Belia Masuk Kampung 8
Program Belia Masuk Kampung ke-8 anjuran Keuskupan Keningau yang telah diadakan pada 05-19 Februari 2012 yang lalu, membekalkan banyak pengalaman dan pengetahuan bagi para belia yang melibatkan diri dengan program ini.
Para belia sebelum dihantar ke kampung-kampung terpilih, terlebih dahulu diperkasakan dengan beberapa input seperti Sejarah Penyelamatan, Sejarah Gereja Katolik, Sejarah penubuhan Keuskupan Keningau. Isu-isu semasa seperti Sabah: Politik, Sosial dan Ekonomi, Pengislaman, Belia: Realiti hidup dan Iman, Belia dan Media Massa. Input diberikan selain bertujuan bagi pemantapan iman para belia ianya juga agar para belia mempunyai output yang mencukupi untuk dikongsikan dengan masyarakat kampung.
Tidak sahaja dengan input-input, para belia juga diberikan banyak peluang untuk membuat renungan sama ada secara peribadi atau berkelompok. Para peserta di bawa untuk belajar berdiam dalam kebisingan, agar ianya dapat dipraktikan di mana sahaja belia ini akan berada kelak. Tidak cukup dengan itu, sebelum para belia balik ke rumah masing-masing, mereka juga di bawa ke satu praktik rohani yang cukup mencabar bagi ramai peserta itu retret berdiam yang dipimpin oleh Dikon Roney Mailap yang bakal ditahbiskan menjadi Paderi pada 28 April 2012 di St. Anthony Tenom, Sabah.
Bagi membantu para belia untuk mengenal pasti kehadiran Tuhan di setiap detik dan perkara dalam kehidupan mereka, para peserta sejak dari awal mula BMK8 telah diminta untuk menulis jurnal kehidupan. dan di akhir hari BMK8, mereka telah bersedia dengan pengalaman iman mereka. berikut adalah petikan-petikan yang diambil hasil dari perkongsian pengalaman Iman mereka.
Rev. Ronnie Luni
Pembimbing Rohani Komisi Belia Keuskupan Keningau
Singkatan nama ‘Belia Masuk Kampung’ (BMK) mengingatkan saya akan maksud lain BMK iaitu “Bersama Melayani Kristus”. Apabila para belia masuk kampung, mereka menyatakan, “Inilah aku, utuslah aku”, maka mereka datang diutus untuk melayani bersama Kristus! Apabila Tuhan mengutus kita, Dia juga menyertai kita. Tiada yang terbaik, hanya bila Dia ada bersama!
Wilfred James |
...membaca pengalaman iman mereka, saya benar-benar merasa diberkati oleh Tuhan, cintakasih Nya sungguh nyata pada setiap permata BMK8 ..sesungguhnya para peserta BMK8 telah berusaha dengan lebih 100%….dengan bersifat terbuka terhadap proses yang Tuhan berikan secara spesifik bagi setiap mereka untuk memantapkan iman...thanks to all of You, of your love and friendship… tahun depan mari sekali lagi kita Buang Masa Kita untuk Bersama Melayani Kristus yang hadir di setiap peribadi yang di temui di sepanjang BMK-9.
To all people i met during BMK-8,
I thank God for the gift of all of you as a person. It is such a blessing to have all of you as my friend and your willingness to share with me you life. Thank you for being a hero/in to me in a very special way. Thank you for bringing life to the community. God bless us :)
I thank God for the gift of all of you as a person. It is such a blessing to have all of you as my friend and your willingness to share with me you life. Thank you for being a hero/in to me in a very special way. Thank you for bringing life to the community. God bless us :)
ROSELINAH FRANCIS
Keningau Diocese Youth Commission Formation Team Coordinator
Keningau Diocese Youth Commission Formation Team Coordinator
Dilly Tyrance
Koordinator CMO
Keningau Diocese
Selepas BMK8 saya mempunyai visi iaitu melakukan apa yang terdaya untuk berjalan bersama dengan para belia dan saya yakin dan percaya saya dapat melakukannya kerana saya dibimbing oleh 3 orang sahabat yang selalu menegur dan membimbing saya. Dalam BMK8 ini saya belajar untuk tidak berputus harapan terhadap Tuhan.
