Tuesday, July 5, 2011

BMK-7

Waktu pagi yang penuh semangat...

Seawal jam 7.30 kami menyambut kedatangan peserta pertama BMK-7. Wow ini pasti sesuatu yang menyakinkan pihak penganjur bahawa pasti ramai peserta yang akan menyertai BMK-7 kali ini. Maka kami pun dengan bersungguh-sungguh mempersiapkan segala yang diperlukan untuk menyambut kedatangan para peserta yang lain. 

Kami tidak ramai...

Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, didapati pihak penganjur sedang bersantai, bermain sahiba dan ada yang masih menyelesaikan kerja-kerja yang harus disiapkan. Suasana waktu itu amat lah santai dan lengang, mungkinkah para peserta lain sedang berehat. Hanya seorang peserta di kalangan pihak penganjur dan dia kelihatan gembira duduk bersama mereka dan dapat menyesuaikan diri dengan mereka pada waktu yang agak singkat. 

Jam menunjukkan tepat jam 8.30 petang... lima orang sahaja! Oh apakah yang telah terjadi? Manakah belia IPT yang lain. Pelbagai perasaan menyelubungi pihak penganjur dan jua para peserta yang lain, rasa sedih kecewa dan banyak rasa-rasa lain datang mengunjungi. 

Ini aku, utuslah aku (Yes 6:8)

...tema BMK kali ini berbunyi ini aku, utuslah aku, yang dipetik daripada Yesaya 6:8. Memang kita rasa terkilan dengan penyertaan yang sedikit, tetapi it is okay. Ini kerana tidak semua orang yang terpanggil mampu mengatakan ini aku, utuslah aku. Jika Tuhan memanggil, namun tidak ada respon daripada diri seseorang, maka tidak akan ada mereka yang akan di utus. Jadi kamu para peserta yang menghadiri BMK kali ini, terima kasih atas respon yang kamu berikan, dan kepada tim pelaksana jangan merasa down, begitu juga kepada peserta jangan sedih tetapi tetap lah berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan apa yang harus kamu lakukan dalam hidup kamu... Demikianlah pesanan Rev. Fr Ronnie  Luni ketika mengupacarakan Misa Pembukaan BMK-7. 

Doakan kami 

Kepada semua belia, doakan kami agar sepanjang program ini berjalan para peserta yang hadir benar-benar dapat mempersiapkan mereka untuk menjadi utusan-utsan ke kampung-kampung terpilih. Dan jungan juga lupa kepada tim pelaksana dan juga para penceramah agar dapat mempersiapkan diri, dan menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan dikuasai terus oleh Roh Kudus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...