PESAN BAPA SUCI BENEDICT XVI
SEMPENA HARI BELIA SEDUNIA YANG KEDUA PULUH LAPAN
2013
“Pergilah, jadikanlah semua bangsa-bangsa murid-Ku!” (Mt 28:19)
Kepada rakan-rakan muda,
Saya menyambut anda semua dengan kegembiraan
dan kasih sayang. Saya pasti bahawa ramai daripada anda pulang dari Hari Belia
Sedunia di Madrid semua dengan lebih "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam iman" (cf.
Kol 2:7). Tahun ini dalam keuskupan kita,
kita menyambut kegembiraan
menjadi Kristian, dan mengambil tema: “Bersukacitalah senantiasa dalam Tuhan!”
(Filipi 4:4). Dan sekarang kita sedang bersedia untuk Hari Belia Sedunia
akan datang, yang akan mengambil tempat di Rio de Janeiro, Brazil, pada bulan Julai
2013.
Sebelum itu, saya menjemput anda sekali
lagi untuk mengambil bahagian dalam acara penting ini. Patung Yesus Kristus
penebus yang diraikan memperlihatkan bahawa bandar Brazil yang indah
akan menjadi simbol
fasih untuk kita. Tangan terbuka Kristus tanda kesediaan
untuk memeluk semua orang-orang yang
datang kepadanya, dan hatinya mewakili
cinta yang besar untuk
semua orang dan setiap kamu.
Biarkan dirimu ditarik kepada Kristus! Alamilah pertemuan ini bersama-sama dengan
semua orang muda yang
akan berkumpul di Rio untuk Hari Belia Sedunia
yang akan datang! Terimalah cinta kasih Kristus dan anda akan menjadi
saksi yang diperlukan
oleh dunia kita.
Saya menjemput anda agar bersedia untuk Hari Belia
Sedunia di Rio de Janeiro dengan
merenungkan tema pertemuan itu: “Pergilah,
jadikanlah semua bangsa-bangsa murid-Ku!” (Rujuk
Mt 28:19). Ini merupakan mandat misionaris
yang telah diberikan Kristus kepada seluruh Gereja, dan hari ini, dua ribu
tahun kemudian, masih tetap mendesak. Mandat ini harus bergema kuat
di dalam hati anda. Tahun persediaan untuk perhimpunan di Rio bertepatan dengan Tahun Iman, yang bermula
dengan Synod Bishop
dikhaskan untuk "Penginjilan
Baru untuk Penghantaran
Iman Kristian. Saya gembira bahawa anda
juga, wahai orang muda, terlibat dalam misi
penginjilan sebagai sebahagian daripada seluruh Gereja. Menjadikan Kristus dikenali adalah hadiah yang sangat
berharga yang dapat anda berikan kepada orang lain.
1. Panggilan yang mendesak
Sejarah menunjukkan bahawa
ramai orang muda, dengan anugerah murah
hati mereka, memberikan sumbangan besar kepada Kerajaan Tuhan dan
pembangunan dunia ini dengan menyebarkan Injil.
Dengan dipenuhi semangat, mereka membawa
Khabar Baik Cinta kasih Allah yang dibuat nyata
dalam Kristus, menggunakan cara dan kemungkinan yang
ada, yang jauh lebih rendah dengan apa yang kita ada hari ini. Satu contoh ialah José de
Anchieta. Dia adalah seorang pemuda
Jesuit Sepanyol abad
keenam belas yang pergi sebagai missionari ke Brazil sebelum berusia dua puluh tahun dan menjadi rasul
besar Dunia Baru. Tetapi saya
juga berfikir orang-orang di antara kamu
yang bermurah hati memberikan tumpuan kepada misi Gereja. Saya melihat bukti yang indah ini pada Hari Belia Sedunia
di Madrid, terutamanya pada perjumpaan dengan sukarelawan.
