Saturday, January 29, 2011

Percaya kah anda?

Hari ini Tuhan berfirman, Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu tidak percaya?...

Melalui firman Nya hari ini, kita mendapati betapa dalam keadaan yang tertekan, dalam masalah kita selalu akan hilang keyakinan dan keberanian untuk melakukan sesuatu atau untuk berhadapan dengan perkara yang melemahkan, dan menakutkan.


Tetapi ketahui dan percaya lah bahawa Yesus telah berfirman yang  Dia akan tetap bersama dengan kita hingga ke akhir zaman (Matius 28:20)


Pada hari ini Tuhan mengajak kita semua untuk tetap percaya kepada Dia, bahawa Dia tidak akan pernah meninggalkan kita...Dia selalu bersama dengan kita. Tetaplah beriman kepada Yesus... kerana Dia sangat mencintai kita...katakan Yesus saya percaya bahawa engkau selalu bersama dengan ku...

Friday, January 14, 2011

Dia Mengetuk

Dia hanya mengetuk... dia tidak akan mebuka pintu itu...kerana pintu itu adalah pintu hati anda...dan dia tidak memaksa .....namun dia akan datang bersinggah untuk mengetuk dengan harapan anda menjemput untuk dia masuk dan tinggal bersama anda.

Dia akan singah untuk mengetuk
Di tahun ini, adakah anda mau membuka pintu itu, mau membiarkan dia tinggal bersama. Dia mau memberikan anda kelegaan dan harapan dalam menempuh hidup di tahun ini.

Jika hari ini, dia mengetuk jangan ragu-ragu...jemput lah dia masuk...pasti ada sesuatu yang indah dia akan berikan....jika anda belum bersedia...sentiasalah ingat..dia akan sentiasa mengetuk, kerana dia tidak pernah kenal erti putus asa...oleh itu anda jangan putus asa terhadap dia...

Tahun 2011

Shalom!

Hai kawan-kawan semua, apa kabar? semoga smeua sihat selalu..
Pertama-tama, banyak-banyak maaf di pinta kerana telah lama tidak bersiaran di blog ini. bukan juga sibuk tetapi nampaknya tetap tidak berhasil mengemaskinikan blog ini.

Pada tahun ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa memuatkan berita terkini dan info-info berguna bagi kita semua.

Oklah...berikut adalah beberapa info aktiviti Komisi Belia bagi tahun ini...

1. Program bersama Institute of Formation Fondacio Asia (IFFA) dengan Keuskupan Keningau.

Program ini akan bermula pada 19-31hb Jan dan bertempat di Rumah Retreat Keuskupan Keningau Tatal. seramai 13 pelajar IFFA, 4 orang intern dan 8 Staff yang datang dari Laos, Myanmar, Jepun, China, Vietnam, Phillippines, Malaysia dan Zambia akan hadir dalam program ini. Untuk keterangan lanjut silalah hubungi Komisi Belia.

2. Belia Masuk Kampung

Program ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar katolik yang sedang belajar di IPTA awam atau swasta. tarikh dan tempat program akan di maklumkan kelak. Silalah selalu melawat blog ini unutk maklumat lanjut.

3. COY

Kali ini COY kembali lagi, dan tempat masih lagi di Kuala Penyu, Sabah. Maklumat lanjut akan di maklumkan kelak.

4. Pesta Koir TPBK

Pesta ini akan berlangsung pada cuti sekolah pertengahan semester dua persekolahan. Lagu-lagu yang akan dipertandingkan adalah lagu untuk Advent dan juga lagu berdasarkan Mazmur.

5. Rekoleksi TPBK
Program ini akan di adakan pada 23-25 November 2011, Ini di khas kan untuk semua AJKT belia paroki, Zon dan juga KUK.

Kepada semua ambil lah kesempatan ini untuk menimba pengetahuan dan juga iman. rancanglah cuti anda agar semua tindakan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar.

Kepada semua, selamat tahun baru 2011, berusahalah untuk mencapai impian dan cita-cita anda, dan sudah semestinya dalam segala hal jangan sesekali membelakangi Tuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...