Apa? Masuk kampung!!!
Lawak lah ko ini, kita kan memang orang kampung buat apa mau masuk kampung, memang tinggal di kampung pun, bukan ada beza dengan kampung orang...
Belia Ipt Masuk Kampung...
10 tahun yang lalu kumpulan pertama seramai 24 orang telah menyertai BMK yang pertama di Keuskupan Keningau. Pengalaman kami belia IPT yang sememangnya sangat berharga kerana ianya bukan secara secara peribadi menyebabkan kami lebih menghargai hidup dan peluang yang Tuhan berikan kepada kami, tetapi ia juga menjadikan kami manusia yang lebih bertanggung jawab dalam kehidupan ini.
BMK mempunyai aktiviti dan program yang simple dan ringkas, namun demikian ianya di iringi dengan makna yang penuh mendalam dan memerlukan pemerhatian khusus agar para belia terlibat mampu menghidupi nilai-nilai yang ditemui di dalam BMK ini.
Pada hari ini, salah satu perkara yang meyakinkan saya bahawa jalan kehidupan yang saya pilih ini adalah yang terbaik buat saya adalah atas pengalaman saya melalui BMK, yang mana pengalaman bersama masyarakat kampung yang jauh di pedalaman yang jarang-jarang sekali dapat menerima Tubuh dan Darah Kristus, sebenarnya telah membawa saya untuk memilih jalan sebagai pelayan sepenuh masa di keuskupan Keningau.
Oleh itu saya amat yakin BMK akan dapat membantu para belia untuk mengenali keperluan gereja tempatan dan keunikan yang wujud disetiap tempat yang di lawati. so kawan-kawan belia ipt yang sedang belajar mahupun telah tamat pengajian, sama ada diperingkat sijil ataupun PHD anda adalah dijemput. Yang lain-lain bah promosikanlah program ini...
Jumpa anda semua di BMK Ke-7 di St. Patrick Membakut pada 04 Julai 2011 ini. Peace!