Ramai anak muda hari ini mempersoalkan
secara serius apakah kehidupan itu
adalah sesuatu yang baik dan mempunyai waktu yang sukar mencari jalan mereka.
Namun begitu, secara umumnya, para belia melihat kesukaran dunia hari ini dan
bertanya kepada diri sendiri: apakah yang boleh saya lakukan? Cahaya iman
menerangi kegelapan ini. Ia membantu kita memahami bahawa setiap kehidupan
manusia tidak ternilai harganya kerana setiap kita adalah buah dari kasih
Allah. Allah mengasihi semua orang, bahkan kepada mereka yang telah jatuh dan
menjauhkan diri dariNya. Allah menunggu dengan sabar. Sesungguhnya, Allah
memberikan Anak-Nya untuk mati dan bangkit kembali untuk membebaskan kita dari
kejahatan. Kristus mengutus murid-muridNya membawa pesan sukacita keselamatan
dan kehidupan baru kepada semua orang di mana-mana.
Gereja, dalam meneruskan misi
evangelisasi ini, juga memerlukan anda. Kepada anak-anak muda, kamulah
misionari yang pertama dikalangan rakan-rakan sezaman anda! Di akhir Konsili
Vatikan II – yang kita rayakan ulang tahunnya ke-50 pada tahun ini – Hamba
Allah Paul VI memberikan mesej kepada belia diseluruh dunia. Ia dimulai:
“kepada andalah, anak-anak muda lelaki dan wanita di seluruh dunia, bahawa
Majlis memberikan mesej yang terakhir. Kerana kamulah menerima obor dari tangan
orang yang lebih tua dan untuk hidup di dunia pada masa transformasi paling
besar yang pernah wujud dalam sejarah. Kerana andalah yang mengambil contoh dan
pengajaran yang terbaik daripada ibu bapa dan guru anda, akan membentuk
masyarakat hari esok. Anda, samada
diselamatkan atau binasa dengannya ". Ini disimpulkan dengan kata-kata:
"Binalah dengan semangat sebuah dunia yang lebih baik daripada apa yang
kita ada hari ini!" (Pesan untuk Orang Muda, 8 Desember 1965).
Kepada para sahabat, jemputan ini
masih tepat pada masanya. Kita sedang melalui tempoh sejarah yang sangat
khusus. Kemajuan teknikal telah memberikan kita kemungkinan yang belum pernah
terjadi sebelumnya bagi interaksi antara rakyat dan Negara. Namun hubungan
globalisasi ini akan menjadi positif dan membantu dunia berkembang secara
kemanusiaan hanya sekiranya berasaskan kepada Kasih dan bukannya dalam bentuk
material. Kasih adalah satu-satunya perkara yang boleh memenuhi hati dan
membawa orang bersama-sama. Allah adalah kasih. Apabila kita melupakan Allah,
kita kehilangan harapan dan tidak mampu mengasihi orang lain. Kerana itu,
sangat penting untuk bersaksi tentang kehadiran Allah supaya orang lain dapat
mengalaminya. Penyelamatan manusia bergantung kepada ini, begitulah juga
penyelamatan setiap kita. Siapapun yang memahami hal ini hanya mampu berseru
bersama-sama dengan St. Paulus; "Celakalah aku jika aku tidak memberitakan
Injil!" (1 Korintus 9:16).
2. Menjadi
Pengikut Kristus
Panggilan
missionari ini datang kepada kamu atas sebab-sebab
lain juga, dan ini kerana ia adalah perlu bagi perjalanan peribadi kita dalam
iman. Blessed John Paul II telah menulis bahawa "Iman diperkukuhkan
apabila ia diberikan kepada orang lain!"