Roney Alfred Eming – Koordinator BMK8, SPBKP
Sebelum BMK-8, pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya lebih-lebih lagi sebagai tim pelaksana, banyak perkara perlu dilakukan dan disiapkan agar BMK-8 berjalan lancar. Namun dengan pengalaman lalu, sedikit sebanyak saya dapat membuat persiapan diri untuk menyertai BMK kali ini.
Pengalaman berharga yang saya alami adalah mempunyai ramai sahabat baru dan peluang untuk berkongsi pelayanan. Ketika berada di kampung, saya sangat menghargai peluang beramah mesra dengan penduduk kampung dan berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan seperti Gua Laing, sungai dan perjalanan di hutan yang mencabar. Melalui semua pengalaman tersebut, Tuhan menjemput saya untuk terus melayani tanpa henti dan tanpa ragu-ragu. Biarlah Allah menggunakan diri saya sebagai karya kesaksianNya. Amen
Semasa BMK-8 berlangsung saya menyedari bahawa saya mempunyai kekuatan disebalik talenta-talenta yang Tuhan berikan kepada saya. Pembentukan selama 5 hari sebelum masuk kampung mengajar saya untuk menerima sesuatu atau seseorang dengan seadanya. Perkongsian daripada belia-belia yang lain menguatkan lagi iman saya. Saya adalah “Instrument” kepada karya-karya indah Tuhan.
Emmanuel Ronie Bahan
AJK Pelaksana (St. Anthony Tenom)
AJK Pelaksana (St. Anthony Tenom)
Saya sudah mampu mengutamakan Tuhan dalam hidup saya dari segala-galanya. Saya lebih mengenali diri saya dan kepentingan kehadiran Tuhan dalam setiap kehidupan saya. Rencananya adalah yang terbaik. Tuhan memberikan saya rahmat kekuatan sehingga setiap ujian yang saya hadapi tidak saya jadikan sebagai halangan untuk terus setia kepada Tuhan.
Rosalia Wong
AJK (Paroki St. Anthony Tenom)
Silence Retreat memberi sukacita besar kepada saya kerana saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Saya mesti mendapatkan sesuatu yang bernilai untuk dibawa balik. Tuhan menjemput saya untuk tetap setia di dalam doa dan mempelajari sesuatu dari kesilapan dan pengalaman. Dia ingin agar saya berbicara denganNya seketika sebelum saya sibuk dengan hal-hal lain.
Ervina Philip
AJK (Belia Paroki St. Valentie Beaufort)
Adakah iman saya sudah berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus? Pengalaman BMK8 menyedarkan saya untuk berpaut pada Tuhan. Setiap perkara yang berlaku mengingatkan saya kepada pertumbuhan iman sendiri. Secara peribadi pengalaman bersama keluarga angkat menguatkan kepercayaan saya bahawa Tuhan itu benar-benar wujud dan tidak ada bukti yang boleh menyangkalnya lagi.
Secara keseluruhan, satu perkara yang sangat saya hargai sepanjang BMK-8 berlangsung adalah persahabatan yang terjalin dengan semua rakan-rakan BMK-8.
Input-input yang diberikan semasa BMK-8 membentuk dan mengubah peribadi saya. Ketika berada di Kampung angkat (Kg. Kaparungan), aktiviti bible sharing yang kami laksanakan memberi impak yang baik kepada para belia. Daripada semua pengalaman ini, saya dapat rasakan jemputan untuk mencari siapakah Tuhan itu dalam diri saya dan membantu rakan-rakan belia dalam misi mengenal Tuhan Yesus Kristus.
Satu persoalan saya sebelum menyertai BMK-8; Saya ini orang yang bagaimana? Secara Kristian saya ni boleh buat apa? Sepanjang pembentukan, saya mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang baru serta memberi jawapan kepada persoalan saya. Pengalaman tinggal bersama keluarga angkat mengajar saya erti kasih sayang sebenar dalam keluarga. Ibu angkat saya menyedarkan saya erti pengorbanan seorang ibu dan kerana pengalaman ini saya mula bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan seorang ibu yang penyayang.
Dengan apa yang saya lalui, saya ingin terus mencari Tuhan, belajar daripada Yesus dan akan perbetulkan diri. Dan yang paling penting, saya akan berusaha menyebarkan KASIH YESUS kepada sesiapa saja. Tuhan berkatilah niat saya. Amen.
