Thursday, September 22, 2011

BELIA dan PUKAT-9

Barisan Hadapan : Sebahagian belia yang menyertai PUKAT-9

“Belia hari inilah yang akan memimpin gereja dimasa hadapan” ungkapan ringkas Bishop Cornelius Piong semasa PUKAT-9, yang diadakan di RRKK, Tatal pada 16-18 September. PUKAT-9 yang bertema “Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi Bagi Kerajaan Allah” kali ini sudah pasti menjadi sejarah dalam pelayanan belia keuskupan apabila sebanyak 30 kuota diberikan kepada belia untuk bersama-sama menyertai PUKAT-9 tahun ini. Kita bersyukur kerana dengan adanya peluang ini, perwakilan belia dari setiap paroki mempunyai kesempatan menyumbangkan serta mengongsikan idea-idea mereka kepada paroki mereka masing-masing. Di samping itu, sesi-sesi yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman membuka minda semua perwakilan untuk melihat cabaran-cabaran yang sedang berlaku ketika ini. Bengkel-bengkel yang diadakan bukan sahaja membantu perwakilan belia menyedari realiti yang berlaku tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengenali pemimpin lain di paroki sendiri.
Berikut perkongsian beberapa belia yang menghadiri PUKAT-9 tahun ini.  




Panggilan kita “BELIA”

Penglibatan para belia dalam PUKAT-9 adalah rahmat Tuhan yang perlu kita syukuri. Semoga para perwakilan yang menyertainya akan terus disemangati oleh Roh Kudus. Semoga kita semua selaku pengikut-pengikut Yesus; Identiti, Misi dan Destinasi hidup Kristiani kita dapat perkenalkan dengan jelas dan bangga (Ucaptama PUKAT-9, Bishop Cornelius Piong, 2011).
Marilah belia-belia di Keuskupan Keningau sama-sama memantapkan lagi Budaya Menyembah Tuhan, Membentuk Iman dan Bertanggungjawab Sosial. Tanpa kesatuan antara SESAMA KITA BELIA semua ini tidak akan tercapai. Kesatuan terjadi apabila kita secara peribadi sudah “berakar dan dibangun oleh Yesus Kristus, teguh dalam Iman” (Kol 2:7) sama seperti pesan Bapa Uskup diakhir program PUKAT-9 yang ditujukan bukan sahaja kepada para perwakilan tetapi juga semua umat Katolik di Keuskupan Keningau  “marilah kita ingat bahawa Yesus adalah peribadi yang hidup dan tidak cukup hanya dengan mengenali Dia, kita perlu mengasihi Dia supaya dapat melayani Dia” 




(Original photos by Emily)

1 comment:

Anonymous said...

siok banyak Input buli dapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...