(Kindly read this Sunday (18/OCT?2009) Gospel Reading Mrk 10:35-45)
Mungkin ramai di antara kita yang menyatakan saya bukan bekerja dengan gereja dan saya tidak melayani, oleh itu petikan injil ini tidak mempunyai kena mengena dengan saya dan dengan itu saya tidak boleh menjadi pelayan kepada orang lain, saya ditakdirkan untuk memimpin dan menjadi ketua.
Ramai diantara kita yang lupa bahawa semua kareer itu adalah satu panggilan khusus untuk kita. Disebabkan perkara ini semakin ramai yang menjadi bongkak dan sombong, orang bawahan atau junior tidak lagi ditengok, malah kadang-kadang atau selalu dijadikan budak suruhan.
Petikan minggu ini meminta kita untuk menjadi pelayan dan hamba bagi sesama. Apakah sebenarnya menjadi pelayan? Seorang pelayan atau hamba mempunyai ciri-ciri seorang pengikut yang setia, mereka mendengar dan melakukan apa yang dikehendaki oleh tuannya. Yang mana Yesus mengatakan jika kita hendak menjadi yang utama dan terkemuka kita seharusnya mendengar perintah Allah dan melakukan kehendak-Nya, iaitu menjadi pelayan diantara sesama.
Bukanlah bermaksud kita jadi kuli bagi pekerja bawahan dan orang lain, tidak sama sekali. Sebagai seorang Kristian kita dituntut untuk Mendengar dan Melakukan Kehendak Tuhan. Dengan mendengar dan melakukan kehendak Tuhan, kita sudah pasti akan dapat melayani dengan baik, kita dapat menerapkan nilai-nilai kemanuisaan dan kepimpinan yang baik, dalam kita manjalankan tugas dan kereer kita.
Ini bererti, kita dapat melihat rakan sekerja atau pekerja-pekerja kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Semoga Bacaan Injil minggu ini membantu kita untuk bersikap lebih sebagai pelayan yang penuh kerendahan hati, yang sentiasa mahu terbuka membantu dan memahami masalah orang lain. Menjadi pelayan di antara pelayan.