Terbuka bagi para belia perempuan lepasan SPM, STPM atau yang sedang mencari pekerjaan. Datanglah beramai-ramai :)
Monday, March 2, 2015
PELANCARAN SYD-4 DI TOBOH, TAMBUNAN
Perwakilan yang hadir bergambar bersama para Uskup dan Paderi |
TAMBUNAN – Pada 13-15 Februari 2015,
seramai lebih kurang 150 orang belia di seluruh Sabah yang mewakili paroki
masing-masing di Keuskupan Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu telah berkumpul
di gereja Holy Cross, Toboh, Tambunan untuk menghadiri program FASA 1 dan
pelancaran SYD4-Tawau.
Hari
pertama dimulakan dengan Misa Pembukaan yang dipimpin oleh Fr. Ronnie Luni.
Dalam homili, beliau menghuraikan maksud tema SYD4 iaitu “Berbahagialah orang
yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan”(Mat.5:7). Sebelah
malam pula diadakan Flash Back SYD-3 yang dikendalikan oleh sdri. Roselinah
Francis di mana para perwakilan menonton video sepanjang SYD3 di Toboh pada
tahun 2012. Setelah itu diadakan sharing berkumpulan di mana mereka
mengongsikan apa perasaan apabila menonton video tersebut.
Hari
kedua dimulakan dengan Doa pagi yang bertemakan ‘Kasih’ sempena Hari Valentine.
Setelah itu, diadakan sesi 1 bertajuk ‘Mengenal diri’ (bahagian 1) yang
disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh. Dalam sesi ini, para perwakilan diajak untuk
menyedari bahawa ‘I am the beloved of God’. Para peserta juga menjalani
aktiviti ‘Kawanku Cermin’ dimana secara berpasangan meneliti ciri-ciri wajah
rakan dihadapan selepas itu dalam kumpulan, mereka akan mengongsikan perasaan
meneliti wajah kawan, apa penemuan baru terhadap wajah sendiri, adakah saya
boleh menerima diri sendiri dan adakah saya mengakui saya adalah anak Tuhan. Seterusnya
‘Mengenal Diri’ (bahagian 2) pula disampaikan oleh Fr. Roney Mailap yang
menekankan tentang menerima diri sendiri dan bagaimana Allah mencipta manusia
menurut gambar dan rupa-Nya.
Logo SYD-4 |
Pada sebelah
petang, sesi kedua diteruskan bertajuk ‘Keluarga’ yang disampaikan oleh sdra.
Dominic Lim. Ianya dimulai dengan tayangan video tentang perkembangan janin di
dalam rahim ibu hingga dilahirkan dan kupasan berkenaan tumbesaran manusia yang
berkaitan dengan keluarga. Sesi ketiga menyusul yang bertajuk ‘Sejarah Penyelamatan’
disampaikan oleh Fr. Jeffry Gumu yang menceritakan dan menerangkan tentang
sejarah penyelamatan Allah sejak dari manusia pertama kepada nabi-nabi di
perjanjian lama sehinggalah zaman Yesus yang dilahirkan dan disalibkan yang
dipanggil untuk menyelamatkan manusia. Beliau juga mengongsikan kisah panggilan
beliau menjadi paderi yang mengharungi kegembiraan dan cabaran yang amat
menyentuh hati para peserta.
Dalam misa
sunset yang dipimpin oleh Fr. Jeffry Gumu, diadakan penyambutan salib belia di
mana belia Holy Cross Toboh menyerahkan Salib Belia kepada pihak penganjur @
MOT SYD-4 sebagai tanda bermulanya perjalanan salib SYD4 dan memberi persepsi
kepada peserta bahawa salib yang diterima adalah salib kemenangan dan bukan
salib kesengsaraan. Sebelah malam pula, diadakan pertemuan bersama
pemimpin-pemimpin gereja iaitu Bishop Julius Gitom, Fr. Jeffry Gumu dan Fr.
Sunny Chung. Tiga belia dari setiap keuskupan mengongsikan isu / kesukaran yang
dihadapi berdasarkan konteks keuskupan masing-masing dimana Keuskupan Sandakan
mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang migran, Keuskupan Kota Kinabalu
mengongsikan cabaran yang dilalui sebagai seorang pekerja dan Keuskupan Keningau
mengongsikan isu tidak peduli dan penghijrahan domestic di kalangan belia. Para
pemimpin gereja seterusnya memberi respon terhadap isu-isu ini yang amat
menarik dan menyentuh hati. Setelah itu, diadakan upacara penghormatan salib
dan sedikit input berkenaan Theology of the Cross yang disampaikan oleh Fr.
Sunny Chung.
Hari terakhir
dimulakan dengan doa pagi yang dikendalikan oleh Tim MOT Liturgy dan taklimat
SYD4. Setelah itu diadakan Misa Kudus hari minggu bersama umat yang dimulakan
dengan perarakan salib belia dan ritual oleh para MOT dan Sub-MOT SYD4. Misa
kudus ini dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong, bersama Uskup Agung John
Wong, Uskup Julius Gitom dan beberapa paderi serta Dikon Abel. Dalam homili, prelatus
itu menyatakan bahawa kita harus
sentiasa ingat akan relasi kita dengan peribadi Yesus kerana iman Kristian
bukan hanya bila kita dibaptis kerana ia bukan jaminan bahawa kita benar-benar
pengikut Yesus kerana Yesus berkata, “sesiapa yang mahu mengikut Aku, harus
memikul salibKu”. Beliau juga menekankan aspek disiplin dan semangat
berkomuniti sebagai umat beriman serta menggunakan kemudahan teknologi dan
media social untuk membantu dan berkongsi perkongsian iman antara satu lain.
