KENINGAU - Program Belia Masuk Kampung (BMK) 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 18 Ogos yang lalu setelah dimulakan pada 02 Ogos 2013. Dengan tema "Pergilah dan jadikan semua bangsa muridKu" Mat 28:19, program ini disertai oleh 11 orang belia dari beberapa paroki seperti Paroki Katedral St. Francis Xavier Keningau, Paroki St. Peter Bundu Kuala Penyu dan juga Paroki St. Anthony Tenom.
Seperti tahun-tahun yang sudah, BMK pada kali ini juga menggunakan pendekatan yang sama di mana ianya dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama: MENERIMA, fasa kedua: MELAKUKAN dan fasa ketiga: INTEGRASI.
Di
dalam fasa pertama iaitu dari 02 hingga 06 Ogos, para peserta diajak untuk
mengambil berat akan isu-isu semasa termasuk sejarah-sejarah gereja melalui pelbagai
sesi ceramah, perkongsian dan pengetahuan am. Diantara sesi ceramah yang
disampaikan adalah Introduction to Diocese Keningau, Sabah:Politik, Sosial & Ekonomi, Personal Development Plan, Church History, Catholic Theology of Religion, Pengislaman dan juga Children Care. Sesi-sesi ini disampaikan oleh para penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.
|
Sesi ceramah |
|
Kusyuk mendengar... |
|
Perbincangan berkumpulan |
|
Community Prayer |
|
Misa Kudus |
|
Action Song |
Fasa kedua ialah pada 07-12 Ogos 2013 di
mana dalam fasa ini, para peserta telah dihantar ke kampung-kampung terpilih
sebagai kawasan pendedahan untuk melakukan tugasan pastoral setelah melalui pembentukan
selama 5 hari. Sebanyak 5 buah kampung telah menjadi kampung angkat di bawah
jagaan paroki KSFX dan Roh Kudus Sook iaitu Kg. Sanang, Kg. Malaing, Kg.
Simbuan, Kg. Maatol dan Kampung sekitar Pekan Sepulut. Kesemua kampung ini mempunyai demografi yang
berbeza-beza dan para peserta sudah pasti mengalami pengalaman yang berbeza
apabila bersama keluarga angkat di kampung masing-masing. Sepanjang tempoh
pendedahan ini, para peserta menjadi utusan Tuhan untuk menjadi garam dan
terang dunia untuk membawa khabar gembira tentang Yesus Kristus ke tempat
pendedahan masing-masing. Para peserta juga mengikuti aktiviti keluarga angkat
dan umat di kampung disamping mengongsikan pengetahuan mereka tentang isu-isu
semasa dan melakukan pelayanan rohani.
Program BMK ini sememangnya merupakan satu program yang dinanti-nantikan
oleh masyarakat jauh di kawasan pedalaman. Ini kerana mereka melihat program
ini mampu menyuntik semangat rohani dan perjuangan kepada para masyarakat,
terutama nya para belia dan kanak-kanak dalam memperolehi kejayaan. Bagi
masyarakat yang dilawati, ianya merupakan satu rahmat cinta kasih Tuhan kepada
mereka. Dengan perkongisan pengetahuan sama ada rohani, akademik atau sukan
rekreasi ianya telah memperlihatkan mereka bahawa Gereja juga prihatin dan
mengutamakan pembangunan secara penuh di tempat mereka.
Sekembalinya dari kawasan pendedahan, para
peserta berkumpul kembali di PPK, KSFX untuk melalui fasa ke-3 di mana para
pserta akan mengongsikan pengalaman-pengalaman iman mereka sepanjang pelayanan
pastoral mereka di kampung angkat kepada rakan-rakan lain dan para fasilitator.
Para peserta membuat laporan bertulis mengenai pemerhatian mereka sepanjang
berada di kampung dari segi politik, social, ekonomi, geografi, perkembangan iman
umat dan juga analisis SWOT yang disertai dengan cadangan dan rekomendasi. Laporan
ini di adaptasi juga dalam bentuk pembentangan menggunakan slideshow. Para
peserta juga diajak untuk menghargai dan merasai keindahan alam ciptaan Tuhan
melalui ‘outing’ ke sungai Bunsit untuk melepaskan segala kepenatan/kelelahan. Dalam
fasa integrasi ini juga, para peserta diajak untuk berdiam bersama Yesus dalam
sesi Silence Retreat yang dipimpin oleh Fr. Giovanni, CSE dan sesi pembasuhan
kaki dalam sesi perdamaian.
|
Mari panggang manuk |
|
Mandi-manda |
|
sebelum berangkat pulang |
|
Silent Retreat di Tatal |
Hari terakhir, pada sebelah pagi diadakan Misa Kudus Pengutusan di mana para peserta BMK membacakan Janji Komitment mereka iaitu apa yang akan mereka lakukan selepas pulang dari BMK ini. Sebelah malam, para peserta bersama-sama
dalam Fellowship Community Celebration bagi meraikan kejayaan program BMK ini
sebelum berpisah pada keesokannya. Secara tidak langsung, program ini telah berjaya membantu para belia untuk lebih menghargai hidup sebagai belia katolik.
|
Janji Komitment |
|
Malam persaudaraan... |