Wednesday, August 4, 2010

Budaya laju...

Laju betul ko ni..

haha, memang mau laju mah, mana mau lambat-lambat..

Pada masa kini ramai remaja yang mahu laju ja, laju jadi dewasa maka adalah yang berumur 15 tahun, gaya bercakap, pemikiran cara bergaya.. fuh macam 25 tahun kadang-kadang melebihi yang 25 tahun... (syukur saya membesar mengikut rentak kehidupan, jadi buat masa ini tiadalah "fixtation")

Ramai remaja yang mau menjadi dewasa dengan cepat, namun tidak ramai yang mampu terfikir kehidupan dewasa penuh dengan tanggungjawab, yang mana semua tindakan memerlukan tanggungjawap yang positif.

Ramai yang kerana mau menjadi dewasa, terkorban dalam mengejar nama, popularity, kebebasan dan hidup...

Ramai yang tidak sedar bahawa, tidak semmua perlu dilakukan dengan cepat, di dunia ini ada banyak perkara yang memerlukan pertimbangan masa dan tenaga yang banyak dan lama...

Kepada remaja, semua, nikmati lah masa sekolah mu, kerana bagi kami yang sudah dewasa masa itu lah yang dirindu kerana banyak permasalahaan tidak dipikul sendirian. Dan jangan kerana, semua orangbuat sesuatu perkara itu, ko juga terikut-ikut...

jadi apakah tindakan anda?

by,
Ogil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...