(Redemptoris Missio, 2). Apabila kamu
mewartakan Injil, kamu sendiri berkembang kerana kamu menjadi lebih berakar
dalam Kristus dan matang sebagai orang Kristian. Komitmen missionari adalah
satu dimensi iman yang penting. Kita tidak boleh menjadi orang beriman yang
sebenar jika kita tidak menginjil. Pewartaan Injil hanya boleh menjadi hasil
daripada sukacita yang datang dari pertemuan dengan Kristus dan menemukan dalam
diriNya batu di mana hidup kita dapat dibangun. Apabila kamu bekerja untuk
menolong orang lain dan mewartakan Injil kepada mereka, maka kehidupan anda
sendiri yang sering berpecah-belah kerana banyak aktiviti, akan menemui
kesatuan mereka dalam Allah. Kamu juga akan membina diri kamu sendiri dan kamu
akan bertumbuh dan matang dalam kemanusiaan.
Apakah
maksudnya untuk menjadi seorang missionari? Di atas semua, ia bererti menjadi
murid Kristus. Ia bererti mendengar semula kepada jemputan untuk mengikuti Dia
dan melihat Dia: "Belajarlah padaKu kerana Aku lemah lembut dan rendah
hati" (Mat 11:29). Seorang murid
ialah seseorang yang memberikan perhatian kepada Sabda Yesus (cf. Lk 10:39),
seseorang yang mengakui bahawa Yesus adalah Guru yang sangat mengasihi kita sehingga
Dia memberikan nyawaNya untuk kita. Oleh itu, setiap daripada kamu harus
membiarkan diri dibentuk oleh Sabda Allah setiap hari. Ini akan menjadikan kamu
sahabat Tuhan Yesus dan membolehkan kamu untuk memimpin golongan muda yang lain
untuk menjalinkan persahabatan dengan Dia.
Saya menggalakkan
kamu untuk memikirkan anugerah yang telah kamu terima daripada Allah supaya
kamu boleh menyebarkannya juga kepada orang lain. Belajarlah untuk membaca
kembali sejarah peribadi kamu. Sedarlah akan legasi indah yang diturunkan
kepada kamu dari generasi terdahulu. Begitu ramai orang yang dipenuhi iman
telah berani menyerahkan iman dalam menghadapi percubaan dan hal-hal yang tidak
dimengerti. Janganlah sesekali kita lupa bahawa kita adalah cantuman didalam
rantai besar lelaki dan wanita yang telah menghantar kebenaran iman dan bergantung
kepada kita untuk menyebarkannya kepada orang lain. Menjadi seorang missionary
bererti pengetahuan kepada legasi ini, iaitu iman Gereja. Ia adalah satu keperluan untuk kamu mengetahui
kepercayaan iman kamu supaya boleh mewartakan iman itu. Seperti yang telah saya
tulis dalam pengenalan kepada YouCat, Katekismus kepada orang muda yang
telah saya berikan semasa Hari Belia Sedunia di Madrid, "kamu perlu
mengenal imanmu sama seperti seorang pakar IT mengenal cara kerja dalaman
sesebuah komputer. Kamu perlu memahaminya seperti pemuzik yang baik memahami
sebuah gubahan lagu yang ia mainkan. Ya, kamu perlu lebih berakar dalam iman berbanding
generasi ibubapamu sehingga kamu dapat menanggung segala cabaran dan godaan
zaman ini dengan kekuatan dan kepastian" (Kata Pengantar).
