Saturday, September 3, 2011

Pesta Koir Belia Keuskupan Keningau



Semangat baru yang menyegarkan...


Pagi yang menyegarkan di kawasan Paroki St. Theresa Tambunan. Kelihatan beberapa peserta dari St. Peter Bundu Kuala Penyu sedang “jogging”. Datang sehari lebih awal memberi mereka ruang untuk menikmati kesegaran udara pagi. 
7.00 pagi, pihak penganjur bersiap menyambut kedatangan peserta Pesta Koir. St. Peter Bundu Kuala Penyu menjadi pengunjung pertama meja pendaftaran.


"Apa tujuan anda datang ke pesta ini? Adakah untuk menang semata-mata?......gunakanlah kesempatan ini untuk belajar dan seterusnya mengongsikan apa yang telah diperolehi sepanjang bengkel bagi memajukan lagi komuniti di paroki anda masing-masing...gunakanlah anugerah yang telah diberikan Tuhan kepada anda untuk kemuliaan namaNya..."
Amanat Fr. Ronnie Luni semasa Misa pembukaan pada jam 9 pagi.




..mulutnya harus dibuka lebar-lebar...kalau tak dibuka nanti bunyinya jelek...
Suasana dewan gamat oleh gelak ketawa 297 orang peserta mendengar celoteh penceramah yang didatangkan khas dari Indonesia. Para peserta kelihatan bersemangat mempelajari teknik-teknik vokal yang disampaikan dengan penuh bersemangat oleh penceramah jemputan. Mereka berpeluang belajar dan pada masa yang sama mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Gabungan 4 suara yang merdu memenuhi ruang dewan St. Theresa Tambunan.

Debaran...Penantian....



Pentas Pesta Koir tersergam indah menambahkan lagi debaran menanti saat pertandingan...namun dengan segala persediaan di paroki masing-masing dan ditambah lagi dengan sesi yang dijalankan memberi kelegaan...


Kepada semua belia, doakan kami agar sepanjang Pesta Koir ini berlangsung kami diberi kesihatan yang baik terutama sekali bagi semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan koir. Semoga mereka terus menggunakan anugerah yang diberikan oleh Tuhan untuk bersaksi bagi namaNya yang kudus. Dan jangan lupa juga kepada tim pelaksana dan para penceramah agar terus dikuasai oleh Roh Kudus dalam menjalankan amanah yang diberikan. Kepada para belia yang tidak dapat menyertai pesta koir ini, kedatangan anda dialu-alukan bagi memeriahkan lagi malam pertandingan yang akan berlangsung pada 3 September bermula jam 7 malam. Sama-samalah kita memberikan sokongan kepada rakan-rakan kita.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...