Para peserta bersama dengan Fr.BonifaceKimsin dan Fr. Roney Mailap |
TAMBUNAN - Tim Kerasulan Belia Katolik Holy Cross
Toboh telah menganjurkan Program Pembentukan dan Kepimpinan Belia pada 2 hingga
5 JUN 2013 bertempat di Holy Cross Toboh, Tambunan. Program ini telah disertai
lebih 70 orang belia daripada KUK di bawah paroki Holy Cross Toboh. Program ini
diadakan khas bagi semua ahli jawatankuasa tertinggi belia setiap KUK di bawah paroki Holy Cross
Toboh.
Program
ini bertujuan, memupuk model kepimpinan kristian dalam kalangan AJKT KBK Paroki
HCT. Melalui program ini juga, para pemimpin belia diperkenalkan kepada cara
kepimpinan Kristian disamping menerapkan semangat “TIM” dalam AJKT KBK.
Pada hari pertama, program ini bermula dengan
pendaftaran peserta seterusnya puji-pujian, ice breaking dan taklimat ringkas
yang diberikan oleh FR. Roney Mailap selaku koordinator program Pembentukan
Iman dan kepimpinan Belia ini.
Setiap
pagi, Program pembentukan Iman dan Kepimpinan Belia ini dimulakan dengan doa
pagi (doa rosari) di hadapan grotto. Pada
hari kedua dan ketiga, pelbagai input
yang membentuk iman dan kepimpinan belia telah
diberikan kepada para peserta. Input-input
dalam program ini telah diberikan oleh FR. Roney Mailap sendiri dan juga
saudari Roselinah Francis selaku Koordinator Belia Keuskupan Keningau. Melalui program ini juga, para peserta dapat mendengar
perkongsian tetang perjalanan kehidupan anak-anak Tuhan dalam pelayanan mereka.
Perkongsian ini telah diberikan oleh saudari Roselinah Francis dan saudara Roney
Alfred daripada Tim komisi Belia Keuskupan Keningau. Selain itu, Renungan Peribadi dan Misa Kudus diadakan pada sebelah tengah hari manakala Group dynamic diadakan pada sebelah
petang.
Pada malam 3
Jun 2013 (hari kedua) pula, adorasi dijalankan di Chapel gereja Holy Cross
Toboh. Adorasi ini dipimpin oleh Fr. Roney Mailap. Seterusnya, pada malam 4 Jun
2013 Upacara Cahaya dan Malam Persahabatan telah diadakan bagi mengeratkan lagi
persahabatan dalam kalangan pemimpin belia paroki Holy Cross Toboh.
Dalam
upacara cahaya, sesi pembasuhan kaki dan perdamaian di antara ahli KBK di setiap
KUK diadakan. Selesai sahaja upacara cahaya, acara dilanjutkan dengan malam
persahabatan yang dimulakan dengan pujian, penayangan video singkat dan
seterusnya persembahan daripada KBK setiap KUK.
Pada hari
terakhir program ini, para belia telah melakukan penetapan perancangan dan
komitmen konkrit dalam pelayanan. Hal ini bertujuan, agar selepas program ini,
para pemimpin belia terus membimbing belia di KUK masing-masing untuk terus
berjalan bersama Kristus, melalui pelayanan-pelayanan yang mereka lakukan
disamping memberi harapan kepada belia yang kehilangan harapan.
Program Pembentukan Iman dan Kepimpinan Belia ini diakhiri dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh paderi paroki Holy Cross Toboh, FR. Boniface Kimsin. Dalam misa penutup program ini, para peserta telah melafazkan komitmen sebagai pemimpin belia di KUK masing-masing. Selesai sahaja misa Kudus, peserta mengambil bahagian pula dalam acara bergambar bersama paderi disusuli dengan makan tengah hari dan gotong-royong.
Sebagai seorang pemimpin kristian, pelayanan yang berteraskan Kristus sangat penting kerana Yesus sendiri telah menjadi contoh pemimpin yang terbaik. “Jika seseorang ingin menjadi yang terdahulu, hendaklah ia menjadi yang terakhir dari semuanya dan pelayan dari semuanya.” (MRK 9:35).