3. Pergilah!
Kristus mengutus
murid-murid-Nya keluar melakukan misi dengan arahan
ini: "Pergilah ke seluruh
dunia, beritakanlah Injil kepada segala
makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan
diselamatkan"(Mk 16:15-16). Menginjil bermaksud membawa Khabar
Baik tentang keselamatan kepada orang
lain dan membenarkan mereka mengetahui bahawa Khabar Baik ini adalah
seorang peribadi: Yesus Kristus. Apabila saya bertemu denganNya, apabila saya mengetahui
betapa saya sangat dicintai Allah dan diselamatkan Allah, saya mula merasakan
bukan sahaja keinginan, tetapi juga keperluan untuk membuat Allah dikenali oleh
orang lain. Pada awal Injil Yohanes, kita melihat bagaimana Andrew, selepas
bertemu Yesus dengan serta merta telah berlari mendapatkan serta membawa
saudaranya Simon (Yoh 1:40-42). Penginjilan sentiasa bermula dengan pertemuan
dengan Tuhan Yesus Kristus. Mereka yang datang kepada Yesus dan telah mengalami
cintanya, dengan serta merta mahu berkongsi keindahan pertemuan itu dan
sukacita yang lahir dari persahabatan. Semakin kita mengetahui tentang Kristus,
semakin kita mahu bercakap tentang Dia. Semakin kita berbicara dengan Kristus,
semakin kita mahu berbicara tentang Dia. Semakin kita dimenangkan oleh Kristus,
semakin kita mahu menarik orang lain untuk datang kepadaNya.
Melalui Pembaptisan,
yang membawa kehidupan baru kepada kita, Roh Kudus
tinggal dalam diri kita dan mengobarkan minda dan hati kita. Roh Kudus
menunjukkan kepada kita bagaimana mengenal Allah dan masuk kepada persahabatan
yang mendalam dengan Kristus. Melalui Rohlah yang menggalakkan kita melakukan
kebaikan, melayani sesama dan memberikan diri kita. Melalui sakramen Penguatan,
kita dikuatkan oleh karunia Roh supaya kita menjadi saki kepada Injil dalam
cara yang semakin matang. Melalui Roh cintakasihlah, yang merupakan penggerak
misi kita. Roh mendorong kita untuk keluar dari diri kita dan “keluar” untuk
menginjil. Kepada golongan muda, benarkan diri kamu dipimpin oleh kuasa
cintakasih Allah. Biarkanlah cintakasih itu mengatasi kecenderungan untuk tetap
tertutup dalam dunia anda sendiri dengan masalah dan tabiat anda sendiri.
Milikilah keberanian untuk “keluar” dari diri anda sendiri untuk “pergi” kepada
orang lain dan menunjukkan kepada mereka jalan kepada pertemuan dengan Allah.
4. Kumpulkanlah semua bangsa
Kristus yang
bangkit telah mengutus murid-muridNya keluar untuk menjadi saksi kehadiran penyelamatanNya kepada semua
bangsa, sebab Allah dalam kepenuhan cintakasihNya menghendaki semua orang
diselamatkan dan tidak ada seorang pun yang sesat. Dengan korban kasihNya di
atas salib, Jesus membuka jalan untuk semua lelaki dan perempuan datang
mengenali Allah dan masuk dalam persekutuan kasih dengan Dia. Dia membentuk komuniti
murid untuk membawa mesej penyelamatan melalui Injil ke hujung bumi dan sampai
kepada semua lelaki dan perempuan dalam setiap masa dan tempat. Marilah kita
menjadikan kehendak Allah kepunyaan kita!
Wahai
sahabat-sahabat, bukalah matamu dan lihat sekelilingmu. Begitu ramai golongan
muda tidak lagi melihat erti dalam kehidupan mereka. Pergilah Keluar! Kristus
memerlukan engkau juga. Biarkan dirimu diangkat dan ditarik bersama oleh
cintaNya. Melayanilah didalam Cinta yang besar ini, supaya dapat menjangkau
semua orang, terutamanya mereka yang “jauh”. Segelintir orang jauh secara
geografik, tetapi yang lain jauh kerana tiada tempat untuk Allah dalam cara
kehidupan mereka. Segelintir pula masih lagi belum menerima Injil secara
peribadi, sementara orang lain telah diberikannya, tetapi hidup seperti Allah
tidak wujud. Marilah kita membuka hati kita kepada semua. Marilah kita masuk ke
dalam perbualan dengan kesederhanaan dan hormat. Jikalau perbualan ini
dilakukan dengan persahabatan sebenar, ia akan menghasilkan buah. "Bangsa"
yang kita jemput untuk menjangkau bukan sahaja negara lain di dalam dunia ini. Terdapat
juga bidang yang berbeza dalam kehidupan kita seperti keluarga kita, komuniti,
tempat belajar dan kerja, kumpulan-kumplan rakan dan tempat di mana kita
menghabiskan masa lapang. Pewartaan gembira Injil adalah untuk semua bidang
dalam kehidupan kita, tanpa pengecualian.
