Wednesday, May 29, 2013

KSFX PENUTUP TIRAI PERTEMUAN BELIA 1

BINGKOR - Seramai 37 orang belia dari seluruh paroki KSFX yang mewakili pusat / zon / kuk masing-masing berkumpul di Dewan Gereja St. Mary, Bingkor seawal jam 8.30 pagi bagi mengahdiri Program Pertemuan Belia 1 bagi paroki KSFX pada 18 Mei 2013 yang lalu. Ini merupakan pertemuan terakhir bagi pusingan pertama program ini di Keuskupan Keningau.

Pertemuan dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.30am hingga 9am. Setelah itu, para belia diajak untuk memuji Tuhan dengan lagu-lagu pujian dan seterusnya Opening Prayer dan sesi taklimat ringkas. Selepas itu, para belia bergembira dengan aktiviti 'Indoor Games' yang bertujuan memupuk kerjasama dan kreativiti di kalangan ahli kumpulan.

Aktiviti seterusnya selepas berehat dan minum pagi adalah sesi ceramah bertajuk DREAMS yang disampaikan oleh Sdri. Roselinah Francis iaitu koordinator Komisi Belia. para belia merenung beberapa persoalan seperti apakah impian anda? apakah impian saya kepada para belia di tempat saya?. Kesemua soalan renungan ini dibincang dalam kumpulan mengikut zon masing-masing dan dibentangkan sebelum acara doa penutup dan doa penyerahan.

Akhir sekali, sebelum bersurai, para belia yang hadir menjamu selera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...