Friday, June 7, 2013

YOUTH RALLY ANJURAN PERTAPAAN KARMEL KAINGARAN

TAMBUNAN - Bertempat di Gereja Holy Cross Toboh, Tambunan pada 06 Jun 2013 yang lalu, telah diadakan program Youth Rally yang dianjurkan oleh para Sister Puteri Karmel bersama Brother CSE dari Pertapaan Karmel, Kaingaran Tambunan. Youth Rally ini dihadiri lebih kurang 500 orang belia dan umat yang datang dari seluruh pelusuk Sabah termasuklah belia dari Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Papar, KK, Bundu Tuhan dan sebagainya.

     'Youth Rally' merupakan satu usaha murni para sister dan brother dari Pertapaan Karmel, Kaingaran untuk memberi pemahaman ringkas tentang Ekaristi Kudus serta membantu para belia kita untuk disembuhkan melalui doa-doa penyembuhan. 

     Pada hari Youth Rally ini diadakan, ianya dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Sr. Dominica (Puteri Karmel) tentang Ekaristi Kudus. Banyak perkara yang disentuh oleh beliau terutama sikap para belia yang seringkali tidak menunjukkan sikap hormat semasa Misa Kudus dijalankan. Di antara sikap2 itu ialah tidur semasa homili father, melambai-lambai tangan @ bersalaman semasa menuju menerima komuni kudus, ber'SMS', memakai pakaian tidak elok ke gereja dan sebagainya. Beliau juga menyentuh tentang IMAN iaitu sejauhmana kita umat katolik percaya kepada Yesus Kristus.

     Selesai sahaja sesi perkongsian, 2 orang Brother mengambil alih dengan mengendalikan puji-pujian yang seterusnya disusuli dengan Perayaan Ekaristi yang menyaksikan perarakan masuk oleh 34 orang Paderi dari Negara China bersama dengan Fr. Giovanni, Fr. Boniface dan Fr. Roney Mailap. Misa diteruskan seperti biasa dan selepas komuni, seorang brother dan seorang sister mengendalikan sesi penyembuhan sebelum doa dan berkat penutup.  

REKOLEKSI STAF-STAF KEUSKUPAN KENINGAU - RRKK PURUN

PURUN - Pada 22 - 24 Mei 2013, Staf-staf di seluruh keuskupan Keningau telah berkampung di Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun untuk tujuan Rekoleksi Tahunan. Rekoleksi ini telah dihadiri oleh para staf dari setiap paroki yang terdiri daripada kerani gereja, urusetia MPP, pelayan sepenuh masa di kawasan gereja dan turut disertai oleh mereka yang melayani di pejabat-pejabat komisi seperti Komisi Belia, Komsos, Komisi Katekatikal dan Pusat pastoral keuskupan. Rekoleksi sepanjang 3 hari ini di bawah bimbingan Fr. Francis Dakun selaku Penasihat Rohani komiti staf di Keuskupan Keningau.
Ketibaan para staf disambut dengan senyuman oleh Komiti RRKK Purun pada 22 Mei 2013. Setelah berehat seketika, para staf meluangkan masa bersiar2 di Pantai Purun dan menikmati suasana 'sunset' di pantai. Sesi pendaftaran di kendalikan oleh sdri. Boniah. Kemudian, para staf berkumpul di chapel untuk doa rosari dan doa petang. Setelah itu, para staf sama-sama menikmati makan malam sebelum berehat di bilik masing-masing.
Baru sampai di RRKK Purun
Mereka bersiar-siar di tepi Pantai
Bersiar-siar di tepi pantai...


                                                                                           Hari kedua dimulakan dengan doa pagi seawal jam 6.30 pagi. Ramai yang tidak dapat tidur malam sebab panas dorang bilang. Apa bulih buat la, sudah namanya di siring laut :). Tapi itu tidak menghalang para staf untuk sama-sama merayakan Misa Kudus pembukaan yang dipimpin oleh Yg. Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong di Chapel RRKK Purun. Malah para staf lebih bersemangat untuk berbicara dengan Yesus dalam sesi Adorasi yang dipimpin oleh Fr. Francis selepas sarapan pagi. Dalam sesi ini, Fr. Francis telah memberi renungan mendalam tentang tugas/kerja sebagai pelayan Tuhan di gereja. Selepas itu, para staf beralih ke dewan terbuka untuk mendengar ceramah bertajuk 'Tonggak 12' iaitu 12 etika yang sepatutnya diamalkan dalam pekerjaan setiap hari yang disampaikan oleh Pn. Sabina Andrew, seorang penjawat awam di sebuah hospital. 
Misa Pembukaan
Adorasi dan Renungan
Mendengar ceramah...

Kushyuk mendengar ceramah
Penceramah jemputan Pn. Sabina









Sebelah petang diisi dengan sesi pengakuan dan kaunseling oleh Fr. Francis. Semua staf mengambil peluang ini untuk membuat pengakuan dosa. Hujan lebat, petir dan kilat yang sabung-menyabung tidak mematahkan semangat para staf untuk sama-sama bergembira dalam sesi sukaneka yang dimulakan dengan tarian JAMILAH. Dalam sukaneka, beberapa permainan disediakan seperti Isi air dalam botol guna tangan, Boling kelapa,  Selipar Terbang, dan 'Unduk Ngadau' telah membuatkan para peserta tak kering gusi apabila melihat rakan-rakan mereka beraksi untuk memenangi setiap permainan.
Tarian Jamilah...
Para 'Unduk Ngadau'

Semua org bergambar bersama selepas sukaneka
Sebelah malam, para staf sekali lagi berkumpul dan ber'fellowship' di mana set karaoke disediakan dan setiap staf mempersembahkan suara dan menonjolkan bakat mereka dengan lagu pilihan masing-masing. Malam fellowship ini menyaksikan para staf bertukar-tukar hadiah yang mana nama telah dicabut lebih awal iaitu pada mesyuarat pertama sebelumnya. sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi sukaneka juga diadakan iaitu hadiah berupa hamper makanan ringan yang di sponsor oleh ahli-ahli Hospis KSFX dan staf2 mission KSFX. Pemotongan kek untuk Sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan mei juga diadakan serentak dengan upacara sambutan pesta kaamatan staf pada malam tersebut. Fellowship ini secara tidak langsung telah mengeratkan lagi silaturrahim di antara staf.
Sambutan harijadi & kaamatan
Menari-nari








                                

Hari terakhir di mulakan dengan doa pagi di chapel dan seterusnya sarapan pagi dan Mesyuarat Staf keuskupan. Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara dibincangkan dan diputuskan bersama. Setelah makan tengahari, para staf bersurai pulang ke tempat masing-masing dengan hati yang gembira. Jumpa lagi di Rekoleksi staf pada tahun hadapan. * TQ kepada Sdra. Fabian Michael untuk gambar2 yang berkualiti.
Misa Penutup
Para staf menyanyi...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...