Wednesday, May 21, 2014

KEEP IN TOUCH ALWAYS (K.I.T.A)


Paroki KSFX Keningau: Usaha Gereja dalam membantu dan membentuk para belia secara teratur bermula sejak tahun 1974 oleh Suruhanjaya Belia PAX semasa hanya satu diosis saja di Sabah. Apabila sudah terdapat 3 diosis di Sabah, maka usaha itu dikendalikan oleh Komisi Belia dan Pejabat Pelayanan Kampus masing-masing. Banyak program dan aktiviti pastoral telah dijalankan kerana Gereja mengambil berat terhadap perjalanan hidup belia. Usaha-usaha itu bertambah apabila cabaran dan kekeliruan yang mengancam mereka semakin bertambah. Antara usaha yang utama adalah agar belia mengenal dan mengimani Tuhan Yesus Kristus dan seterusnya menjadi murid-muridNya yang setia. Apabila peluang melanjutkan pelajaran di tahap IPTA/IPTS mula meningkat, ramai belia Katolik juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan peluang itu sama ada di dalam atau di luar negeri. Didapati pada masa inilah ada di antara mereka terpesong bukan saja dari segi hidup sosial mereka tetapi terutama sekali dalam hidup iman sehingga ada yang menukar agama.

Sesi Bergambar bersama Peserta Program KITA, Para Penceramah, CSG dan Komisi Belia Keuskupan Keningau
Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau telah mengadakan program KITA ini pada 17 Mei 2014 bertempat di dewan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) Keningau, Sabah. Seramai 20 orang belia telah mengikuti program tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dikalangan para pelajar tentang kehidupan dikampus serta bagaimana menghadapi cabaran-cabaran yang ada, menyediakan forum untuk mendalami iman Katolik, dan mengongsikan kemahiran dan pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab mereka.


Antara sesi-sesi yang telah disampaikan adalah;
1. Pengenalan – oleh Amodd Deal Tingadon
2. Kehidupan di Universiti – oleh Elfred
3. Hak dan Tanggungjawab – oleh Sem. Harry Dorisoh
4.  Mendalami iman Katolik – oleh Sem. Wilfred James

Melalui sesi-sesi yang telah disampaikan sepanjang program KITA, para peserta didedahkan tentang pentingnya kesedaran iman serta serta ajaran agama Kristian Katolik. Selain itu pengetahuan dan pemahaman tentang hak asasi manusia terutamanya dalam undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan beragama di Malaysia juga didedahkan kepada para peserta. 
Oleh: Amodd Deal Tingadon

CSG GATHERING 2014

Sesi bergambar para rakan CSG Keningau dengan Kategis Donald
Oleh: Amodd Deal Tingadon

KENINGAU, 15 Mei 2014: Kumpulan pelajar Katolik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (CSG IPG Kampus Keningau) telah mengadakan gathering yang pertama bagi semester pertama tahun 2014. Program ini telah diadakan di gereja St Mary Bingkor pada 15 Mei 2014 sempena menyambut perayaan Paska dan persiapan menduduki peperiksaan akhir semester satu. Program ini telah disertai oleh rakan CSG Keningau yang terdiri daripada guru-guru pelatih Katolik PPISMP semester satu hingga PISMP semester tujuh. Program ini diadakan bagi pengisian iman para guru pelatih Katolik. Antara program yang dijalankan adalah pujian dan penyembahan, Bible Sharing, Sesi Pengisian daripada Kategis Donald, Sesi Doa bagi menduduki peperiksaan akhir semester dan akhir sekali adalah jamuan (Fellowship) sempena menyambut perayaan Paska.
            Tema pada program tersebut adalah Perintah mengasihi yang diambil daripada pembacaan Injil Yohanes 15:9-17 iaitu bacaan harian pada hari tersebut. Semasa sesi Bible Sharing kami telah menjawab soalan renungan iaitu 1) siapakah sahabat kamu? Pernahkah anda mendoakan bagi mereka yang bukan sahabat kamu? 2) Adakah anda telah mengongsikan kasih Yesus dengan sesame supaya mereka juga mengenal Yesus? 3) Sejak dibaptis, apakah “buah” yang telah anda hasilkan?
            Sambutan program ini sangat mengalakkan kerana ramai ahli yang mempunyai kerinduan akan Yesus Kristus untuk memuji dan memuliakan-Nya dalam pujian dan program-program seperti ini. Para rakan CSG berharap agar program-program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membentuk peribadi bukan sahaja sebagai bakal guru bahkan sebagai seorang guru yang mempunyai iman seperti Yesus Kristus.

            Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak gereja St Mary Bingkor kerana telah membenarkan kami menggunakan tempat, peralatan muzik dan LCD. Tidak lupa juga kepada pihak Kerasulan Wanita Katolik(KWK) yang sudi memberikan bantuan menyediakan jamuan fellowship tersebut. Jasa dan sokongan daripada semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung sangat kami hargai, semoga Tuhan Yesus Kristus terus memberkati kita semua.

Tuesday, April 15, 2014

Perkongsian Peserta Kem Kepimpinan 2014



Apakah pengalaman anda sepanjang program ini?





Kem Kepimpinan "I AM YOUR'S"

Kem Kepimpinan Belia Keuskupan Keningau, Gereja Bonda Maria, Kemabong
27-30 MAC 2014
“I am Yours”

Oleh: Felsie Filex & Roselinah Francis


Kemabong : Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong menjadi pusat pertemuan bagi pemimpin belia dari semua Paroki di Keuskupan Keningau berkumpul bersama dalam Kem Kepimpinan Belia yang bertemakan “I Am Your’s”. Inti utama tema ini adalah “Berbahagialah orang yang miskin dihadapan Allah, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Allah” Mat 5:3. Program anjuran Komisi Belia Keuskupan Keningau ini bermatlamat untuk “Melahirkan pemimpin belia yang mempunyai kepimpinan yang bersifat hamba yang sentiasa komited dan efektif dalam pelayanan Kerajaan Allah”. Seramai 90 orang peserta telah menghadiri program ini.
 Antara objektif Kem Kepimpinan Belia 2014 adalah seperti:
1.    Mengenal potensi diri secara peribadi yang boleh diaplikasikan dalam pelayanan.
2.   Mengumpul dan mengukuhkan persahabatan dalam kalangan pemimpin belia Paroki, mewujudkan perkongsian dan pembelajaran bersama.
3.    Memupuk semangat kepimpinan yang bersifat hamba dalam pelayanan

Berikut merupakan gambar-gambar bagi sesi dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Kem Kepimpinan ini berlangsung.

Talks
 
Hidup Doa

Aktiviti: "Running Men & Women"



Group Sharing

Refleksi 

"Fellowship"

Thursday, February 6, 2014

Berita bergambar R.I.CH

Peserta R.I.CH 2014 bersama Koordinator Program Rev. Roney Mailap dan Roselinah Francis

Para peserta diberi tugasan memasak

Puji-pujian dikendalikan oleh peserta R.I.CH

Sesi bersama Fr. Dr. Charles Chiew dan Fr. Roney Mailap

Self Discovery & Windows of Life by Roselinah Francis 

My Strength and Weakness by Cecilia Ong 

Outing – Taman Banjaran Crocker Malawa

Pastoral Ministry by Sem. Wilfred James

Youth Ministry by Anna Teresa Peter Amandus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...