Tuesday, May 21, 2013

5 TEMPAT 1 MATLAMAT ~ ROADSHOW S.I.T.A

Mungkin ramai antara kita yang tertanya2, apa bha SITA ini? S.I.T.A adalah akronim bagi Stay In Touch Always di mana ia adalah satu program yang membantu para belia untuk belajar berhubung dengan gereja dan campus ministry setempat di seluruh Malaysia. Pendek kata ia adalah program persiapan belia ke institut pengajian Tinggi.
     Pada tahun lalu (2012), kita digemparkan dengan berita pengislaman pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Susulan itu, pihak gereja telah mengambil usaha membuat kajian dan survey di kalangan pelajar KML berhubung isu ini dan ternyata ianya sesuatu yg amat membimbangkan. Seterusnya laporan kemudian dibentangkan kepada Uskup2 dan Uskup2 mengambil tindakan untuk menghantar surat kepada pengurusan di KML. 
      Namun sebenarnya, isu-isu ini sudah lama dihadapi oleh belia2 kita yang melanjutkan pengajian di Universiti atau kolej sama ada di Sabah atau Luar Sabah. Oleh itu, pihak Youth-PREP Centre (YPC) Alamesra di bawah naungan Pusat Kebajikan Good Shepherd telah mengambil langkah untuk memberi pendedahan kepada para belia yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT dengan mengadakan Roadshow SITA di setiap Keuskupan di Sabah. Bagi Keuskupan Keningau, YPC bekerjasama dengan Campus Ministry Keuskupan Keningau untuk memberi pendedahan awal kepada para belia di Keuskupan Keningau.
     Destinasi pertama bagi Program Roadshow SITA ialah di Gereja Roh Kudus, Sook pada 07 Mei 2013 dengan kehadiran peserta seramai 12 orang. Seterusnya destinasi kedua bertempat di Katedral St. Francis Xavier, Keningau pada 09 Mei 2013 dengan seramai 27 orang peserta. Destinasi ketiga adalah paroki Holy Cross Toboh, Tambunan dengan kehadiran peserta seramai 11 orang diikuti destinasi keempat di Paroki St. Anthony, Tenom dengan jumlah peserta seramai 11 orang. Destinasi terakhir adalah di Paroki St. Valentine, Beaufort dengan jumlah peserta terkecil iaitu 4 orang.

St. Valentine, Beaufort
Gereja Roh Kudus, Sook
Paroki St. Anthony, Tenom
Paroki Holy Cross, Toboh Tambunan
KSFX, Keningau

     



















      Setiap pertemuan dibahagikan kepada 3 sesi di mana Sesi 1 iaitu pengenalan SITA disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis. Sesi kedua yang bertajuk Kehidupan sebagai penuntut Universiti atau kolej disampaikan oleh Sdra. Roney Alfred Eming yang memberi pendedahan kepada para peserta akan reality dan isu-isu social yang seringkali dihadapi pelajar IPT selain membantu para peserta mengenalpasti system sokongan melalui orang terdekat atau komuniti gereja berhampiran yang boleh membantu mereka apabila berhadapan dengan krisis/kesulitan. Seterusnya sesi ke-3 disampaikan oleh Sdra. Dius Tunjan daripada Pusat Youth PREP yang bertajuk Hak dan Tanggungjawab yang mana sesi ini memberi kesedaran kepada para belia katolik akan hak-hak dan tanggungjawab mereka agar mereka diperkasa untuk mempraktikkan hak mereka apabila berhadapan penindasan atau masalah terutama dari segi kerohanian. 
     Berdasarkan maklum balas daripada para peserta, rata-rata peserta rasa bersyukur kerana setiap sesi yang disampaikan telah membuka mata dan menyedarkan mereka untuk mempersiapkan diri apabila melanjutkan pelajaran kelak dan iman katolik mereka lebih diteguhkan melalui input-input tentang kehidupan di IPT, hak & tanggungjawab serta perkongsian daripada para senior dan berharap agar program ini diteruskan setiap tahun.

Aktiviti Hak & Tanggungjawab
Perbincangan dalam kumpulan
Sesi Ceramah @ perkongsian
Gereja...
Soal Jawab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...