Satu soalan yang bermain di fikiran saya sebelum BMK-8 ialah apakah objektif kehidupan saya? Semasa program BMK-8 dijalankan, saya mula berasa tercabar dan menyedari bahawa jarak antara saya dengan Tuhan begitu jauh sekali. Daripada input dan aktiviti yang dijalankan, saya mula mengenali Tuhan dengan lebih mendalam. Saya berfikir mungkin program ini yang merupakan jemputan Tuhan kepada saya untuk mendekatiNya. Keinginan saya untuk memahami erti kehidupan saya secara tidak langsung membawa saya lebih dekat dengan Tuhan. Setelah menimba pengalaman dalam program ini, saya ingin menjadi lebih aktif dalam aktiviti gereja dan lebih banyak menyumbang kepada gereja sebagai tanda kebaktian kepada Tuhan.
Alvin Alan
Belia Katedral St. Francis Xavier, Keningau
BMK-8 was a time of growing. I started to rediscover the joy of praying, feeling the presence of God in my life, learning to live in a community and many more. I finally learnt about our church history, the history and development of the Catholic Church in Sabah, Islamization, the pros and cons of social media, the truth of the situation in Sabah. All of this touched me in many ways. There was lots of fun, happy and sad memory during BMK-8. But through these experiences, I learnt to appreciate the opportunity to improve my faith, improve my relationship with God, the opportunity to see the world in a different way, to learn to appreciate myself for who I am, the ability to improve my talent, to feel God presence, to learn to live in a community despite of the different background and philosophy of life, the opportunity to know new friends and improve my relationship with my old friends. I appreciate every moment I spent here, Thank you BMK-8!!
Saya sangat menghargai “PERSAHABATAN” yang telah terjalin sepanjang BMK-8 ini. Saya bukan sahaja bersahabat dengan kawan-kawan tetapi juga bersahabat dengan TUHAN YESUS. Melalui sesi-sesi yang disediakan, saya telah dapat mengenali TUHAN, sejarahnya. Saya juga belajar tentang “mencintai dan menyayangi orang lain bukan untuk membenci”. PUJI TUHAN!! Pengalaman bersama dengan kumpulan banyak membantu saya bersikap lebih terbuka berkongsi pengalaman hidup. Saya juga diperkuatkan lagi melalui perkongsian mereka. Akhirnya, saya ingin beri Allah “KESETIAAN” untuk tetap bersama denganNya sepanjang hidup saya!!
Silverjaylyn Midin
Belia Paroki St. Anthony Tenom
Belia Paroki St. Anthony Tenom
Pengalaman sepanjang BMK8 ini mengajar saya erti hidup yang sebenar dan saya mula mengenali diri saya. Perkara yang tidak dapat saya lakukan, dapat saya lakukan sepanjang saya mengikuti BMK8 seperti memimpin doa makan. Hati kecil saya mengatakan bahawa suatu hari nanti saya akan menjadi pemimpin dalam keluarga saya sendiri, bukan sahaja keluarga tetapi juga KKD saya. BMK8 mengajar saya mengenali Tuhan dengan lebih dekat!
Pengalaman bermakna semasa BMK8 ialah ketika saya dan kawan-kawan masuk kampung. Semasa berada di kampung, saya belajar erti kesederhanaan dalam kehidupan, bekerjasama dalam kumpulan, menghargai persahabatan dan menghargai setiap pengalaman baru. Pengalaman tinggal bersama dengan sepasang suami isteri yang sudah tua dan sakit menyebabkan saya merenungkan kembali kehidupan yang saya ada sekarang ini. Saya dapat merasakan bahawa Tuhan menginginkan saya untuk memahami erti kehidupan sebenar terutama untuk bersikap sederhana dan tidak boros dalam berbelanja.
Harold Monis
Belia Paroki St. Theresa Tambunan
Belia Paroki St. Theresa Tambunan
Setelah mengikuti BMK8 ini, saya dapat merasakan banyak perubahan berlaku kepada diri saya. Saya dapat lebih mengenali dengan lebih mendalam tentang Yesus Kristus. Dan saya juga boleh mengenalpasti perasaan yang saya alami, gembira, sedih, marah, keliru, kadang-kadang rasa seperti dipinggirkan. Tetapi melalui pengalaman ini lebih mendekatkan saya kepada kehadiran Roh Kudus yang sentiasa memberi kekuatan untuk mengatasi semua ini.
