Thursday, June 11, 2009

Program Pembentukkan Belia




Pembentukkan belia yang berterusan adalah sesuatu yang amat penting bagi memastikan perkembangan Gereja yang menyeluruh dan menjamin masa depan gereja yang cerah, itu merupakan antara intipati homili yang disampaikan oleh Bishop Cornelius Piong ketika merayakan misa penutupan, Program Pembentukkan Belia, pada 08 Jun 2009 yang lalu.

Program pembentukkan anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau ini mengambil masa selama 10 hari, bermula 31 Mei hingga 9 Jun 2009 dan telah disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi, AJK tertinggi atau ahli dari setiap Kerasulan Belia Paroki, Zon dan KUK naungan Keuskupan Keningau.

Latihan secara pratikal dan teoritikal merupakan konsep program ini, dan selama 10 hari para peserta hidup dalam komuniti dan bertanggungjawab dalam pengurusan rumah. Hidup dalam komuniti telah mengajar para peserta untuk lebih bertanggungjawab dan menghormati perbezaan antara satu dengan yang lain, di samping membentuk personality dan semangat berkerja sebagai satu pasukan. Dan antara subjek yang diajarkan sepanjang program ini ialah “Community Buliding”, Perkembangan Diri, Psikologi dan Seksualiti, Kepimpinan, “Facilitation”, Sosio-Budaya dan “Discipleship.
“Program ini benar-benar telah membantu saya untuk melihat dunia pelayanan belia melalui satu sudut yang baru, dan membantu saya untuk lebih berani dan yakin dalam memainkan peranan saya sebagai ketua belia di KUK kami”. “Sememangnya program ini merupakan program yang dapat membantu saya menilai kembali pelayanan dan menghidupkan lagi semangat pelayanan dalam Kerasulan Belia”. “Apa yang menarik bagi saya dalam program ini ialah konsep hidup dalam komuniti, ianya sesuatu yang amat baik bagi kami belia untuk lebih mengenali antara satu dengan yang lain dan agar kami dapat berjalan bersama sebagai satu team di Diosis ini.” “Saya amat bersyukur kerana banyak perkara baru dapat saya pelajari dan saya menyokong penuh program ini dijadikan program tahunan atau berkala bagi pembentukkan belia yang berterusan.” Inilah merupakan antara simpulan komen dari para peserta program ini.

Program ini di bentuk dan dijalankan adalah atas keprihatinan Bapa Uskup Cornelius, yang melihat keperluan medium pembentukkan bagi melahirkan pemimpin (Belia) gereja dan awam yang dikuasai oleh nilai-nilai dan budaya Kristian. Memainkan peranan sebagai badan bertindak untuk membentuk pemimpin belia, Komisi Belia Keuskupan Keningau telah merangka dan menjalankan program pembentukkan belia ini. Menurut Kordinator Belia Keuskupan Keningau, proses merangka program ini mengambil masa selama hampir setahun dan ramai orang peseorangan yang telah membantu dari segi idea dan nasihat. Ucapan terimakasih yang tidak terhingga buat Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong, dan kepada semua paderi yang menyokong penuh program ini. Juga tidak lupa kepada penasihat rohani belia keuskupan Rev. Fr Rudolf, penasihat program Rev. Fr. Dr Charles yang juga merupakan tenaga pengajar, di samping tenaga pengajar yang lain iaitu Fr. Gilbert Lasius, Fr. Boniface Kimsin, Sr. Patrcia Limun, FSIC, En. Andrew Charles dan Cik. Christine Kinsik, juga pada semua yang terlibat dalam program ini dan kepada semua peserta yang sanggup memberikan masa selama 10 hari bagi program ini, tanpa mereka program ini tidak akan berjaya, tambah beliau lagi.

Memetik kata-kata Bapa Uskup Cornelius Piong, “Bersatu, Bersama dan Melayani dengan Yesus”. Sdra Wilfred selaku kordinator program ini mengharapkan agar semua peserta terus setia dan mengingati pesan Bapa Uskup untuk menyedari walau di manapun mereka berada dan dalam apapun jua bentuk pelayanan dan kerjaya yang mereka ceburi, jadikan kerjaya mereka sebuah pelayanan yang tetap Bersatu, Bersama dan Melayani dengan Yesus. Selamat Melayani pada semua!!!

Oleh: ddean
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...