Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat
selalu ya..bagi yang tidak sihat tu, banyak-banyakkanlah rehat. Kalau perlu
pergi klinik, pergilah! Jangan tunggu sampai teruk baru mau pigi!..pesanan
untuk semua J Kepada yang merayakan Tahun Baru Cina,
Selamat Tahun Baru Cina ya!
Siapa sangka kita sudah masuk dalam
bulan Februari 2013. Wow! Masa begitu cepat berlalu. Nampaknya ini juga
merupakan ‘writings’ yang pertama untuk tahun ini. Minta maaf banyak-banyak
ya!...apapun, memasuki tahun yang baru ini pastinya kita semua mempunyai
langkah baru terutama dalam penghayatan kita kepada Tahun Iman. Bah..jalani
semua dengan penuh kesabaran ya..
To be honest…memasuki tahun 2013, saya
mengalami banyak ketakutan. Knowing that I will be the next Youth Coordinator,
fuh! Really mencabar. Never in my life to dream this position. Ternyata, kita
benar-benar tidak tahu jalan Tuhan. Pernah satu masa saya terfikir macam ni “kalaulah
saya boleh melarikan diri, saya mau lari di satu tempat yang tiada orang boleh
cari saya, atau kenal saya”. That is my real feeling at that moment. Namun,
bila saya melihat kedalaman lubuk hati saya, saya tidak nafikan satu suara yang
sangat halus memanggil sehingga saya tidak mampu berbuat apa-apa tetapi pasrah.
Saya teringat pula cerita Yunus dalam Perjanjian Lama. Cerita yang saya selalu
suka baca. Tidak sangka pula saya sendiri mengalaminya J
Apapun..saya bersyukur atas panggilan Tuhan ini dan saya percaya walau apapun
yang bakal saya tempuhi, pasti Tuhan tidak berhenti membantu. Saya juga mau
menjemput kawan-kawan semua untuk mendoakan saya ya agar saya sembuh dengan cepat dan dapat melayani dengan tubuh badan yang sihat :)....kita saling mendoakan, kerana
dengan doalah kita semua dipersatukan.
Seperti yang kawan-kawan semua tahu,
pengerusi komisi yang lama, Sdr. Wilfred telah memasuki seminary. Kita pasti
merasakan kehilangan seorang pemimpin belia yang begitu banyak membantu kita
semua dalam pembentukan iman kita. Namun, jangan sedih-sedih. Kita bersyukur
dan memuji Tuhan atas respon yang diberikan oleh Sdr. Wilfred terhadap
panggilan Tuhan. Bersama-samalah kita terus memberi sokongan doa kepada beliau
dan rakan-rakannya agar mereka sentiasa teguh dalam panggilan. Kita percaya langkah
berani yang telah diambil olehnya memberi kesaksian kepada kita semua untuk
berani menyahut panggilan Tuhan dalam setiap peribadi kita. Dan kita juga
berdoa semoga lebih ramai lagi belia yang berani menyahut panggilan Tuhan
kerana inilah reality di keuskupan kita… “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja
sedikit. Kerana itu mintalah kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Ia
mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.”
Dalam kesempatan ini saya ingin mengongsikan pesan Bapa Uskup
melalui surat pastoral bertarikh 10 Februari 2013 yang sangat penting untuk
kita semua renungkan.
“Kita sudah masuk dalam bulan Februari 2013. Kita semua tentu
berasa begitu cepat masa berjalan. Sebab
itulah kita memerlukan kebijaksanaan dalam merancang dan ‘mempriopitas’ perjalanan
hidup dan iman kita. Tuhan yang “sentiasa menyertai kita sampai akhir
zaman” (Mat 28:20) adalah sumber kebijaksanaan sejati. Kesatuan dan kesetiaan
kita denganNya akan membantu dan mendorong kita mengenal dan memilih priority
yang memihak kepada kehendakNya. Dalam Tahun Iman ini program yang penting yang
perlu kita usahakan ialah secara peribadi dan bersama keluarga/komuniti mahu
membangun kesatuan kita dengan peribadi Yesus.
Pada 13 Februari 2013 ini, kita akan masuk dalam masa Prapaska,
masa Puasa dan Pantang. Sama-samalah kita memasuki dan menghayati masa rahmat
ini agar usaha kita memantapkan Iman dapat kita usahakan melalui mengenal,
mengasihi dan melayani peribadi Yesus. Amalan Doa, Puasa dan Sedekah sepanjang
masa Prapaska adalah sangat membantu kearah pemantapan iman. Janganlah kita
sia-siakan masa rahmat ini.”
Oleh itu, marilah kita memasuki masa
Prapaska ini dengan hati yang terbuka pada rahmat Tuhan.
Tuhan memberkati kita semua!
Love and Prayer,
Roselinah bt Francis
Koordinator Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau.
2 comments:
congrats lyen n didin..all the best n selamat melayani..God bless.. :)
Congratulation to Kakak Roselinah... We All always pray for both of you.. U all already done the best for the youth and ur duty.. i'm very solute both of u...huhu God Bless Didin and Roselinah... Kamsamida ^_^
Post a Comment