Tiffenney Noy Gosely
Belia Paroki KSFX
Belia Paroki KSFX
Pengalaman penting yang saya peroleh semasa BMK8 adalah mendalami erti keterbukaan dan kerendahan hati. Kehadiran AJK-AJK yang sentiasa teguh bersama dengan kami menyedarkan saya erti kesungguhan dan kesanggupan dalam membimbing kami mengenali Tuhan Yesus. Apa yang ingin saya berikan kepada ALLAH adalah melalui pelayanan saya di mana pun saya berada, saya ingin menarik lebih ramai belia untuk mengenali siapakah Tuhan Yesus.
Saya menghargai kasih Tuhan yang tidak putus-putus menyembuhkan saya sepanjang BMK8 ini. Program ini telah mendekatkan lagi relasi saya dengan Tuhan Yesus Kristus. Saya sangat berbahagia kerana melalui aktiviti membentuk “Papan Visi”, saya mula merenungkan misi hidup saya. Terima kasih kepada Dikon Roney Mailap kerana melalui aktiviti ini memberi panduan kepada saya untuk berusaha mencapai matlamat hidup saya.
Apa yang dapat saya renungkan sepanjang BMK8 ialah, melalui ceramah-ceramah yang disampaikan membuka mata saya kepada reality yang berlaku. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kira semasa berada di RRKKT atau di kampung memantapkan lagi iman saya. Daripada pengalaman ini, jemputan Tuhan pada diri saya ialah untuk terus melayani dan mewartakan Injil kepada semua umat Kristian.
Belia Paroki KSFX
Semasa program BMK8 berlangsung, saya sentiasa berasa risau memandangkan ini adalah pengalaman pertama menyertai program gereja seperti ini. Namun begitu, program ini banyak membentuk peribadi saya menjadi lebih berani bersaksi dan tampil sebagai murid pilihannya “untuk bekerja di ladangNya yang luas”. Tuhan telah memberi saya kekuatan dan keterbukaan serta menjemput saya untuk terus kuat menyebarkan FirmanNya. Walaupun punya banyak kelemahan, saya percaya kadang-kadang Tuhan menggunakan kelemahan itu sebagai kelebihan untuk membantu orang lain.
Inilah pertama kali saya mengikuti program yang dianjurkan oleh Gereja. Setelah saya melibatkan diri dalam program ini saya mendapat banyak pengalaman lebih-lebih lagi ketika berada di kampung. Saya diberi kesempatan untuk menjadi lebih berani dan ada keyakinan diri. Peluang memimpin Doa Rosari meyakinkan saya akan bimbingan Tuhan. Saya juga sangat menghargai penceramah-penceramah yang telah datang untuk memberi perkongsian. Dengan ini, saya dapat pengetahuan yang lebih luas. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana kesempatan untuk mendengar semua ini. Akhirnya, saya ingin menjadi belia yang lebih bertanggungjawab menyebarkan khabar gembira, menjadi belia yang setia kepada Allah dan melakukan yang terbaik untuk gereja Kristian Katolik.
Pengalaman semasa BMK8 membuka mata dan menyedarkan diri saya bahawa “to serve, not to be served”. Firman Tuhan dalam 1 Kor 12:12-31 “Banyak anggota tapi satu tubuh” menyedarkan saya tentang hubungan antara sesama sangat penting dan saya tidak mampu melakukan sesuatu tanpa campur tangan daripada Tuhan.
Jackreson Liew
Belia Paroki KSFX
Pengalaman yang memberi pengajaran kepada saya sebelum masuk kampung ialah pentingnya pengetahuan tentang sejarah gereja dan keadaan politik, social dan ekonomi masyarakat di Sabah terutamanya umat-umat Kristian. Melalui pengalaman ini saya dapat belajar dan sedar tentang Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang umat Katolik serta memberi inspirasi kepada saya untuk lebih mengimani Tuhan dalam kehidupan.
