia IPT yang mahu diutus menjadi diplomat kecil Diosis Keningau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...