Thursday, August 27, 2009

Agama Rasmi....

Jude question: erm sy da mo tnya..napa agama Islam jadi agama rasmi, bukannya Kristian. sebab Kristian wujud dulu dr Islam..bleh jawabka??heheh

Thanks Jude for the question…

My answer: Sdra Jude. Penetapan agama rasmi sesebuah negara sama ada Kristian lebih dulu wujud daripada agama-agama yang lain ianya bergantung kepada faktor demografi yang mengambil kira populasi sesebuah Negara.

Contohnya Bagi Negara kita Malaysia, majoriti penduduknya adalah bergama Islam kira-kira 60.4% (kiraan tahun 2000). Dan sememangnya dari awal pembentukan tanah Malaya, agama Islam merupakan agama majoriti penduduk Tanah Melayu. Dibawah Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab menggubal Perlembangan Persekutuan 1957, hasil daripada dialog dan persefahaman (Kontrak Sosial) di antara tiga kaum utama ketika itu, Melayu, Cina dan India, Agama Islam telah dijadikan agam rasmi persekutuan Tanah Melayu di bawah Perkara 3 (1), perlembagaan persekutuan.

Untuk pengetahuan Sdra. Jude, agama Rasmi bagi Negara Philippine dan Timor Leste ialah agama Kristian, ini kerana majority penduduknya Beragama Kristian. Dalam menentukan agama rasmi sesebuah negara, faktor demografi atau jumlah penganut agama sesebuah Negara juga di ambil kira. Namun demikian ianya juga mengambil kira keadaan politik dan sosio-budaya sesebuah Negara.

Bagi kita di Malaysia jangan lah risau kerana, di bawah Akta perlembagaan persekutuan 1957, Perkara 3 (1), Perkara 11 (1),(2),(3, 3a,3b), secara terang membenarkan kebebasan beragama, membenarkan setiap agama untuk mengurus dan mentadbir agama masing-masing. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia harus peka akan hak kita sebagai warganegara Malaysia. Dan kita wajib mempertahankan Hak kita yang telah termaktub di bawah Akta Perlembagaan ini, bagi menjamin kebebasan bergama dan mengamalkan ajaran agama masing-masing terus terpelihara.

Diharapakan penerangan yang ringkas ini dapat menjawab pertanyaan atau kekeliruan Sdra. Jude.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...