Gath Raymoon Ku
Belia Paroki KSFX
Belia Paroki KSFX
Pengalaman BMK8 menyedarkan saya tentang erti kasih sayang. Hati saya tersentuh melihat kasih sayang yang ada di kampung walaupun kebanyakan belia di sini tidak bersekolah. Nilai kasih sayang yang mereka tunjukkan mengubah pergaulan saya. Saya ingin berterima kasih kepada keluarga angkat saya dan terutama sekali kepada Tuhan kerana peluang ini.
Readlee Hubertus Belia Paroki KSFX
Setiap detik yang saya lalui sepanjang BMK-8 telah membuat saya tersedar daripada kelekaan duniawi. Setiap peristiwa yang berlaku mengajar saya untuk lebih peka terhadap perintah dan kehendak Tuhan. Saya dapat rasakan iman saya bertambah dan lebih mengenali Yesus di samping saya dapat belajar untuk memahami perasaan orang lain.
Georgiana Lee Kiang Belia Paroki
St. Anthony Tenom
St. Anthony Tenom
Apa yang saya sangat hargai sepanjang BMK-8:
1. BMK8 ni banyak mengajar saya untuk mengenal diri saya dengan lebih lagi.
2. Mengenal Tuhan dengan lebih mendalam
3. Dapat buang perangai yang tidak baik dalam diri saya
4. Belajar cara buat jurnal
5. Renungan seharian aktiviti
Lister Saimon
Belia Paroki St. Anthony Tenom
Mengikuti BMK8 adalah suatu karya yang besar bagi saya yang belum pernah saya miliki selama ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana inilah pengalaman yang sungguh-sungguh membuatkan saya menjadi yakin dan berani untuk menyebarkan injil Yesus Kristus. Input-input yang saya terima sangat membantu kerohanian saya. Berada di kampung angkat pula membuka mata saya melihat kehidupan yang serba kekurangan serta perbezaan hidup di Bandar dan luar Bandar. Apa yang boleh saya berikan kepada Allah ialah kesetiaan dan kejujuran dalam melakukan pelayanan.
BMK merupakan “platform” yang sangat baik untuk para belia supaya mereka dapat mengenali siapa mereka dan kehidupan peribadi dalam rohani. Pengisian program adalah menarik dan sangat membentuk “siapakah diri saya yang sebenar”. Sesi-sesi seperti asal usul gereja, sejarah penyelamatan Diosis Keningau, Politik, Pengislaman dan Theology of the Religion banyak memberi pengajaran kepada saya dan sangat berguna sebelum kami masuk ke kampung. Melalui semua pengalaman yang saya alami saya berasa panggilan atau jemputan Tuhan kepada saya adalah mewartakan khabar gembira melalui doa dan kesedaran.
Crystalie Flavia John – Belia Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu Pengalaman yang membawa erti dalam hidup saya ialah berkongsi cinta kasih Tuhan kepada keluarga angkat saya. Walaupun pada mulanya saya berasa tidak selesa bersama dengan keluarga angkat saya, namun saya bersyukur kerana Tuhan telah menyalurkan cinta kasihNya kepada saya agar sentiasa bersikap rendah hati dan menghormati mereka. Puji Tuhan! |
Dalam BMK8 ini banyak cabaran yang saya temui terutama sekali dalam mencari, menjaga dan memberikan perhatian kepada orang lain. Begitu banyak yang menyakitkan dan sukacita dalam jiwa. Namun, daripada pengalaman ini, saya menyedari Tuhan menginginkan saya untuk mengubah sikap buruk yang ada pada diri saya. Saya perlu belajar untuk menerima teguran dan nasihat daripada orang lain dengan hati yang terbuka.
Pengalaman yang benar-benar membawa erti dalam hidup saya semasa BMK8 ini ialah saya mula mengenal diri saya yang sebenarnya. Program ini telah membuka pintu hati saya untuk melihat iman saya dengan lebih mendalam. Pengalaman bersama keluarga angkat memberi kesedaran untuk saling tegur-menegur antara sesama. Terima kasih kepada pihak penganjur, para penceramah, kawan-kawan serta semua yang terlibat dalam program ini.