Saya ingin
menekan dua bidang dimana komitmen missionary anda diperlukan. Kepada orang
muda, yang pertama adalah bidang komunikasi sosial, khususnya dunia internet.
Seperti yang saya sebutkan kepada Anda dalam kesempatan lain: "Saya
meminta Anda untuk memperkenalkan ke dalam budaya tentang persekitaran baru
komunikasi dan teknologi maklumat, nilai-nilai yang telah membina kehidupan
kamu [..] Ini jatuh, khususnya, kepada orang-orang muda, yang memiliki
pertalian hampir spontan untuk cara baru dalam komunikasi, untuk mengambil
tanggung jawab bagi evangelisasi di dalam 'benua digital' "(Pesan untuk
Hari Komunikasi Sedunia ke-43 Hari, 24 Mei 2009). Pelajari cara menggunakan
media ini dengan bijaksana. Sadar akan bahaya yang tersembunyi, terutama risiko
ketagihan, mengelirukan dunia nyata dengan maya, dan menggantikan pertemuan
langsung dan peribadi dan dialog dengan perhubungan internet.
Area yang
kedua ialah hijrah dan migrasi. Pada masa kini, ramai orang muda berhijrah,
kadang-kadang untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja, dan pada masa yang lain
untuk melancong. Saya juga berfikir akan pergerakan migrasi yang melibatkan
jutaan penduduk, dan selalunya golongan muda, yang pergi ke kawasan atau negara
lain atas sebab kewangan atau sosial. Di sini juga kita dapat mencari peluang
untuk mengongsikan Injil. Wahai orang muda, jangan takut untuk bersaksi tentang
iman kamu dalam persekitaran ini. Ia adalah anugerah berharga untuk mereka yang
akan kamu temui apabila kamu berkomunikasi tentang kegembiraan bertemu dengan
Kristus.
5. Jadikanlah murid-murid!
Saya
membayangkan bahawa kadang-kadang kamu mendapati bahawa sukar untuk menjemput orang-orang
sezaman kamu untuk mengalami iman. Kamu telah melihat berapa banyak golongan
muda, terutama sekali pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, keinginan untuk
mengenali Kristus dan menghidupi nilai-nilai Injil, tetapi juga merasa
kekurangan dan tidak mampu. Apakah yang boleh kita lakukan? Pertama, keakraban
dan kesaksian kamu sendiri akan menjadi satu cara di mana Tuhan boleh menyentuh
hati mereka. Mewartakan Kristus bukan hanya soal kata-kata, tetapi sesuatu yang
melibatkan seluruh hidup seseorang dan diterjemahkan ke dalam tanda-tanda
kasih. Kasih inilah yang Kristus telah curahkan ke dalam hati kita yang
menjadikan kita penginjil. Oleh itu, kasih kita harus menjadi lebih seperti
kasih Kristus. Kita harus senantiasa bersedia seperti orang Samaritan yang
baik, memberikan perhatian kepada sesiapa yang kita temui, mendengar, memahami
dan menghulurkan bantuan. Dengan cara ini, kita boleh memimpin mereka yang
mencari kebenaran dan erti kehidupan ke rumah Allah, iaitu Gereja, di mana
harapan dan penyelamatan tinggal (cf. Lk 10:29-37). Sahabat-sahabat yang
dikasihi, jangan sesekali lupa bahawa perbuatan kasih pertama yang kamu boleh
lakukan ialah mengongsikan sumber pengharapan. Jika kita tidak memberikan
mereka Allah, kita memberikan mereka terlalu sedikit! Yesus memerintahkan rasul-rasulNya:
"Pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama
Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka segala sesuatu yang telah
Kuperintahkan kepadamu." (Mat 28:19-20). Cara utama untuk kita
"menjadikan murid" ialah melalui pembaptisan dan katekesis. Ini
bermaksud memimpin orang yang diinjil untuk menemui Kristus yang hidup dalam
perkataanNya dan sakramen-sakramen. Dengan cara ini, mereka boleh mempercayai
Dia, mengenali Allah dan hidup dalam rahmatNya. Saya ingin setiap kamu untuk
menanyakan diri kamu sendiri: Pernahkah saya berani untuk menyarankan
Pembaptisan kepada golongan muda yang belum menerimanya? Pernahkah saya
menjemput sesiapa untuk menyertai perjalanan mencari iman Kristiani?
