Wednesday, May 29, 2013

KEMABONG PEMBUKA TIRAI PERTEMUAN BELIA 2

KEMABONG - Pada 19 Mei 2013, Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong menjadi tirai pembuka bagi program Pertemuan Belia untuk pusingan ke-2. Para belia di Mission ini digabungkan bersama dengan para belia dari Paroki St. Anthony, Tenom. Pertemuan Belia kali kedua ini adalah kesinambungan bagi pertemuan 1.
Sebilangan belia yang hadir. Yang lain sudah pulang...
Sama seperti pertemuan sebelum ini di mana program dimulakan dengan sesi puji-pujian dan doa pembukaan. Seterusnya aktiviti Games yang dilakukan di kawasan halaman gereja yang bertujuan untuk merapatkan lagi tali persahabatan di antara para belia di kedua-dua gereja ini. Setelah berpenat lelah berlari ke sana ke sini di bawah terik mentari, para belia berehat sambil menikmati kitchai ping (gulk!) yang disediakan oleh belia kemabong (Trima kasih).

Antara games yang mencuit hati...
Inilah Gereja di Kemabong...
Selepas berehat 20 minit, para belia berkumpul kembali di dalam gereja bagi mendengar sesi 'Talks' yang disampaikan oleh sdri. Roselinah Francis. Dalam talks ini, para belia diminta mengimbau dan merenung apakah realiti belia di tempat mereka masing-masing kemudian para belia dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan realiti hidup atau situasi belia masa kini. Setiap kumpulan juga diminta untuk melakonkan babak-babak realiti  belia masa kini di tempat mereka di hadapan semua yang hadir. Ternyata belia-belia di sini kreatif dan berbakat sebagai pelakon tempatan. Kesimpulan dan penggulungan untuk semua sesi disampaikan oleh sdri. Roselinah yang disusuli dengan doa penutup.

Perbincangan kumpulan...
kumpulan berbincang...
Peace...

Lakonan..
Mereka berlakon realiti belia...




















Sebelum bersurai, para belia dijamu dengan mee goreng kicap pekat manis dan Kopi hitam pekat manis juga yang sangat menyelerakan di petang hari. 


KSFX PENUTUP TIRAI PERTEMUAN BELIA 1

BINGKOR - Seramai 37 orang belia dari seluruh paroki KSFX yang mewakili pusat / zon / kuk masing-masing berkumpul di Dewan Gereja St. Mary, Bingkor seawal jam 8.30 pagi bagi mengahdiri Program Pertemuan Belia 1 bagi paroki KSFX pada 18 Mei 2013 yang lalu. Ini merupakan pertemuan terakhir bagi pusingan pertama program ini di Keuskupan Keningau.

Pertemuan dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.30am hingga 9am. Setelah itu, para belia diajak untuk memuji Tuhan dengan lagu-lagu pujian dan seterusnya Opening Prayer dan sesi taklimat ringkas. Selepas itu, para belia bergembira dengan aktiviti 'Indoor Games' yang bertujuan memupuk kerjasama dan kreativiti di kalangan ahli kumpulan.

Aktiviti seterusnya selepas berehat dan minum pagi adalah sesi ceramah bertajuk DREAMS yang disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis iaitu koordinator Komisi Belia. para belia merenung beberapa persoalan seperti apakah impian anda? apakah impian saya kepada para belia di tempat saya?. Kesemua soalan renungan ini dibincang dalam kumpulan mengikut zon masing-masing dan dibentangkan sebelum acara doa penutup dan doa penyerahan.

Akhir sekali, sebelum bersurai, para belia yang hadir menjamu selera.

