KEMABONG - Pada 19 Mei 2013, Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong menjadi tirai pembuka bagi program Pertemuan Belia untuk pusingan ke-2. Para belia di Mission ini digabungkan bersama dengan para belia dari Paroki St. Anthony, Tenom. Pertemuan Belia kali kedua ini adalah kesinambungan bagi pertemuan 1.
|
Sebilangan belia yang hadir. Yang lain sudah pulang... |
Sama seperti pertemuan sebelum ini di mana program dimulakan dengan sesi puji-pujian dan doa pembukaan. Seterusnya aktiviti Games yang dilakukan di kawasan halaman gereja yang bertujuan untuk merapatkan lagi tali persahabatan di antara para belia di kedua-dua gereja ini. Setelah berpenat lelah berlari ke sana ke sini di bawah terik mentari, para belia berehat sambil menikmati kitchai ping (gulk!) yang disediakan oleh belia kemabong (Trima kasih).
|
Antara games yang mencuit hati... |
|
Inilah Gereja di Kemabong... |
Selepas berehat 20 minit, para belia berkumpul kembali di dalam gereja bagi mendengar sesi 'Talks' yang disampaikan oleh sdri. Roselinah Francis. Dalam talks ini, para belia diminta mengimbau dan merenung apakah realiti belia di tempat mereka masing-masing kemudian para belia dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan realiti hidup atau situasi belia masa kini. Setiap kumpulan juga diminta untuk melakonkan babak-babak realiti belia masa kini di tempat mereka di hadapan semua yang hadir. Ternyata belia-belia di sini kreatif dan berbakat sebagai pelakon tempatan. Kesimpulan dan penggulungan untuk semua sesi disampaikan oleh sdri. Roselinah yang disusuli dengan doa penutup.
|
Perbincangan kumpulan... |
|
kumpulan berbincang... |
|
Peace... |
|
Lakonan.. |
|
Mereka berlakon realiti belia... |
Sebelum bersurai, para belia dijamu dengan mee goreng kicap pekat manis dan Kopi hitam pekat manis juga yang sangat menyelerakan di petang hari.