Sahabat-sahabatku yang terkasih, jangan takut untuk mencadangkan pertemuan
dengan Kristus kepada orang seumur dengan kamu. Mintalah bimbingan daripada Roh
Kudus. Roh Kudus akan mengajarkan kepadamu untuk mengenali dan mengasihi
Kristus sepenuhnya, dan menjadi kreatif dalam menyebarkan Injil.
6. Teguh dalam iman
Apabila berhadapan dengan kesukaran dalam misi
penginjilan, mungkin anda akan terdorong untuk mengatakan, seperti nabi
Yeremia: "Ah, Tuhan Allah! Sesungguhnya, saya tidak tahu bagaimana untuk
bercakap, kerana aku hanya belia ". Tetapi Allah akan mengatakan kepada
anda: "Jangan katakan, 'Saya hanya belia' ; tetapi kepada siapapun engkau
Kuutus, haruslah engkau pergi" (Yer 1:6-7). Apabila anda berasa tidak
mencukupi, tidak berupaya dan lemah dalam mengisytiharkan dan menyaksikan
kepada iman, jangan takut. Penginjilannya bukan merupakan inisiatif kami, dan
ia tidak bergantung kepada bakat kami. Ia adalah tindak balas yang setia dan
taat kepada seruan Allah dan jadi ia tidak berdasarkan kuasa kita tetapi Tuhan.
Saint Paul tahu ini dari pengalaman: "Tetapi harta ini kami punyai dalam
bejana tanah liat, supaya nyata bahawa kekuatan yang melimpah-limpah itu
berasal dari Allah, bukan dari diri kami" (2 Kor 4:7).
Untuk alasan ini, saya mendorong Anda untuk
membuat doa dan Sakramen sebagai asas anda. Evangelisasi tulen lahir dari doa
dan dikuatkan oleh doa. Pertama-tama kita harus berbicara dengan Allah agar kita
dapat berbicara tentang Allah. Dalam doa, kita mempercayakan kepada Tuhan mereka
yang dihantar kepada kita, meminta kepadaNya untuk menyentuh hati mereka. Kita
meminta Roh Kudus untuk menjadikan kita alat Nya untuk penyelamatan mereka.