Tuesday, May 21, 2013

5 TEMPAT 1 MATLAMAT ~ ROADSHOW S.I.T.A

Mungkin ramai antara kita yang tertanya2, apa bha SITA ini? S.I.T.A adalah akronim bagi Stay In Touch Always di mana ia adalah satu program yang membantu para belia untuk belajar berhubung dengan gereja dan campus ministry setempat di seluruh Malaysia. Pendek kata ia adalah program persiapan belia ke institut pengajian Tinggi.
     Pada tahun lalu (2012), kita digemparkan dengan berita pengislaman pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Susulan itu, pihak gereja telah mengambil usaha membuat kajian dan survey di kalangan pelajar KML berhubung isu ini dan ternyata ianya sesuatu yg amat membimbangkan. Seterusnya laporan kemudian dibentangkan kepada Uskup2 dan Uskup2 mengambil tindakan untuk menghantar surat kepada pengurusan di KML. 
      Namun sebenarnya, isu-isu ini sudah lama dihadapi oleh belia2 kita yang melanjutkan pengajian di Universiti atau kolej sama ada di Sabah atau Luar Sabah. Oleh itu, pihak Youth-PREP Centre (YPC) Alamesra di bawah naungan Pusat Kebajikan Good Shepherd telah mengambil langkah untuk memberi pendedahan kepada para belia yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT dengan mengadakan Roadshow SITA di setiap Keuskupan di Sabah. Bagi Keuskupan Keningau, YPC bekerjasama dengan Campus Ministry Keuskupan Keningau untuk memberi pendedahan awal kepada para belia di Keuskupan Keningau.
     Destinasi pertama bagi Program Roadshow SITA ialah di Gereja Roh Kudus, Sook pada 07 Mei 2013 dengan kehadiran peserta seramai 12 orang. Seterusnya destinasi kedua bertempat di Katedral St. Francis Xavier, Keningau pada 09 Mei 2013 dengan seramai 27 orang peserta. Destinasi ketiga adalah paroki Holy Cross Toboh, Tambunan dengan kehadiran peserta seramai 11 orang diikuti destinasi keempat di Paroki St. Anthony, Tenom dengan jumlah peserta seramai 11 orang. Destinasi terakhir adalah di Paroki St. Valentine, Beaufort dengan jumlah peserta terkecil iaitu 4 orang.

St. Valentine, Beaufort
Gereja Roh Kudus, Sook
Paroki St. Anthony, Tenom
Paroki Holy Cross, Toboh Tambunan
KSFX, Keningau

     



















      Setiap pertemuan dibahagikan kepada 3 sesi di mana Sesi 1 iaitu pengenalan SITA disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis. Sesi kedua yang bertajuk Kehidupan sebagai penuntut Universiti atau kolej disampaikan oleh Sdra. Roney Alfred Eming yang memberi pendedahan kepada para peserta akan reality dan isu-isu social yang seringkali dihadapi pelajar IPT selain membantu para peserta mengenalpasti system sokongan melalui orang terdekat atau komuniti gereja berhampiran yang boleh membantu mereka apabila berhadapan dengan krisis/kesulitan. Seterusnya sesi ke-3 disampaikan oleh Sdra. Dius Tunjan daripada Pusat Youth PREP yang bertajuk Hak dan Tanggungjawab yang mana sesi ini memberi kesedaran kepada para belia katolik akan hak-hak dan tanggungjawab mereka agar mereka diperkasa untuk mempraktikkan hak mereka apabila berhadapan penindasan atau masalah terutama dari segi kerohanian. 
     Berdasarkan maklum balas daripada para peserta, rata-rata peserta rasa bersyukur kerana setiap sesi yang disampaikan telah membuka mata dan menyedarkan mereka untuk mempersiapkan diri apabila melanjutkan pelajaran kelak dan iman katolik mereka lebih diteguhkan melalui input-input tentang kehidupan di IPT, hak & tanggungjawab serta perkongsian daripada para senior dan berharap agar program ini diteruskan setiap tahun.

