Thursday, September 8, 2011

Sekitar Pesta Koir 2011

Seramai 297 belia dari seluruh Keuskupan Keningau telah menyertai Pesta Koir Belia Keuskupan yang diadakan di St. Theresa Tambunan pada 2-4 September 2011. Penganjuran pesta koir ini adalah bertujuan mencungkil dan memperkembangkan bakat para belia dalam arena koir dan menggalakkan penciptaan lagu-lagu adven yang baru serta memberi peluang kepada para belia untuk melibatkan diri dalam seni persembahan koir seterusnya dalam pelayanan koir. Dua buah lagu yang bertemakan adven dan petikan mazmur yang dicipta dan digubah sendiri oleh peserta dipertandingkan pada malam 3 September 2011. 

Gelagat peserta sebelum pertandingan bermula
 “Pesta Koir ini memberi saya kekuatan baru dalam pelayanan koir..kita menyanyi untuk memuliakan Tuhan”.... “Saya bersyukur kerana berpeluang mengikuti bengkel koir disini. Banyak info yang saya dapat dan sekarang saya tahu apa yang perlu koir kami perbaiki untuk masa-masa akan datang”... “Pesta Koir kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawan-kawan saya dengan lebih dekat lagi selain mendapat kenalan baru dan berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan mereka”....Beberapa perkongsian belia yang menyertai Pesta Koir.



Aksi-aksi menarik para peserta
Lagu bertajuk “Persiapkanlah Jalan Bagi Tuhan” telah membawa tuah kepada kumpulan koir Paroki St. Theresa Tambunan apabila muncul sebagai juara Pesta Koir Belia Keuskupan 2011. Kumpulan koir ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala pusingan, sijil kemenangan dan sijil penyertaan. Sementara itu Naib Johan telah dimenangi oleh Paroki St. Patrick Membakut melalui lagu “Laksana Fajar” menerima wang tunai berjumlah RM400, sijil kemenangan dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Paroki Holy Cross Toboh, Tambunan dengan lagu “Ninawau do Koposion” yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, sijil kemenangan dan sijil penyertaan. Kesemua Paroki yang telah menyertai pertandingan ini telah menerima sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM100. Selain itu Paroki St. Patrick Membakut juga telah memenangi kategori lagu Adven terbaik. Pertandingan ini telah diadili oleh pengadil berpengalaman iaitu Fr. Karl-Edmund Prier, SJ, Paul Widyawan dan Rayner Biam Anjumal.

St. Theresa Tambunan Juara Pesta Koir Keuskupan Keningau 2011

 
Terima Kasih 
Kepada semua pihak yang banyak membantu, baik itu dari segi kewangan atau doa...terima kasih yang tidak terhingga..Berkat Tuhan sentiasa menyertai kemurahan hati saudara-saudari.Tanpa anda semua, pesta koir ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Tuhan Memberkati dan jumpa lagi di Pesta Koir 2013, Mission Sook. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...