Wednesday, February 2, 2011

IFFAsia dan yang ku PELAJARI


Pertama sekali...

Terimakasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai program ini. Sesungguhnya program ini amat bernilai bagi para belia pada masa kini.

Hari pertama di program ini saya merasa kekok dan kaku, kerana merasa tidak layak dan kurang keyakinan untuk berbahasa inggeris. namun demikian kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap kasih Yesus yang sentiasa menyertai, meyebabkan saya mampu untuk menyesuaikan diri dalam program tersebut yang disertai bersama oleh pelajar-pelajar dari Institute of Formation Fondacio Asia - IFFA, yang datang dari pelbagai negara seperti Myanmar, Vietnam, Laos, Filipina, China dan Malaysia.



Sikap mesra dan ramah mereka membuatkan saya merasa senang dan selesa untuk bergaul dan berkongsi pengalaman masing-masing. Di sebalik sifat mesra itu saya dapat melihat para pelajar IFFA, staff dan intern mempunyai hubungan yang rapat dengan Yesus, Yesus sebagai pedoman dan panduan dan Roh Kudus bekerja dalam diri mereka. Melalui cara mereka bercakap, bekerjasama, sifat saling menghargai, keterbukaan dan ketawa saya dapat melihat mereka dipenuhi dengan cintakasih Tuhan. Pendek kata, sinar Yesus benar-benar terpancar  dari dalam diri mereka masing-masing. Ini mengingatkan saya kepada ayat yang berbunyi "cintakasih Kristiani itu tidak ada batasannya ataupun kasih Kristian tidak terbatas"

Program ini mengajar dan menyedarkan saya akan kepentingan keluarga, peranan media di zaman ini dan kesannya terhadap belia. Melalui program ini saya serba sedikit dapat memahami ajaran dan sejarah Islam, pembentukan Alkitab dan banyak lagi. Ianya juga mengajar saya pentingnya untuk memahami perbezaan yang terdapat di antara denominasi Kristian yang lain dan Katolik. Seperti perbezaan buku dalam alkitab katolik dan Gereja Protsestant. Disamping itu, saya juga dapat melihat kesan-kesan yang akan dan boleh terjadi kepada sesorang yang bertindak untuk memeluk agama lain.

Ceramah Rev. Michael Chua benar-benar menyentuh peribadi saya. Sebelum ini, apabila menghadiri Misa Kudus atau Ibadat Sabda, saya tidak pernah mengambil tahu kepentingannya.Menghadiri Misa hanyalah untuk melepaskan boring, terutama sekali dapat bertemu rakan-rakan dan bercerita ketika Misa Kudus. Namun setelah mendengar kata-kata Rev. Michael, bahawa Ekaristi dicipta oleh Tuhan untuk manusia, saya ingin berpesan agar para belia dapat menghargai  dan menghormati Misa Kudus. 

Program ini telah memberikan kekuatan dan keberanian kepada saya, ianya sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata, apa yang boleh saya terangkan adalah " jika saya menyertai IFFA dan menjadi pelajarnya, ianya bukanlah satu masalah untuk hidup membujang atau tidak berkahwin. kekuatan dan keberanian ini membuatkan saya berani untuk melangkah mengikuti jalan kehidupan yang telah Tuhan sediakan untuk saya.  program ini membantu saya untuk semakin hampir dengan apa yang dicari selama ini.

Program ini juga menyedarkan saya sebagai belia, untuk lebih berusaha untuk membawa para belia di luar untuk datang menyembah Tuhan selalu terutamnya pada hari Ahad, dan penyembahan itu adalah kepada Tuhan dan bukan bertujuan untuk keseronokan diri sendiri. Di samping itu, juga untuk mendorong mereka untuk membaca Alkitab dan memahaminya demi pembangunan dan kematangan iman.

Akhir sekali saya berharap program sedemikian akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan demi kepentingan bersama terutama sekali para belia. sessungguhnya belia pada hari ini adalah pelapis kepada pemimpin sekarang. Ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi pengetahuan yang lebih bersifat Krsitiani, sebagai bekalan di masa depan dan juga bekalan untuk berhadapan dengan suasana hidup yang amat mencabar, penuh dengan godaan dan kegiatan yang tidak baik.

IFFA mampu menyediakan satu landasan ilmu kepada para belia di zaman sekarang kerana setiap pelajaran mahupun ilmu yang diberi adalah mengikut kepada keadaan semasa dalam kehidupan kita, IFFA juga memberi peluang bagi kita untuk mengenali saudara saudari seiman dari pelbagai negara, yang mempunyai budaya yang berlainan.



Lahirnya aku di dunia bukanlah atas kehendaku sendiri, walaupun seringkali ku mengeluh bahawa lebih baik aku tidak dilahirkan di dunia, namun keluhan tersebut tidak membawa ku kemana-mana. Namun kini ku menemukan jawapannya, dan Yesus Tuhan lah yang membantu saya berhadapan dengan persoalan dan keluhan itu.

Lahirnya ku di dunia ini kerana Tuhan mengasihi manusia. Lahirnya aku kerana kasih yang wujud antara kedua ibubapa ku... kasih membentuk aku, kasih melahirkan aku, kasih menjadikan aku, kasih mematangkan... kasih yang sempurna hanya ditemukan di dalam Kristus Yesus .... Dialah Jalan Kebenaran dan Kehidupan...Amin

                                                                                      "Kingdom of God is witihin us" (Rev. Michael Chua)

by,
Michael Majar @ Mejar Jamil
(majarjamil@yahoo.com)
Mission Sook
KKD St. Joan of Arch
Gereja Roh Kudus Sook



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...