Aktiviti Hak & Tanggungjawab
Perbincangan dalam kumpulan
Sesi Ceramah @ perkongsian
Gereja...
Soal Jawab

Thursday, May 2, 2013

SEMANGAT SOLIDARITI BELIA DI ST. THERESA & HOLY CROSS, TAMBUNAN

TAMBUNAN - Destinasi ke-5 program Pertemuan Belia kini tiba di Paroki St. Theresa yang bergabung dengan Paroki Holy Cross Toboh, Tambunan. Seramai lebih kurang 35 orang pemimpin belia hadir dalam program ini yang diadakan pada 27 April 2013 bertempat di dewan gereja St. Theresa. Apa yang menarik di sini, kita dapat melihat pelbagai tingkat umur dari yang remaja, bujang-bujangan, dewasa, bapa, mami semuanya bersatu dalam program ini. Terasa macam program keluarga pun ada, best kan! (Tepuk tangan utk semua!!!)  
Belia St. Theresa & Holy Cross Tambunan yang amat sporting dan ceria...

    OK lah, pendaftaran dimulakan pada jam 2pm hingga 2.30pm yang menyaksikan berduyun2 belia dari sekitar STT & HCT datang mendaftarkan diri. Di kalangan peserta ini, ada yang dtg dari jauh antaranya dari kampung yang limpas kaingaran (lupa sdh nama kg) tapi berdasarkan cerita, jalan pigi sana amat mencabar tapi drg boleh sampai juga utk hadir ke program ini, TAHNIAH (tapuk tangan!) dan ada juga yg dari kg. Tudan (under Tuaran district but drg always kena lawat oleh paderi dari Toboh so drg decide join under Toboh Parish sebab lebi dekat.) Kg. Tudan ni terletak di area Gunung Emas.. jauh juga tu tapi drg dtg juga (tapuk lagi tangan!)
Tukang daftar : Ireneus & Celeste
Pemain muzik yg awesome : Ben
    Then after pendaftaran, dimulakan sesi Doa pembukaan dan Action Song yang berjaya memeriahkan keadaan sebab sebelum tu masing2 macam malu2 lagi. Maklumlah, mungkin faktor jarang berjumpa kan jadi masih belum kanal2 lagi.. Then after that, diadakan pula sesi Permainan @ games. Antaranya games bina menara guna kerusi dan Games Umban botol guna selipar. Pelbagai aksi lucu dan mendebarkan telah berlaku di tempat kejadian ditambah lagi dengan lawak dari Fr. Roney Mailap yang hampir membuatkan mulut para belia kita krem (kamu bulih kasi bayang sdh kan). Selepas itu, Rehat sambil makan mee dan minum kupi.

    Program seterusnya ialah TALK'S daripada cik Roselinah Francis dengan tajuk 'DREAMS'. Seterusnya para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon / kuk / paroki dan membincangkan apa harapan/ impian mereka terhadap para belia di tempat mereka. Setiap kumpulan diminta untuk menggambarkan impian mereka dan melukisnya pada sehelai kertas manilakad. Setelah itu, beberapa kumpulan dipilih untuk membentangkan gambaran impian mereka dan ternyata semuanya berbakat dalam bidang lukisan. 

Pembentangan dari Zon/KUK Kaingaran
Pembentangan dari KUK Tombotuon..
    Sebagai simbolik acara penutupan, Doa penyerahan dilakukan di hadapan salib Taize dengan setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengucapkan doa penyerahan impian dan meletakkan lukisan mereka di hadapan salib Taize. Usai semuanya, acara perpisahan dilakukan dengan lagu dan action 'berpisah' (yang pernah join saja yang tau ni) dan sesi bergambar dan makan tengahari bersama berlaukkan ikan goreng, sayur dan lada yang amat pedas (sampai ada yg terbatuk2).. Jumpa lagi di lain masa :)

(p/s: sturktur bahasa yg digunakan adalah sabahan style dan rojak2, bukan utk komersial. Amaran keras: jangan tiru untuk jawab peperiksaan SPM / STPM) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...