Wednesday, November 11, 2009

Belia Yang ALERT!!!



Menarik kan lagu diatas, musiknya aja sungguh menyejukkan jiwa...adida!!!!

Ramai kita belia yang kini mulai di kuasai oleh keinginan diri atau pendek kata individualism atau pentingkan diri, ramai di antara kita lebih mendahulukan diri sendiri. Ada yang mengatakan kalau ada duit baru boleh membantu, malah ada yang mengatakan ala diri sendiri pun tidak terjaga mau membantu lagi.

Namun kita lupa bahawa dua wang perak yang didermakan si wanita miskin lebih bemakna berbanding dengan derma-derma orang kaya (Lukas 21:1-4). Mengapa? Ini kerana si Wanita tadi mendermakan seluruh yang dia miliki, tetapi si orang-orang kaya mendermakan apa yang lebih. Adakah kita juga harus bersifat seperti orang-orang kaya yang mendermakan sesuatu hasil dari apa yang lebih dan tidak kita perlukan, malahan ada pulak yang menderma sambil marah-marah dan mengeluh...kadang-kadang keluar lagi perkataan cilaka!!! Sifat menderma adalah satu nilai yang dituntut olah ajaran agama kita, so rajin-rajin lah menderma. Menderma bukan kerana mau masuk syurga, tetapi kerana cinta dan kasih kepada sesama ciptaan Tuhan.

Jadi apa kaitan dengan lagu???

Haha hampir terlupa...Pembacaan Ahad ini, mendorong kita untuk membaca tanda-tanda zaman. lagu ini lebih menceritakan akan kejadian alam dan bencana. Di sekililing kita penuh dengan bencana, ada yang disebabkan oleh lumrah alam, oleh kecuaian manusia, namun lebih banyak yang disebabkan oleh ketamakkan manusia.

Pembacaan Ahad ini menuntut kita untuk berjaga-jaga kerana, hanya Bapa yang tau bila masa nya!!! Sebagai belia adakah kita mahu berjaga-jaga atau kita lebih mementingkan keseronokkan dunia dan bila tua nanti baru mau bertobat kerana takutkan neraka??? Ingat Pertobatan memerlukan penyesalan yang sungguh-sungguh!!! Tuhan itu lebih bijak daripada orang yang paling bijak di dunia ini. Ramai belia kita yang selalu berasa putus asa, kejadian-kejadian alam dan perkara-perkara dalam kehidupan banyak membuatkan ramai belia hidup dalam pertanyaan yang sebenarnya telah terjawab oleh diri sendiri, namun memutuskan untuk tidak menerima jawapan tersebut.persoalan-persoalan ini telah menjadikan ramai belia kita yang memilih untuk menjadi satu dengan perkara-perkara yang mengakibatkan bencana, terikat dengan kemabukkan-kemabukkan yang membinasakan.

Pada kesempatan ini, saya ingin menjemput semua rakan belia untuk mempersiapkan diri menghadapi musim Advent yang akan tiba, untuk sama-sama merenungkan keberadaan diri, dan menjawap persoalan yang di kemukakan oleh penyanyi lagu di atas.Kerana rumput yang bergoayang, sudah pasti tidak mempunyai jawapan... Jawapan itu ada dalam diri kita, kita tahu jawapannya, namun kadang-kadang kita membenankan jauh-jauh di dalam sanubari kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...