Saturday, November 26, 2011

Rekoleksi TPBK - Informasi 1

Rekoleksi Tim Pelayan Belia Keuskupan Keningau atau lebih dikenali sebagai rekoleksi TPBK dengan rasminya bermula pada hari ini iaitu 25 November 2011. Seramai 115 orang pemimpin belia dari pelbagai peringkat  iaitu peringkat Paroki, Zon, Komuniti Umat Katolik (KUK) dan Komuniti Kristian Dasar (KKD) telah menyertai Rekoleksi ini, yang kini sedang berlangsung di Paroki St. Partick Membakut, Diosis Keningau. 

Sebahagian Para Pemimpin Belia
Rekoleksi ini dimulakan dengan sesi pendaftaran bermula pada jam 1600 hingga 1730 dan diikuti dengan perayaan ekarisiti yang dipimpin oleh Pembimbing Rohani Komisi Belia  iaitu Rev. Ronnie Luni. Dalam homilinya, Rev. Ronnie menegaskan enam perkara penting yang harus dipraktikan oleh para pelayan belia, perkara tersebut adalah motivasi pelayanan, sifat memperhatikan keperluan sesama, melakukan yang terbaik berdasarkan kebolehan masing-masing, berdedikasi, setia pada pelayanan dan kerendahan hati. Ujar beliau dengan mengamalkan 6 perkara ini seseorang itu dapat bertumbuh sebagi pelayan yang sejati. 




Selepas Misa Kudus Pembukaan, diadakan sesi bergambar beramai-ramai, dan seterusnya makan malam dan sesi IceBreaking, dan kelihatan ramai pemimpin yang benar-benar berjaya keluar dari 'Zon Selesa' mereka. Oleh yang demikian, jangan lupa mengikuti perkembangan terkini Rekoleksi TPBK di BLOG Komisi Belia Keuskupan Keningau  dan jangan lupa Doakan Kami Semua!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...