Wednesday, August 4, 2010

Budaya laju...

Laju betul ko ni..

haha, memang mau laju mah, mana mau lambat-lambat..

Pada masa kini ramai remaja yang mahu laju ja, laju jadi dewasa maka adalah yang berumur 15 tahun, gaya bercakap, pemikiran cara bergaya.. fuh macam 25 tahun kadang-kadang melebihi yang 25 tahun... (syukur saya membesar mengikut rentak kehidupan, jadi buat masa ini tiadalah "fixtation")

Ramai remaja yang mau menjadi dewasa dengan cepat, namun tidak ramai yang mampu terfikir kehidupan dewasa penuh dengan tanggungjawab, yang mana semua tindakan memerlukan tanggungjawap yang positif.

Ramai yang kerana mau menjadi dewasa, terkorban dalam mengejar nama, popularity, kebebasan dan hidup...

Ramai yang tidak sedar bahawa, tidak semmua perlu dilakukan dengan cepat, di dunia ini ada banyak perkara yang memerlukan pertimbangan masa dan tenaga yang banyak dan lama...

Kepada remaja, semua, nikmati lah masa sekolah mu, kerana bagi kami yang sudah dewasa masa itu lah yang dirindu kerana banyak permasalahaan tidak dipikul sendirian. Dan jangan kerana, semua orangbuat sesuatu perkara itu, ko juga terikut-ikut...

jadi apakah tindakan anda?

by,
Ogil

Monday, August 2, 2010

Kini dan Semasa


Sedikit...KBK3...
June 2010 menyaksikan kegembiraan di wajah ramai belia, kerana KBK-3 telah Berjaya dianjurkan dengan 905 peserta mendaftar dan 1000 orang termasuk para sukarelawan yang membantu.
ewah...dengan bersungguh-sungguh mereka mendengar
Kepada semua pihak yang banyak membantu kami, terutamanya dari segi sokongan doa, material dan kewangan terima kasih yang tidak terhingga buat semua. Hanya berkat terindah dari Tuhan yang mampu membalas kemurahan hati saudara-saudari semua. God Bless all of you!
Kerana derma mu..dapatlah kami menikmati makan agape

“Perjalanan KBK-3, merupakan satu pengalaman yang indah dan mendewasakan kerana, melaluinya saya mengenali diri ini dan juga tujuan hidup ini”... “saya menemui jawapan akan panggilan hidup ini”...”kini saya lebih menghargai iman saya, dan saya berjanji untuk teruskan pelayanan ini”... ianya sesuatu yang memenatkan kerana banyak perkara berlaku, namun pada masayang sama ‘more blessing i received from God’..dan ku mahu cinta Yesus untuk selamanya”.. ini lah antara beberapa luahan yang dikongsikan oleh para peserta.
seperti mereka..ramai belia juga merasakan pengalaman Tuhan yang INDAH!!!
Seketika...mereka meninggalkan
Atas rahmat cintakasih Allah, dua orang team Komisi kini sedang melanjutkan pelajaran di Philippines  mereka adalah Rev. Fr. Rudolf Joannes, yang mengambil Bidang Pengajian Canon Law dan juga Roselinah Francis dalam bidang Pastoral Theology...seketika mereka meniggalkan, dan akan kembali dengan banyak pengalaman baru untuk dikongsikan bagi pembangunan iman dan hidup kekristianan para belia dan masyarakat kristian am-nya.
Sekarang ...APA?
Selepas KBK 3 ramai yang tertanya-tanya... apakah yang akan dilakukan selepas ini. Kini mengikut Kalendar komisi Belia Keningau, Kalendar belia memasuki kuarter ke-3 tahun 2010, yang mana sepanjang bulan Ogos hingga Oktober, siri pembentukan belia yang diadakan secara study days akan di jalankan di setiap paroki. Dan setiap paroki memilih modul-modul pembentukan berdasarkan keperluan di paroki masing-masing.
Oleh itu jumpa di sana k...

Mari Belajar

Pada 31 Julai yang lepas Belia St. Valentine Beaufort telah membuka tirai Study Day Belia Keuskupan Keningau. Mengambil modul yang sangat basic dan fundamental bagi keimanan Kristian, para belia disajikan akan kehidupan Doa, yang disampaikan oleh Sr. Tina Basil, Fsic.
doa tu bagi saya... uh rancak 30 minit tak cukup

Dalam perkongsian yang diberikan, perkara asas dalam doa dikemukakan dan banyak perkara doa yang dipandang remeh oleh kebanyakan orang kini menjadi perhatian para belia yang menyertai. Berikut beberapa gambar aktiviti yang dapat diselitkan bagi dinikmati bersama.
Mereka juga sinyum2 dalam berkongsi..pasti sesuatu yang indah!!!
Kaum adam yang hadir..30 minit tu dorang sharing.. bukan alang-alang..

Sr. Tina,Fsic, dengan begitur serius dan full excitement menyampaikan topik doa yang semamngnya kesukaan beliau. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...