Friday, June 21, 2013

Surat Kepada Belia



Shalom dan salam damai!
Salam UTK-20!

Kepada,
Pengerusi
Kerasulan Belia Katolik
Paroki dan Mission dan
Semua Belia Katolik Keuskupan Keningau.

Shalom dan salam damai dalam Yesus Kristus kepada semua! Apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan gembira selalu.

Tahniah kepada semua belia yang terlibat dalam menjayakan aktiviti UTK-20 samada di peringkat Keuskupan, Paroki, Mission, ZON, KUK dan KKD. Kesungguhan anda semua sesungguhnya menambahkan lagi makna perayaan UTK-20 pada tahun ini. Semoga para belia terus merenungkan erti disebalik perayaan UTK-20 dan saya percaya perayaan seumpama ini telah dan akan terus mengeratkan lagi hubungan kita sebagai Umat Allah.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengongsikan pesanan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
1. Perlu dengan rendah hati memohon bimbingan dan dorongan kuasa Roh Kudus menguasai iman kita.
2. Perlu membangun iman yang mantap kerana dengan kecanggihan teknologi hari ini, kita perlu sentiasa dikuasai oleh kebijaksanaan Roh Kudus supaya sentiasa bijaksana dalam membuat pertimbangan dan pilihan
3. Evangelisasi – peranan kita dalam memperkenal dan menghadirkan Yesus kepada sesama manusia supaya Yesus dikenali, dikasihi dan dilayani. Tanpa kesatuan yang arab dengan Yesus: identity, misi dan destinasi hidup Kristian kita tidak akan pernah jelas.
4. Selalu memperbaharui dan memantapkan komitmen Kristiani kita agar sentiasa berbangga dengan identity, misi dan destinasi kita selaku murid-murid Yesus.
Semoga pesanan ringkas namun bermakna ini dapat memberikan semangat baru kepada kita semua terutama dalam menghadapi kehidupan seharian kita. Teruslah berusaha berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus serta teguh dalam iman, agar kita mampu pergi dan menjangkau para belia yang lain dan menjadikan mereka murid-murid Yesus (Mat 28:19).

Beberapa perkara berikut memerlukan perhatian dan kerjasama daripada semua Pengerusi Belia dan penting untuk pengetahuan semua belia di Keuskupan Keningau.

1.        Belia Masuk Kampung
Program Belia IPT Masuk Kampung akan diadakan pada 2-19 Ogos 2013, di PPPK, Keningau. Iklan serta makluman berkaitan perkara ini telahpun disebarkan ke semua paroki dan juga melalui blog Komisi iaitu http://komisibeliakgau.blogspot.com/.
Tarikh                     :  2-19 Ogos 2013
Tempat                   :  PPPK, Keningau
Yuran                      :  RM75/orang
Penyertaan             : Terbuka kepada semua penuntut IPT baik institusi awam atau swasta, sedang belajar dalam semua peringat (Ijazah, Diploma, Sijil dll)

2.        Pesta Koir Belia Keuskupan Keningau
Semua pengerusi belia agar dapat menjalankan tanggungjawab memastikan pertandingan koir di peringkat Paroki dapat dijalankan sebelum akhir bulan OGOS agar para perwakilan dapat bersedia untuk mewakili Paroki anda ke peringkat Keuskupan. Maklumat dan syarat-syarat pertandingan telahpun diberikan kepada semua pengerusi. Sila maklum.
Tarikh                     : 20-22 September 2013
Tempat                   : Paroki Roh Kudus Sook
Yuran Penyertaan  : RM300

3.        Mesyuarat Tim Pelayan Belia Keuskupan
Tarikh                     : 20 Julai 2013
Tempat                   : Bilik Mesyuarat KSFX
Masa                       : 10.00 Pagi
Semua Pengerusi KBK Paroki dan Mission WAJIB menghadiri mesyuarat ini.

4.        Program Pertemuan Belia 2
a)       Paroki St. Theresa dan Holy Cross Toboh
Tarikh             : 6 Julai 2013
Masa               : 8.30 pagi
Tempat           : Gereja Holy Cross Toboh
b)       Paroki St. Peter Kuala Penyu dan St. Patrick Membakut
Tarikh             : 13 Julai 2013
Masa               : Akan ditentukan kelak
Tempat           : St. Peter Kuala Penyu
c)       Paroki St. Valentine, Beaufort dan St. Yohanes Sipitang
Tarikh             : 14 Julai 2013
Masa               : 2.00 petang
Tempat           : St. Yohanes Sipitang

(Diharapkan agar setiap pengerusi yang terlibat mengambil perhatian kepada perkara ini)

Kepada semua para belia, Tahun Iman merupakan rahmat istimewa yang kita terima dari Allah. Saya percaya di dalam setiap perjalanan kehidupan kita, ada banyak perkara atau persoalan yang seringkali sukar untuk kita mendapatkan jawapan. Namun tetaplah teguh didalam iman. Bersandarlah kepada kebijaksanaan Roh Kudus selalu. Tanpa rahmat kebijaksanaan Roh Kudus, kita tidak mampu menghadapi segala persoalan. Temukanlah kembali selera dari santapan Firman Allah dengan setia merenungkan firman Tuhan setiap hari dan kongsikanlah aspirasi anda kepada rakan belia yang lain.

Akhir sekali, semoga Bunda kita, sentiasa menemani kita setiap hari dan dalam misi pelayanan kita sebagai saksi kepada cinta Allah. Dan jangan lupa mendoakan Umat di Keuskupan keningau agar bersatu hati dan sentiasa berjalan bersama di dalam Yesus Kristus menuju ke rumah Allah. Tidak lupa juga kita mendoakan Bapa Uskup kita Uskup Cornelius Piong agar sentiasa sihat, ceria dan tabah dalam menggembalakan kita umat yang dipercayakan kepadanya. Semoga Tuhan memberkati kita semua!



“Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi Bagi Kerajaan Allah”

Yang Melayani,
Roselinah binti Francis
Koordinator
Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...