Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM PERTEMUAN BELIA KE-2

PAROKI HOLY CROSS TOBOH DAN PAROKI ST.THERESA, TAMBUNAN

Oleh: Felsie S. Filex

TAMBUNAN- Lebih kurang 40 orang belia telah menghadiri program pertemuan belia ke-2 pada 6 JULAI 2013. Program ini telah diadakan di dewan Ton Putman, Holy Cross Toboh.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan pemimpin belia daripada kedua-dua paroki. Selain itu, program ini juga mengajak para belia untuk menyedari bahawa pelayanan di dalam belia itu memerlukan kesatuan daripada semua belia.

Pertemuan belia tersebut bermula pada jam 8.30am yang dimulakan dengan pendaftaran belia daripada seluruh paroki HCT dan STT. Seterusnya, pertemuan ini diteruskan dengan doa pembukaan, pujian dan ice breaking.


Selepas sesi ice breaking, pertemuan tersebut diteruskan dengan aktiviti “hand in hand”(treasure hunt). Aktiviti ini bertujuan agar para belia menyedari semangat kesatuan itu penting dalam sesebuah komuniti dan juga menyedari realiti belia pada hari ini.
Melalui perkongsian, daripada saudari Roselinah selaku fasilitator bagi program ini dan juga perkongsian daripada rakan-rakan yang lain,para belia disedarkan bahawa banyak situasi yang berbeza berlaku kepada belia pada hari ini. Tambahan lagi, dengan perkongsian  daripada Fr. Roney Mailap sendiri yang menyatakan bahawa “sebagai komuniti kita sangat memerlukan antara satu sama lain walaupun kita Smempunyai sifat dan sikap yang berbeza”.




Bergambar bersama dengan semua peserta
Pada akhir pertemuan tersebut, sekali lagi ditekankan sebelum doa penutup bahawa, kesatuan dalam kalangan para belia sangat penting dalam pelayanan sebagai kerasulan belia katolik  di setiap KKD, KUK, Paroki mahupun di bahagian Keuskupan. Selepas doa penutup, acara bergambar bersama telah diadakan. 

“Perbezaan sifat atau sikap dalam diri seseorang bukanlah penghalang untuk mengadakan kesatuan dalam komuniti”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...