Kita meminta Kristus untuk menempatkan
kata-katanya di bibir kita dan menjadikan kita tanda-tanda cintanya. Dalam cara
yang lebih umum, kita berdoa untuk misi seluruh Gereja, karena Yesus secara
nyata meminta kita: "Berdoalah karena Tuhan yang empunya tuaian, untuk
mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu" (Mat 9:38). Carilah di dalam
Ekaristi pancaran kehidupan anda akan iman dan kesaksian Kristian, dengan
menghadiri secara teratur Misa setiap hari Minggu dan bila-bila masa yang boleh
anda hadiri sepanjang minggu. Hadirilah sakramen pertobatan selalu. Ini adalah
pertemuan istimewa dengan rahmat Allah di mana Ia menyambut kita, mengampuni
kita dan memperbaharui hati kita dalam amal. Berusahalah untuk menerima
Sakramen Krisma jika Anda belum melakukannya, dan mempersiapkan diri untuk itu
dengan cermat dan penuh komitmen. Sakramen Krisma, seperti Ekaristi, adalah
sakramen misi, kerana ia memberikan kita kekuatan dan cinta dari Roh Kudus
tanpa rasa takut untuk mengakui iman kita. Saya juga mendorong Anda untuk
mempraktikkan adorasi Ekaristi. Waktu yang dihabiskan dalam mendengarkan dan
berbicara dengan Yesus hadir dalam Sakramen Mahakudus menjadi sumber semangat
misionaris baru.
Jika anda mengikuti jalan ini, Kristus sendiri
akan memberikan anda keupayaan untuk menjadi benar-benar setia kepada
firman-Nya dan untuk menjadi saksi yang setia dan berani kepadanya. Ada kalanya
anda akan dipanggil untuk memberikan bukti ketabahan anda, terutamanya apabila
perkataan Allah bertemu dengan penolakan atau pembangkang. Di kawasan-kawasan
tertentu di dunia, sebahagian daripada anda menderita daripada fakta bahawa
anda tidak boleh menanggung saksi awam untuk iman anda di dalam Kristus kerana
kekurangan kebebasan beragama. Sesetengah telah dibayar dengan kehidupan mereka
harga kepunyaan Gereja. Saya meminta anda untuk kekal teguh dalam iman, yakin
bahawa Kristus adalah di sebelah anda dalam perbicaraan setiap. Kepada anda juga
dia berkata: "Berbahagialah anda apabila orang mencaci anda dan menganiaya
kamu dan mengucapkan semua jenis jahat kerana Aku. Bergembira dan bersukacita,
kerana upahmu besar di syurga "(Mt 5:11-12).
7. Bersama Dengan Seluruh Gereja
Kepada golongan muda, jika anda tetap
teguh dalam mengakui iman Katolik dimana saja anda dihantar, anda memerlukan
Gereja. Tiada siapapun yang boleh menjadi saksi kepada Injil bersendirian. Yesus mengutus para muridNya dalam misi
bersama-sama. Dia berkata kepada mereka
dalam bentuk plural: “jadikanlah murid-murid”. Kesaksian kita selalu diberikan
sebagai anggota-anggota komuniti Kristian, dan misi kita dibuat berhasil oleh
persekutuan yang hidup dalam Gereja. Hanya
dengan kesatuan dan kasih kita kepada satu sama lain yang akan membuatkan orang
lain mengenali kita sebagai pengikut-pengikut Kristus (John 13:35). Saya berterima kasih kepada Tuhan
atas karya indah dari penginjilan yang dilakukan oleh komuniti Kristian kita,
Paroki dan gerakan gerejani kita. Hasil
penginjilan ini milik seluruh Gereja. Sepertimana Yesus mengatakan: ”Seorang
menabur dan yang lain menuai”.
Di sini saya
tidak boleh gagal untuk mengucapkan rasa terimakasih atas karunia besar
misionaris, yang mengabdikan diri sepenuhnya untuk memberitakan Injil sampai ke
hujung bumi. Saya juga bersyukur kepada
Tuhan bagi para paderi dan orang-orang suci, yang menyerahkan diri secara total
supaya Yesus Kristus diwartakan dan dikasihi.
Di sini saya ingin mendorong golongan muda yang dipanggil oleh Tuhan
untuk berkomitmen pada diri mereka dengan penuh semangat untuk panggilan ini.
”Adalah lebih berbahagia yang memberi daripada menerima” (Kis. Para Rasul
20:35). Bagi mereka yang meninggalkan
segala sesuatu untuk mengikuti Dia, Yesus berjanji seratus kali lipat dan akan
memperoleh kehidupan yang kekal (Mat 19: 29).