Sejurus selesai misa kudus, diadakan pelancaran SYD4 yang dimulakan dengan
perkongsian daripada peserta FASA 1 iaitu Sdra. Nelson Francis dari Holy Cross
Toboh dan Sdri. Dynna Leong dari St. Joseph, Papar yang mengongsikan pengalaman
menyertai persiapan SYD4 fasa 1 di Toboh. Setelah itu, Uskup Julius Gitom
mengetuai uskup dan paderi lain memalu gong sebanyak 4 kali sebagai tanda
rasminya pelancaran SYD4. Seterusnya disampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan
mencipta lagu tema SYD4 iaitu sdra. Roland Hendry dari Holy Trinity, Tawau dan
pemenang pertandingan mencipta Logo SYD4 iaitu sdri. Nancy Pain dari St.
Dominic, Lahad Datu. ~ Eron
Para peserta berdoa di hadapan Salib Belia |
Salib di arak masuk |
Friday, February 13, 2015
25 BELIA TERIMA SUKACITA DALAM RICH-2
Para peserta RICH bersama Fr. Bede, Seminarian Louis & Komisi Belia |
TAMBUNAN - Pada 04 hingga 24 Januari
2015 yang lalu, program RICH kali ke-2 telah dilaksanakan dengan jayanya
bertempat di Gereja St. Anthony, Patau. Seramai 25 orang belia yang datang dari
sekitar Kg. Patau dan beberapa paroki di Keuskupan Keningau telah menyertai
program yang diadakan selama 3 minggu ini. Objektif bagi program RICH (Rooted
In Christ) ialah membentuk para belia secara ‘(W)holistic’, membantu para belia
untuk melihat perkembangan serta nilai diri dan iman masing-masing dan juga
menerapkan budaya membangun iman di dalam peribadi belia itu sendiri.
Program ini dibahagikan kepada 2 fasa di
mana fasa pertama Pembentukan Dasar Peribadi manakala fasa kedua ialah Pastoral
dan Theological. Fasa pertama lebih berfokuskan mencari identity diri sendiri
dan mengenalpasti bakat-bakat yang tersimpan di dalam diri mereka. Sesi “I am
special” yang dikendalikan oleh Sdri. Anna Theresa dari Keuskupan Sandakan dan
Sdri. Cecilia Ong dari Sibu, Sarawak membantu para peserta melihat dan
‘mengali’ keistimewaan dalam diri mereka.
Dalam fasa kedua pula, para peserta didedahkan
dengan pelayanan pastoral yang mencakupi pengetahuan tentang Misi & Gereja
serta perancangan pastoral yang dikendalikan oleh Fr. Ronnie Luni, Fr. Roney
Mailap dan Sdri. Roselinah Francis. Para peserta juga berpeluang mempraktikkan
apa yang telah mereka terima dalam kedua-dua fasa melalui aktiviti ‘Exposure’
di mana mereka di hantar ke beberapa buah KKD di sekitar Paroki Holy Cross,
Toboh dan tinggal bersama keluarga angkat selama 4 hari serta melaksanakan
aktiviti yang telah mereka rancang untuk umat di KKD tersebut.
Sepanjang program RICH, para peserta
tinggal bersama sebagai satu komuniti dan diberikan tanggungjawab dalam
tugasan-tugasan harian seperti memasak, menjaga kebersihan, memimpin doa-doa
dan puji-pujian, mengendalikan persiapan misa kudus dan sebagainya. Hidup
berkomuniti membantu para peserta untuk menghidupi Yesus dalam pelayanan,
saling bekerjasama, saling mengambil berat di antara satu sama lain dan
melakukan tugasan dengan kerendahan hati. Dalam proses pembentukan ini, para
peserta dibantu oleh Fr. Roney Mailap selaku Koordinator program RICH, Sdri.
Roselinah Francis selaku Pengerusi Komisi Belia dan Sdra. Roney Eming dari
pejabat Komisi Belia Keuskupan Keningau.
Program RICH ke-2 menutup tirainya
dengan setiap peserta membacakan komitmen pelayanan mereka di hadapan paderi
dan para umat dalam Misa Penutupan RICH 2 dan diraikan dalam fellowship selepas
itu. Persahabatan yang terjalin selama 3 minggu membuatkan para peserta berat
hati meninggalkan program ini sehinggakan ungkapan “saya tidak mahu pulang”,
“masa berlalu dengan cepat” atau “saya belum puas lagi dalam ini program”
sering diungkapkan. Program RICH ini juga turut memberi kesan kepada umat-umat
di KUK St. Anthony Patau yang tidak pernah ketinggalan menghadiri misa harian
bersama peserta RICH setiap pagi atau petang dan bermurah hati menderma wang
ringgit dan bahan makanan seperti beras
dan sayur-sayuran. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam pelaksanaan
program RICH 2.
Tuhan memberkati kita semua. Amen.
Upacara pemotongan Kek diketuai oleh Fr. Roney Mailap sebagai ungkapan syukur kejayaan RICH 2 |
Subscribe to:
Posts (Atom)