Kebenaran yang telah ibubapa saya berikan untuk mengikuti KBK3 ini merupakan satu keyakinan bagi saya bahawa ianya adalah panggilan khusus oleh Tuhan kepada saya.
KBK 3 adalah merupakan aktiviti Kem Belia saya yang pertama bersama dengan para belia di atas 20thn, dan sememangnya ianya berlainan dengan aktiviti COY. Melalui Khemah ini saya dapat mengenali lebih jauh ke dalam peribadi saya. Perjalanan menuju rumah keluarga angkat mengajar saya erti persahabatan, di tambahkan lagi malam teater yang mengajar saya untuk melihat wajah Yesus di samping setiap keberadaan mereka yang di sekililing saya. Manakala aktiviti-aktiviti lain telah mengajar saya untuk melihat realiti dunia dari satu sudut yang penuh berbeza.
Kesempatan ini tidak akan saya lupakan untuk selamanya ."Guru yang baik apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"..Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk menghadiri KBK3 ini...
No comments:
Post a Comment