Saya juga
bersyukur bagi semua orang awam lelaki dan wanita yang melakukan yang terbaik
untuk menjalani kehidupan seharian mereka sebagai misi dimanapun mereka
menemukan diri mereka, di rumah atau di tempat kerja, agar Kristus akan
dicintai dan dilayani dan supaya Kerajaan Allah akan bertumbuh. Saya berfikir terutama semua orang yang
bekerja di bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, perniagaan, politik dan
kewangan, dan dalam banyak bidang lain kerasulan awam. Kristus memerlukan komitmen dan saksi
anda. Jangan biarkan apapun - samaada kesulitan atau kekurangan pemahaman –
melemahkan anda daripada membawa Injil Kristus di manapun anda menemukan diri
anda. Setiap kamu adalah bagian yang
berharga dalam mozek besar penginjilan!
8. "Inilah aku, Tuhan!
Akhirnya,
wahai orang muda, saya akan meminta anda semua untuk mendengar, di kedalaman
hati anda, panggilan Yesus untuk mengisytiharkan Injilnya. Seperti Patung besar
Yesus Penebus di Rio de Janeiro menunjukkan, hatinya terbuka dengan kasih
sayang bagi setiap orang dan, dan tangannya terbuka luas untuk mendekati semua
orang. Jadikanlah dirimu jantung dan lengan Kristus! Keluarlah dan menjadi
saksi kepada cintanya! Jadilah generasi baru penginjil, didorong oleh cinta dan
keterbukaan kepada semua! Ikut contoh penginjil besar Gereja seperti Saint
Francis Xavier dan banyak lagi.
Pada penutupan Hari Belia Sedunia di Madrid, saya memberkati sejumlah orang muda dari benua yang berbeza yang akan keluar melakukan misi. Mereka mewakili semua orang-orang muda yang, mengulangi kata-kata nabi Yesaya, telah berkata kepada Tuhan: "Aku di sini. Utuslah Aku! "(6:8). Gereja mempunyai keyakinan dalam diri anda dan berterima kasih atas kegembiraan dan tenaga yang anda sumbangkan. Bermurah hatilah meletakkan bakat anda untuk digunakan dalam pelayanan pewartaan Injil! Kita tahu bahawa Roh Kudus diberikan kepada mereka yang membuka hati mereka untuk pewartaan ini. Dan jangan takut: Yesus, Juruselamat dunia, bersama dengan kita setiap hari sehingga akhir masa (Mt 28:20).
Panggilan ini, yang saya lakukan untuk
belia di seluruh dunia, mempunyai sebab tertentu untuk anda, wahai orang muda
Amerika Latin! Semasa Persidangan Kelima Ketua Bishops Amerika Latin, di
Aparecida 2007, Semua Bishop telah melancarkan
"misi benua". Orang muda membentuk majoriti penduduk di Amerika
Selatan dan mereka adalah sumber yang penting dan berharga bagi Gereja dan
masyarakat. Jadilah penginjil dalam baris pertama! Sekarang Hari Belia Sedunia
akan datang kembali ke Amerika Latin, saya meminta anda, orang-orang muda di
benua, untuk menghantar semangat iman anda kepada rakan-rakan sezaman anda daripada
seluruh dunia!
Semoga Bunda kita, Bintang kepada penginjilan
Baru, yang juga kita panggil dengan nama Lady of Aparecida dan Our Lady of
Guadalupe, boleh menemani setiap kamu dalam misi kamu sebagai seorang saksi
kepada cinta Allah. Dengan penuh kasih sayang, saya memberikan Rahmat Kerasulan
saya kepada anda semua.
Dari Vatikan,
18Oktober2012
BENEDICTUS PP XVI
BENEDICTUS PP XVI
No comments:
Post a Comment