Wednesday, April 4, 2012

Salam Paska

Shalom,
Sahabat Belia yang dikasihi,

Hi, apa kaa..bar semua? semoga semua rakan-rakan belia dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Kalau tidak sihat jan lupa memberikan rehat secukupnya buat diri dan tubuh badan anda. Saya dan teman2 komisi belia yang lain semuanya sihat-sihat sahaja dan bersedia untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang. Doakan kami agar dapat terus melayani dan bukan dilayani.

Perayaan Paska, perayaan yang sangat penting dan besar dalam kalendar Gereja Katolik, kini tiba. Di manakah anda saat ini? Apakah yang sedang bermain di benak pemikiran dan hati anda?

Kebangkitan Tuhan kita Yesus Kristus merupakan prinsip kepercayaan Kristian. Apakah yang harus mati dalam diri anda? Dan perbadi yang bagaimanakah harus bangkit dalam diri anda? Apakah jemputan Tuhan bagi diri anda sebagai pengikut-Nya.

Menilai kembali peranan kita, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin adakah kita telah bertindak sama sepeti Yesus dalam pelayanan kita? Apakah kita bertindak secara matang dan adil bagi semua peribadi? Apakah perkara yang seharusnya kita tidak lakukan telah kita lakukan dan yang harus kita lakukan tidak kita laksanakan?

Dalam kesempatan ini saya secara perbadi ingin memohon maaf atas kesilapan, kekasaran bahasa dan kelemahan saya sebagai Kordinator dan lebih-lebih lagi sebagai manusia. Maafkan saya dan semua kami yang melayani di pelayanan belia tidak diperingkat mana kami berada.

Dan selamat menyambut Hari Paska dan semoga Paska kali ini menyuntik semangat kebangkitan kepada semua kita agar lebih dapat melayani seperti Yesus, bersama dengan Yesus dan sentiasa bersatu dan di dalam Yesus. Tuhan Memberkati!


Saya yang melayani,
Wilfred James
Kordinator Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...