Pengalaman mengajar doa rosary kepada adik angkat, berjalan kaki dengan keadaan jalan raya yang kurang baik ke gereja dan melawat orang-orang yang sakit semasa saya berada di kampung merupakan pengalaman yang menyentuh peribadi saya. Tuhan menunjukkan kepada saya erti kesederhanaan dan tidak berputus asa dalam hidup. Saya sangat menghargai kehadiran Yesus melalui program BMK8. Dia menggunakan program ini untuk membentuk peribadi saya.
BMK8 membawa erti yang mendalam kepada saya. Saya dilatih menjadi seorang yang berani bercakap di hadapan rakan-rakan saya dengan menggunakan mikrofon padahal saya sangat malu untuk melakukan perkara sedemikian. Selain itu, pengalaman “sharing” mengajar saya untuk menjadi seorang pendengar yang baik dan sharing rakan-rakan banyak membantu pertumbuhan iman saya.
Ketika berada di Kampung Kalampun saya mengalami masalah kesihatan. Apa yang menyentuh peribadi saya adalah keprihatinan keluarga angkat kepada saya. Sikap tolong-menolong telah menyedarkan saya betapa pentingnya sebuah institusi keluarga itu di mana kita harus menghargai setiap individu dalam keluarga. Melalui semua pengalaman ini, saya menyedari panggilan Tuhan kepada saya adalah untuk sentiasa mempunyai “KERENDAHAN HATI”.
Sepanjang program BMK8 saya sangat menghargai rakan kumpulan masuk kampung yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas setiap rezeki, dugaan dan cabaran yang datang kepada saya sepanjang program ini berlangsung. Pengalaman di kampung mengajar saya untuk menghargai masa yang ada bersama keluarga.
Program BMK8 mengajar saya untuk lebih mengenal Siapakah Yesus itu? Melalui sesi-sesi yang ada membantu saya dalam proses ini. Keyakinan dalam diri saya juga meningkat dan saya berpeluang mengetahui cara kehidupan orang kampung sebagai seorang Kristian Katolik.
Sesi perkongsian sepanjang BMK8 merupakan sesi yang sangat saya gemari. Ini kerana banyak yang dapat saya kongsikan dan dengar daripada kawan-kawan saya. Sesi ini mengeratkan lagi hubungan antara sesama. Kebersamaan dengan keluarga angkat di Kg. Kaparungan menyedarkan saya erti kekeluargaan yang sebenar. Syukur kepada Tuhan kerana melalui BMK8 saya lebih mengenali Dia dan mengetahu sejarah-sejarah Gereja Katolik. Tuhan memberkati kita semua!!
Mata saya terbuka luas untuk melihat cabaran dan masalah yang berlaku di dunia kerana sebelum ini saya tidak terlalu mengambil berat tentangnya. BMK8 memberi kesedaran kepada saya untuk mengukuhkan lagi iman saya sebagai Kristian Katolik agar tidak mudah terpedaya dengan godaan-godaan duniawi.
Penglibatan saya dalam BMK8 menyedarkan saya akan kehadiran Tuhan dalam diri saya. Saya berharap akan dapat menjadi pengikut Tuhan yang boleh membawa kebahagiaan, keharmonian dan kedamaian dalam kalangan belia. Saya akan mewujudkan satu komuniti yang setia dalam pelayanan Kristus.
Mary Theresa Madan
Peserta Tunggal Arhdiocese of Kota Kinabalu
....Saya telah memperolehi minggu yang sangat indah, bermakna dan seronok. Kerana saya telah memperolehi pengalaman baru, cabaran baru dan rakan-rakan baru dari pelbagai daerah, ....saya tidak menyangka BMK ini sangat bermakna bagi saya...BMK 8 membolehkan saya menyelami diri saya dengan lebih dalam lagi, dan saya mengakui sedar akan kelemahan diri sebelum ini yang lebih menumpukan keseronokan keduniaan...melalui BMK8 ini saya bertekad untuk memperbaiki diri dan memantapka hubungan dengan Tuhan..mungkinkah Dia mempunyai panggilan khusus untuk saya...
4 comments:
feel touch and through oo baca pengalaman iman kamu semua....i really miss u all....selamat melayani....melayani dan bukan berkerja....God bless you all...
Its A blessed from god to us..for who we are before n now,,,appreciate what we hve is a gift..n to all friends,,Thanks
thanx 4 the memories and experience God Bless terharu juga la bc pengalaman iman dari kwn2 hehehe
Post a Comment